Wednesday, June 28, 2006

Tidak bersekongkol dengan Pas

KUALA LUMPUR 27 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak bersekongkol dengan mana-mana pemimpin Pas atau parti pembangkang lain dalam mengkritik kerajaan.

Mengenai amaran 'si botak' pula:

‘‘Lagipun siapa Datuk Nazri untuk melucutkan keahlian saya kerana saya
sudah menyertai UMNO sebelum dia dilahirkan,” katanya lagi. (Utusan Malaysia)

Ha..ha..ha...best jugak tengok dia orang anak beranak gaduh ni....aku bukan apa, bukan nak sokong mana-mana, tapi time inilah kita nak tengok segala panau, kurap, kudis buta, tokak, kayap dan segala macam benda yang ada pada badan UMNO/BN. Kalau tak gaduh, kita tak akan dapat maklumat yang sebenarnya dari apa yang berlaku...kalau pihak lain yang buat cerita atau berita...perkara ini akan di anggap fitnah pulak. So, lantakkan dia orang...lagi lama episod ini berjalan..lagi pendekla umur UMNO( actually, UMNO ni dah meninggal pada tahun 1986, kalau tak silap aku) tapi boleh hidup balik...pelik..pelik..lepas tu mengaku dah hidup 60 tahun...kelakar..kelakar....

tauXpe: makbul juga doa almarhum Ust. Fadzil Noor supaya Mahader panjang umur...dan panjangnya umur beliau tu supaya dapat melihat kebobrokkan UMNO yang mendakwa membela nasib umat melayu....

5 comments:

Anonymous said...

THINK +VE K YER SEMUT..I'ALLAH PIMPINAN PAS XKAN LARI DARI PERJUANGAN..I'ALLAH KITA TUNGGU & LIHAT..MOGA NGAN PEMBONGKARAN DEMI PEMBONGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO MAMPU MEMBERI MANFAAT KEPADA JEMAAH PAS UNTUK MENTADBIR MALAYSIA..I'ALLAH

Anonymous said...

assalamualaikum,,, hurm,, ana setuju tu,,, antum kena fikir baik2, mungkin itu pandangan anta semut tp pimpinan kan ada strategi yg mereka sendiri tahu dan kalau antum dan semua yg lain x puas hati ttg penjelasan mengapa pimpinan pergi jumpa cik det nyanyuk tu ana suggest antum pi jumpa sendiri dgn pimpinan dan tanya mereka,,, x baik cakap belakang dan beri pandangan sedangkan kita x mengetahui,,,nyway ana hormat pdgn anta,,, wassalam,,, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!!!!!!!!!!

Anonymous said...

INI DIA HUSAM YA AKHI,,,, DIA BUKAN DIAM BODOH DAN SAJA2 NAK PI DOK LANGUT DENGAN ORG TUA TU,,,, PENUH DENGAN AGENDA PERJUANGAN,,, LAIN KALI JANGAN SEBOK DOK KATA X TENTU ARAH DENGAN PIMPINAN,,, SAMI'NA WA ATHA'NA,,,,

PERTIKAIAN mengenai pembatalan pembinaan jambatan bengkok boleh diatasi dengan cara kerajaan memutuskan menyambung semula pembinaannya.


Saya berpendapat, pertikaian yang berlaku sekarang mengenai sebab jambatan tersebut dibatalkan tidak akan membawa negara ke mana-mana. Jika ia berlanjutan, ia boleh merugikan negara sedangkan kerajaan boleh mengambil langkah yang lebih bermanafaat iaitu menyambung semula kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut.

Kenyataan Menteri Kerja Raya bahawa tuntutan Gerbang Perdana sudah mencecah RM360 juta akibat pembatalan itu menyebabkan negara menanggung kos yang besar tanpa memperolehi sebarang faedah. Adakah negara perlu menanggung kerugian sedemikian besar semata-mata kerana pertimbangan yang salah? Adakah ia nanti tidak akan menjadi mercu tanda kelemahan kerajaan sekarang dalam membuat keputusan?

Menteri Luar dalam kenyataannya di Dewan Rakyat Khamis lalu (29 Jun lalu) menunjukkan bahawa Singapura mencadangkan Malaysia menjual pasirnya hanya sekiranya Malaysia mahukan Singapura bersetuju untuk menyambung pembinaan jambatan bengkok itu untuk menjadi sebuah jambatan lurus.

Lupakan dulu hasrat untuk meluruskan jambatan itu jika sekiranya pasir dan ruang udara menjadi pertaruhan. Teruskan saja pembinaan jambatan separuh seperti yang dirancang.

Lagi pun, dalam kenyataan Menteri Luar itu tidak dinyatakan sebab lain pembatalan itu seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak kononnya Singapura telah menghantar notis menganggap tindakan pembinaan oleh Malaysia sebagai tindakan perang. Jika ada hal seperti itu, sangat wajar kerajaan mendedahkannya kepada rakyat tetapi hingga kini, tidak ada pendedahan seperti itu dibuat.

Jika tidak ada, tiba-tiba kita menghentikan pembinaan yang telah kita rancang dan telah kita komitedkan hanya kerana Singapaura meminta membeli pasir dan menggunakan ruang udara sebagai pertukaran untuk jambatan lurus, itulah yang dianggap oleh bekas Perdana Menteri sebagai menggadaikan kedaulatan negara dan tunduk kepada negara asing. Pembinaan lurus dengan menjual pasir dan pembinaan separuh tanpa isu pasir adalah dua hal yang berbeza.

Hujah bekas Perdana Menteri ialah kita sebagai sebuah negara merdeka boleh membina jambatan itu dalam perairan negara kita sendiri dan jika sekiranya Singapura mahu menyaman kita kerana tindakan kita membina jambatan dalam perairan kita, kita hendaklah bersedia menghadapi tindakan tersebut dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan sangat. Lebih-lebih lagi, Singapura sendiri pernah menerbitkan beberapa dokumen sewaktu hangatnya pertikaian mengenai isu air satu masa dulu yang menunjukkan Perdana Menteri Singapura pada waktu itu telah bersetuju dengan pembinaan jambatan itu di sebelah perairan Malaysia. Apa lagi masalahnya dan apa dia masalah yang sebenar?

Penjelasan Menteri Luar itu masih boleh menimbulkan keraguan kecuali kerajaan menghapuskan klasifikasi sulit ke atas beberapa dokumen berkaitan rundingan Malaysia-Singapura. Ini yang diminta oleh bekas Perdana Menteri dan juga rakyat. Tidak sukar berbuat demikian jika hasrat kerajaan benar-benar untuk meyakinkan rakyat tentang kebenaran hujah mereka. Lebih-lebih lagi Menteri Luar sendiri telah berjanji bahawa beberapa dokumen kerajaan akan dihapuskan klasifikasi sulit dan akan didedahkan kepada orang ramai. Mana dia dokumen-dokumen yang dikatakan akan didedahkan kepada orang ramai itu?

Menteri Luar tidak boleh memungkiri janjinya sendiri. Jika sekiranya kerajaan tidak berani berbuat demikian, kerajaan boleh memberikan kebenaran kepada bekas Perdana Menteri untuk mendedahkan, jika sekiranya beliau memiliki, dokumen-dokumen berkenaan. Sanggupkah kerajaan Malaysia berbuat demikian?

Sekali lagi, jika Singapura pernah menerbitkan semula dokumen-dokumen kerajaan mereka untuk tatapan umum, mengapa Malaysia tidak dapat berbuat demikian untuk meyakinkan rakyat tentang kedudukan yang sebenar?

Suka diingatkan, kerajaan terhutang jawapan yang benar dan meyakinkan bukan sahaja kepada bekas Perdana Menteri, bahkan seluruh rakyat. Bersabit dengan kos tuntutan yang meningkat akibat pembatalan ini, tidak cukup untuk kita mempunyai Perdana Menteri yang 'baik' dengan 'elegant silent'nya atau sikap membisu yang berpanjangan.

Membisu kerana tidak mempunyai jawapan yang meyakinkan dan membisu kerana menghormati bekas Perdana Menteri adalah dua hal yang berbeza. Membisu bila bekas Perdana Menteri terus mendesak untuk mendapatkan jawapan boleh dianggap tidak menghormati beliau. Sikap itu terbit kerana Perdana Menteri sememangnya tidak mempunyai jawapan.

Jawapan yang tepat tidak semestinya boleh menimbulkan kemarahan sesiapa termasuk bekas Perdana Menteri. Bahkan membisu seperti itu boleh dianggap lebih tidak menghormati perasaan orang lain.

Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ada anggota Kabinet yang lain menyerang balas bersifat serangan peribadi dan di luar kesopanan Islam dan kemelayuan. Kempen berbudi pekerti mulia yang dilancarkan kerajaan tercampak ke bakul sampah dengan tindakan seperti ini. Perdana Menteri membisu tetapi menteri melatah, kesannya masih sama; gagal menghadapi isu yang sebenar.

Serangan balas pahlawan ninja seperti itu menggambarkan kegagalan kerajaan membezakan antara kritikan peribadi dan isu nasional yang perlu dikongsi oleh semua rakyat kerana ia melibatkan kepentingan negara secara keseluruhannya.

Sebarang kritikan, baik oleh sesiapa sahaja, perlu dianggap boleh menyumbangkan kepada kekuatan negara kerana kerajaan Malaysia bukanlah maksum dan ia selari dengan apa yang disebut oleh Perdana Menteri tidak lama dulu; 'tell me the truth', 'don't be apple polisher' dan sebagainya.

Sudah sampai masanya pembinaan jambatan bengkok difikir untuk diteruskan semula dan Perdana Menteri sendiri memberikan jawapan yang mantap ke atas isu ini dan isu-isu yang lain yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, demi menjaga wibawa dan maruahnya juga.

Sebahagian senarai isu itu ada dalam ucapan bekas Perdana Menteri pada 24 Jun yang lalu. Kini, sudah hampir dua minggu berlalu. Sebagai sebuah kerajaan yang mempelopori konsep cemerlang, gemilang dan terbilang, masa yang begitu lama tidak perlu untuk menjelaskannya satu persatu.


Sekian. Terima kasih.


Husam Haji Musa
Naib Presiden PAS
3 Julai 2006

Anonymous said...

best regards, nice info » » »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP spyware adware pop-up blockers keyloggers malware Avacor hair loss website Aware spyware free download Adware sucks free texas hold em animated Hasbro tools scrabble Indian dialect and call centers http://www.spywareremoval1.info/adware-killers.html free didrex online pharmacy information information