Tuesday, May 16, 2006

Yo LAH tu.. ekaU ajE le heBAT !


"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bijak menjana ekonomi dan prihatin terhadap kehidupan rakyat termasuk masyarakat petani dan nelayan dengan menyediakan pelbagai bantuan bagi keperluan mereka"
(Datuk Peter Chin Fah Kui- Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Yo lah tu ! sebab prihatin sangat lah tu sampai peladang mangga kat Perlis sampai buang je mangganya sebab tak laku.. lepas tu sebab bijak sangat mentadbir lah banyak kontraktor Melayu gulung tikar.. dan sebab hebat sangat mentadbir lah kerajaan BN suka2 hati buat jutaan ringgit kat Selat Johor.. naikkan cukai tanah.. naikkan cukai pintu.. naikkan tarif elektrik.. itu semua sebab hebat, bijak dan prihatin ler tu.. ye tak ! lupa lak.. sebab hebat, bijak dan prihatin juga ler.. sampai ada pemimpin BN yang sanggup gadai kedaulatan negara kepada negara luar.. memang hebat !