Monday, July 24, 2006

Khairy nak jumpa rice!

Pemuda UMNO mahu jumpa Rice(baca seterusnya...)

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO dijangka menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang bakal disertai oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai tanda penyatuan suara rakyat Malaysia membantah tindakan ganas rejim Israel.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah tersebut merupakan salah satu rangka tindakan yang akan diambil oleh Pemuda sekiranya Israel tidak menghentikan serangan ke atas Lebanon dan Palestin.


Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk mengemukakan bantahan berhubung serangan Israel itu kepada Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice semasa kedatangan beliau ke negara ini bagi menghadiri Mesyuarat Pasca Menteri dan Forum Rantau ASEAN sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-39 (AMM).
“Bentuk bantahan yang akan kita kemukakan kepada Condoleezza Rice belum ditentukan dan dalam perkara ini kita perlu mendapatkan pandangan kerajaan terlebih dahulu
(Utusan Malaysia)


Jangan izin Condoleeza pijak bumi Malaysia - PAS (baca seterusnya...)

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa supaya menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleeza Rice dari memijak bumi Malaysia berikutan keangkuhan negara kuasa besar itu mempertahankan serangan negara sekutunya Israel ke atas penduduk Lubnan dan Palestin sejak sembilan hari lalu.(harakahdaily)

tauXpe: pegi jahanam dengan rice! hey kery, aku tau la ko nak jadi juara.. konon, dalam nak membela rakyat palestin...pi raa...ko dgn bapak mertua ko sama je, sengal! Pak Mertua ko lak, lambat nak mampos buat tindakkan...dah hampir hancur lebur Palestin dan Lubnan, baru nak bersuara! Nama je Pengerusi OIC, tapi otak macam tak ada isi! Yang ko nak jumpa sekutu Yahudi laknattullah tu wat per?

No comments: