Saturday, July 01, 2006

Palestin terus digempur -- Penculikan askar jadi alasan Israel untuk guling kerajaan Hamas

BANDAR GAZA 30 Jun - Israel terus rakus meneruskan serangan ke atas Palestin hari ini, 24 jam selepas menangkap lapan anggota Kabinet kerajaan Hamas dalam satu operasi yang dilihat mahu menggulingkan kuasa.

tauXpe: Ya! Allah! Beginikah hebatnya ujian untuk menegakkan sebuah daulah Islam..tapi aku cuma nak tanya kat seorang yang bernama Presiden OIC(ooo..I..see)..mana pegi? satu suara pun tak keluar, dengar cerita tengah berehat sekarang kat negara kanggaro...iskk..malang sunggunh nasib umat Islam ni...ada OIC pun di jadikan alat untuk Yahudi dan Nasrani untuk sembelih umat Islam. :(

Thursday, June 29, 2006

Hamas leaders arrested; Israeli executed


GAZA CITY, Gaza Strip - Israeli forces arrested the Palestinian deputy prime minister and dozens of other Hamas officials early Thursday and pressed their incursion into Gaza, responding to the abduction of one of its soldiers. ( Petikan dari AP)

tauXpe: Ya! Allah...bantulah pejuang-pejuang Islam untuk mempertahan bumi suci Palestine...kau berilah mereka kemenangan...Ya! Allah yang Maha Gagah Perkasa! kau hancurkanlah Yahudi laknatullah dan semua konco-konconya...

Wednesday, June 28, 2006

UMNO GHUYUB...!

Beberapa pemimpin UMNO Johor hari ini meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz agar tidak mengeluarkan kenyataan mengenai bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan memecahbelahkan UMNO
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Aku tanya kau orang... umno ni pecah belah sebab sapa... orang melayu ni pecah belah (umno cakap lah) sebab apa.. jawabannya satu jer... jawabannya umno tu sendiri... umno tu sendiri yang pecah belahkan umno... umno tu sendirilah yang porak perandakan org Melayu.. tak de umno aman m'sia ni... kes che det contohnya... sapa che det ni.. kan ker dia tu umno karat... lepas tu yang dok sibuk hentam che det sapa... umno juga... depa sama depa bergaduh lepas tu nak salahkan org lain... woi malu ler.. benda yang boleh settle mudah kau orang besar-besarkan... entah politik mana dia belajar tak tahulah... lepas tu bila dah melarat tiba-tiba nak salahkan PAS dan pembangkang... aduh sengalnya umno ni... ni aku nak kabo kat kau orang sikit... dah kau orang pakat main selak kain korang sampai nampak segala kurap... sampai nampak segala kudis takkan ler parti politik pembangkang mcm PAS nak diam diri... dah korang sendiri pelbagai tindakan bodoh kau orang takkan kita orang yang menentang segala bentuk kebodohan ni nak diam kan jer... mcm kes jambatan indah tu... yang buat che det marah sangat... sedap-sedap kau tipu rakyat kata kita batal sebab s'pura tak kasi buat... kemudian bila che det dedahkan kau orang menipu... dengan bukti... takkan nak diam kan kot... kes penjualan Agusta tu pun sama juga... ada ke patut beli MV Agusta juta-juta jual 5 ringgit... kemudian kata kita untung.... kepala hotak kau orang... agaknya mak... bapak kau orang ni tak ngajar kau orang ker... cikgu kau orang ni ajar apa kat kau orang kat sekolah tu... ceh... kau orang ingat semua rakyat m'sia ni sengal mcm kau orang... jenis angguk-angguk jer apa yang engkau orang cakap... tak de nya... tunggu jer lah... kita tengok sapa yang kena...!tauXpe

UMNO BUANG TEBIAT !

Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak bersekongkol dengan mana-mana pemimpin Pas atau parti pembangkang lain dalam mengkritik kerajaan
(Petikan Utusan Malaysia Online)

UMNO.. UMNO... entah apa2 tah.. kawan nak khabo sikit kat org umno ni.. engkau orang ingat orang PAS ni kebulor sangat ker nak menghimpit che det tu.. tak de nya.. tak hingin pun.. kau orang ingat kita lupa ker segala dosa-dosa che det pada rakyat m'sia.. tak... insyallah takkan lupa punya... perhitungan dengan che det takkan selesai... apa kau orang ingat orang PAS ni murahan mcm kau orang tu.. yang kerjanya asyik jilat sana... jilat sini... ceh.. Ini ler umno... bila dah tersepit mula pakat tuding jari.. orang tu salah... org ni salah... bukannya nak tengok balik dalam diri tu... betul ker tak diri tu... betul ker tak kepala pimpinan kau orang tu... ini tak kena cuit sikit.. terus melenting.. aku rasakan... ini semua tanda-tanda org buang tebiat... atuk aku dulu cakap org bila dah nak kiok ni dia buat benda bukan-bukan... tak boleh ditegur... tak boleh dibiar... merajuk dan marah jer kerjanya... entah-entah umno nak kiok kot..? ayo... tak tahu.. umno hendak kiok... ! tapikan... aku rasa mesti bestkan kalau umno ni kiok... aman hidup rakyat malaysia kalau umno ni kiok... dan pastinya org Melayu lagi ler aman kalau umno ni takde... !tauXpe

