Saturday, July 29, 2006

Bila UMNO Bercakaran Sesama Mereka... ! ( 02 )


Dibawah ni soalab-soalan yang di tanyakan oleh ahli UMNO sendiri kepada Datuk Shahrir Samad, Datuk Khaled Nordin, Datuk Mustapha Mohamad, Datuk Azim Zabidi (Bendahari UMNO) dan Datuk Norza Zakaria dalam Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO peringkat Wilayah Persekutuan

  • "Jika Menteri boleh kurang ajar dalam akhbar kepada bekas PM, Tun Dr. Mahathir, apa salah saya tinggikan suara atau emosional sedikit terhadap beliau ( merujuk kepada ahli MT yang hadir didalam program tersebut ) ?"
  • "Mengapa perbelanjaan pengurusan dan pembangunan kerajaan pada 2005 dan 2006 lebih tinggi daripada perbelanjaan pada 1998, 1999 dan 2000 tetapi rakyat tidak nampak apa pun pembangunan dan perubahan."
  • Jika pentadbiran Datuk Seri Abdullah Badawi sendiri menafikan wujudnya implikasi undang-undang serius ke atas jambatan bengkok mengapa dengan tiba-tiba pada April 2006 muncul isu perundangan ini?
  • Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi sepatutnya mengakui kesilapan sendiri bukannya cuba menyalahkan pentadbiran lalu kerana kabinet hari ini yang membuat keputusan untuk mengkaji semula, kemudian meneruskan dan kemudian membatalkan
  • UMNO Bahagian Lembah Pantai mempersoalkan di mana rasionalnya sebuah syarikat kerajaan yang besar seperti Avenue Capital Resources Berhad ditelan oleh ECM Libra. Beliau mempersoalkan mengapa Avenue yang lebih besar dari ECM mendapat pembahagian saham yang lebih kecil dalam penggabungan. Nama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin juga turut timbul.
  • UMNO Bahagian Lembah Pantai juga bertanya mengapa UMNO tidak berbuat apa-apa terhadap tingkah laku NST yang menyerang Tun Dr. Mahathir dan cuba melagakan kepimpinan Pak Lah dengan Tun Dr. Mahathir sejak beberapa tahun lepas.
  • UMNO Bahagian Lembah Pantai juga mempersoalkan mengapa Brendan dibenarkan mengkritik Tun sebagai kononnya cuai kerana tidak mendapat pandangan AG tetapi dalam masa yang sama kecuaian Datuk Seri Abdullah Badawi yang juga tidak mendapat pandangan AG (jika benar dakwaan Khalid Nordin) ketika meneruskannya pada awal 2006 tidak langsung dikritik atau disebut?
  • UMNO Bahagian Lembah Pantai juga bertanya tepat kepada Datuk Norza Zakaria (Ketua Pemuda UMNO WP merangkap ahli MT) mengapa Pemuda UMNO tidak menjawab sebarang cercaan terhadap DEB (sebelumnya diagung-agungkan oleh Shahrir Samad dalam ucapannya)."Apakah besar sangat Brendan Pariera dan Kalimullah ini sehingga mereka bebas memecah belahkan UMNO?"
  • Datuk Mustapha Mohamad mengakui bahawa kritikan Tun Dr. Mahathir mengenai isu AP ada kebenarannya.
  • Seorang ahli UMNO bahagian Titiwangsa membangkitkan isu kenaikan harga petrol yang dilaksanakan secara tidak berhemah menyebabkan rakyat berpendapatan rendah menghadapi masalah."tali pinggang pun naik harga, apa kena mengena dengan minyak? apa kerajaan buat?"
  • "Jika Datuk Seri Syed Hamed bertanding jawatan MT pada pemilihan akan datang, tiada pencalonan mahupun ( walau satu ) undi beliau akan terima dari UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan"- Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

tauxpe ~ so kauorang fikirkan sendirilah aku tak ulas... selama ni kita dah cakap benda ni... dah lama dah tapi orang kata kita fitnah... kita ni tak beradab... kita ni kurang ajar... sekarang ahli UMNO sendiri cakap so fikirkan sendiri... bagi mereka yang selama ni menggunakan pelbagai hujah untuk menyokong tindakan kerajaan so kau orang fikirkan sendiri hujah ahli UMNO ni sendiri... jangan segan sendiri sudah yer tak ?

No comments: