Friday, July 14, 2006

Orang Umno Gelar Syed Hamid 'Kodomo Lion'

Syed Hamid juga kelihatan tidak mampu menjawab satu soalan "nakal" daripada ahli yang sama mengenai percutian Datuk Seri Abdullah Badawi. Ketika ditanya mengapa Abdullah Badawi bercuti ketika rakyat Palestin sedang dibedil oleh Palestin sedangkan beliau merupakan Pengerusi OIC dan NAM; Syed Hamid menjawab bahawa percutian tersebut telah lama dirancang. Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan hadirin yang sebelum ini dimaklumkan oleh Pejabat Media JPM bahawa Perdana Menteri bercuti untuk menjalani pembedahan resdung. Jika isu semacam ini pun gagal ditangani oleh Menteri Luar, nyatalah ia membangkitkan kemarahan pimpinan UMNO peringkat Bahagian. (petikan blog cuit sikit)

tauXpe: ka...ka..ka...ambik kau! Buat malu orang Johor jer...itu baru kena kutuk dengar orang UMNO sendiri..belum lagi masyarakat antrabangsa....Itula kalau berketuakan pemimpin yang tak ikut Islam, bukan sahaja musuh tak gerun....Pengikut sendiri pun dok peleceh, kutuk, maki hamun...hehehe..aib...aib...aib..( kata-kata dari satu segmen di Selamat Pagi Malaysia di TV1) Pada aku, apa pun gelaran yang di beri pada anak singa 'botak' ni, itu tak akan mengubah keadaan..kalau dasar UMNO tu masih di pertahankan..nasib kau la Hamid.....anak singa umno yang di gelar kodomo lion oleh orang UMNO sendiri.. :)