Jepun-China perlu berbaik semula – Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR 27 Jun - Jepun dan China diminta memulihkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara bagi memudahkan rantau Asia untuk muncul sebagai blok ekonomi terkuat di dunia.- Mahader atau dulu di kenali sebagai Mahazalim :-) (petikan Utusan Malaysia)

iskk..power la statement ni..., Sepatutnya Pak Lah yang cakap.... bukan Mahader...tapi dah terbalik! Budak Itam(gelaran KMU.net) (gambar di sebelah kanan) yang dok di tingkat empat JPM tu tak kan tak nak biarkan jer..perkara ni? Nanti orang tak respek lagi kat Pak Mertua tercinta ko? Tapi budak itam tu cuma dapat jaga NST dan TV3 jer...yang lain ada yang masih simpati kat ' orang tua' tu..sebab tu berita dia masih boleh keluar kat UM.

tauXpe: kalau kita berjuang bukan kerana Allah dan Rasul, Inilah yang akan terjadi pada Agama, Bangsa dan Negara..haru biru!

Tidak bersekongkol dengan Pas

KUALA LUMPUR 27 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak bersekongkol dengan mana-mana pemimpin Pas atau parti pembangkang lain dalam mengkritik kerajaan.

Mengenai amaran 'si botak' pula:

‘‘Lagipun siapa Datuk Nazri untuk melucutkan keahlian saya kerana saya
sudah menyertai UMNO sebelum dia dilahirkan,” katanya lagi. (Utusan Malaysia)

Ha..ha..ha...best jugak tengok dia orang anak beranak gaduh ni....aku bukan apa, bukan nak sokong mana-mana, tapi time inilah kita nak tengok segala panau, kurap, kudis buta, tokak, kayap dan segala macam benda yang ada pada badan UMNO/BN. Kalau tak gaduh, kita tak akan dapat maklumat yang sebenarnya dari apa yang berlaku...kalau pihak lain yang buat cerita atau berita...perkara ini akan di anggap fitnah pulak. So, lantakkan dia orang...lagi lama episod ini berjalan..lagi pendekla umur UMNO( actually, UMNO ni dah meninggal pada tahun 1986, kalau tak silap aku) tapi boleh hidup balik...pelik..pelik..lepas tu mengaku dah hidup 60 tahun...kelakar..kelakar....

tauXpe: makbul juga doa almarhum Ust. Fadzil Noor supaya Mahader panjang umur...dan panjangnya umur beliau tu supaya dapat melihat kebobrokkan UMNO yang mendakwa membela nasib umat melayu....

Tuesday, June 27, 2006

S'pura Miliki Skuadron Penyerang Apache

Isreal cawangan Asia Tenggara ni nak perang dengan siapa? Orang Johor, jiran yang paling hampir tak kan tak rasa apa2? :-) Tak kan nak tidur jer...?Bangun la woii...sedarkan lena mu yang panjang! Jiran sebelah kita tu bukan boleh percaya sangat, hati busuk! Nampak jer macam ok, Negara dia dah la pulau kecik, tapi nak ada macam-macam jentera perang, sebijik macam Israel(penasihat dia)...
tauXper: sediakan batu jer..(macam orang palestine)

Monday, June 26, 2006

'Si Botak dah keluar keris!'

"Dalam pada itu, beliau turut terkejut dengan kenyataan Dr. Mahathir bahawa menteri kabinet mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri sekarang.
Katanya, apa yang menghairankan, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir sendiri yang mahukan menteri dan ahli parti mengikutnya sebagai pemimpin dan bukannya secara individu."-
Petikan Utusan Malaysia

Alahai si botak ni....nak bodek ler tu! Marah konon...pi rahh!! Dulu masa Mahader jadi 'Raja', berani ker ko tegur dia? Apa semua dia cakap, apa semua dia kata...ko orang kata "Yes" belaka, sekarang baru Pak Lah ni kena sergah sikit ko dah melenting, nak suruh 'orang tua' tu keluar parti lak. Hey, 'orang tua' tu suruh Pak Lah and The Gang budak itam jawab segala persoalan yang dia bangkitkan...itu sahaja! Jadi suruh la PM ko yg sengal tu jawab, bukan suruh orang lain jawab! Faham?

tauXpe: Pak Lah ni diam-diam berisi, atau langsung tak ada isi? :-)