Wednesday, June 14, 2006

DALAM DEBAR MENANTI KENAIKAN HARGA GULA !


Rancangan HUJAH di TV9 Jam 8.30 malam setiap Selasa. Bagi episod semalam 13hb Jun 2006, topik perbincangan adalah mengenai gula, "Gula: disorok atau disogok".


Panel jemputan yang tampil untuk memberi hujah atau lebih tepat lagi penerangan mengenai gula ialah daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna sendiri iaitu Timbalan Menterinya Dato' Veerasingam A/L Suppiah, serta wakil daripada Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) iaitu Presidennya En. Marimuthu Nadason.


Dipengerusikan oleh saudara Feris Omar daripada PROWARIS, seperti biasa permulaan rancangan HUJAH dimulakan dengan soalan-soalan yang panas-panas daripada pengerusi.

Antara soalannya :

  1. Adakah kepimpinan KPDNHEP sekarang tidak berupaya menandingi kepimpinan sebelumnya semasa dibawah Tan Sri Muhiddin Yasin kerana berjaya mengawal harga gula daripada dinaik dan disorokkan?
  2. Apakah berlaku bebincangan secara senyap antara pihak KPDNHEP dengan syarikat pengeluar gula?
  3. Mengapakah pihak KPDNHEP sendiri tidak membuat pemeriksaan mengejut dikilang atau digudang-gudang penyimpanan gula sepertimana yang dilakukan oleh pimpinan KPDNHEP sebelumnya?
  4. KPDNHEP, dimakah anda berpihak, pemborong atau pengguna?
  5. Adakah kemungkin bahawa pegawai-pegawai KPDNHEP telah disogok untuk tidak melakukan siasatan dimana gula itu disorok?

Dalam menjawab beberapa soalan di atas, apa yang aku ingat adalah, Veerasingam telah membezakan harga gula diantara dalam dan luar negara, contoh di Singapura, harga gula RM2.50 sekilogram dan di Thailand gula berharga RM2.30 sekilogram (alasan biasa). Veerasingam juga menyatakan bahawa KPDNHEP tidak dapat mengelak sekiranya berlaku kenaikan harga gula kerana gula di Malaysia telah tidak dinaikkan harga selama lebih 10 tahun. Yang mengecewakan, kenyataan ini disokong oleh Marimuthu daripada FOMCA. Aku rasa perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Prof Hamdan masih menerajui FOMCA. Marimuthu juga memberi sokongan untuk menaikkan harga gula sekiranya gula sukar untuk diperolehi bagi jalan penyelesaian untuk pengguna mendapatkan gula.

Di akhir episod, Kelihatan Veerasingam mengusap belikat Marimuthu tanda terima kasih beliau kepada Marimuthu kerana menyokongnya.

( Ulasan diatas adalah sumbangan sahabat tauXpe, KECIK )

Ulasan tauXpe ~ Inilah hakikatnya yang cuba diselindungkan.... kalau kita perhalusi depa ni... puak kementerian dan puak pengeluar gula ni semacam ada pakatankan.. mula2 kurangkan gula kat pasaran... lepas tu rakyat merungut... kemudian pengeluar akan cakap bukan depa tak nak keluarkan gula tapi kos meningkat akibat itu dan ini... lepas tu kerajaan akan cakap untuk mengatasinya kita kena naikkan harga gula sebab dah lama tak naik... dan akhirnya maka naiklah harga gula... mcm ada pakatan konspirasi peringkat tertinggikan...! kau orang nilai sendiri ler..!tauXpe

2 comments:

Anonymous said...

Sorilah... aku tak ada mood nak baca statement ni.. menyampah!!! Jgn depa suruh rakyat SMS lak cukup le... Menyampah tahap maximum. Menyusahkan rakyat!

Anonymous said...

What a great site » »