Sunday, June 11, 2006

BILA CHE DET BUKA MULUT..... !


Mengenai kenyataan Tengku Razaleigh menganggap tindakan Dr Mahathir mengkritik Abdullah akan menyebabkan perpecahan dalam parti, beliau berkata, bekas Menteri Kewangan itu sekadar mengingatkan beliau mengenai kesalahan yang pernah dilakukannya ketika menubuhkan Semangat 46 dan menyebabkan Umno berpecah

Dr Mahathir juga menempelak Musa yang berpandangan bahawa beliau (Dr Mahathir) tidak mengikut tradisi Umno dengan membuat teguran terbuka sedangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri sebelumnya melakukan yang sama


Bekas Perdana Menteri itu turut menuduh Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Kalimullah Hassan, mempunyai pengaruh agar akhbar tidak menulis mengenai beliau
(Petikan Berita Hrian Online)

Inilah tradisi UMNO sebenarnya... tradisi jangan berlawan arus... nilai seseorang itu bukan terletak pada kredibalitinya tapi pada kekuasaannya... berkarisma mcmana pun seseorang itu dimata dunia... jika dia tiada kuasa atau tidak selari dengan kelompok berkuasa dia adalah musuh dan dianggap seperti sampah... sebelum dr. mahathir... ada kisah gafar baba.... ada kisah musa hitam... ada kisah tengku razaliegh... ada kisah anwar ibrahim malah lebih jauh daripada itu ada kisah dato' onn... mereka semua pernah disanjung didalam umno tetapi memilih untuk bersifat kontra dengan tradisi umno semasa... sudahnya mereka terbuang... kepada semua penyokong umno fikir-fikirkanlah kembali sokongan anda... che det pernah dipuja... disanjung... dipuji dengan segala kehormatan... tapi sekarang kerana dia memilih untuk tidak selari dengan kerajaan apa nasib dia... dia dikeji... dihina... dimaki.... diseranah dengan segala sumpah... jika dulu orang sanggup dihina untuk mempertahankannya hari ini kemana semua mereka itu...?
tauXpe..... busuknya politik umno !

No comments: