Thursday, May 18, 2006

JANGAN MAIN API TOK JIB !


Amerika Syarikat terus melahirkan rasa puas hati dengan peranan Malaysia mengawal keselamatan Selat Melaka.
( Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan BERNAMA)

Peduli apa kita orang Amerika puas hati ke tak.. sejak bila pulak Amerika ada hak untuk memberi komen terhadap cara dan kaedah kita mengurus kedaulatan kita.. ah tok jib.. dan sejak bila pulak kita kena report kat Amerika pasal keamanan Selat Melaka.. sapa depa untuk menilai samada puas hati atau tidak.. depa tu tuan kita ker tok jib.. yang tok jib sampai rasa gembira sangat bila Amerika kata dia orang puas hati dengan keamanan di Selat Melaka.. kita sebagai negara berdaulat tak perlukan pengiktirafan Amerika terhadap tanggunjawab kita untuk menjaga keamanan.. tak tahu pulak kalau tok jib dan kengkawan tok jib di kabinet tu ada buat hidden agreement ngan Amerika sampai nak kena berlutut minta pengiktirafan Amerika.. ! Jangan main api tok jib.. ! Jangan jadikan negara ni talibarut Amerika.. ! Jangan jadikan negara ni tunduk kepada penyokong Zionis nombor satu di dunia tu.. ! tauXpe

No comments: