Friday, May 26, 2006

TANGKAP DIA..!

Dr. Hamzaid Yahya mengakui, kenaikan tarif elektrik boleh memberi kesan terhadap kadar inflasi yang diunjur naik lima peratus dalam tempoh terdekat.

Dr. Haflah Piei bersetuju bahawa kenaikan tarif elektrik menyumbang kepada kenaikan inflasi yang meningkat kepada 4.8 peratus pada bulan Mac dan 4.6 peratus bulan April, akan meningkat lagi lima peratus selepas Jun ini.

Dr. Nungsari Ahmad Radzi, kenaikan inflasi akibat peningkatan tarif elektrik sememang tidak boleh dielakkan.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Eh.. takde lah mana beri kesan.. taklah tarif elektrik naik tak de beri kesanlah... ni sapa yang pandai sangat kata beri kesan.. nak kena tangkap ISA dia ni.. dah kerajaan kata tak beri kesan.. tak beri kesan ler.. nape tak dengor cakap tok ayah lah ni.. nak kena sekeh dia ni.. tak reti bahasa.. kan kerajaan kata tak beri kesan.. so tak beri kesan ler.. jgn melawan.. ikut jer.. kalau yang ada iilmu pun.. yang cerdik pandai.. yang jadi pensyarah ker.. doktor ker.. professor ker.. pakar ekonomi ker... sapa punlah... kalau ada fakta mengatakan kenaikan tarif elektrik memberi kesan kepada rakyat.. jgn cakap.. diam jer.. ha.. kalau boleh.. kalau nak naik pangkat cepat.. putar belit fakta tu untuk sokong pandangan kerajaan yang kata kenaikan tu takkan memberi kesan.. hantar memorandum kepada kerajaan cakap kau orang sokong langkah kerajaan..! tauXpe
p/s:gambar kat atas tu gambar tok ayah lah masa di World Church Convention ( WCC).