Thursday, July 27, 2006

Ulasan Personaliti Bersama Randomsz
Nama : Sendiri tahulah !

Nama Galmour : Tok Ayah Lah / Pok Lah / Sempoi Lah

Pekerjaan : PIEM ( Pekerjaan ini kebiasaannya diberikan kepada mereka yang suka ngoboral tentang apa-apa ntah )

Pencapaian :
  • Dengan cemerlang berjaya buat tak tahu terhadap usaha-usaha untuk meragutkan aqidah umat Islam di Malaysia. Frasa terkenalnya "Saya akan semak !"
  • Penglipurlara terbaik dimalam Anugerah Akademi Penglipurlara Sedunia untuk tempoh 3 tahu berturut-turut. Ulasan juri mengatakan watak "Sempoi" yang selalu dibawa cukup mengesankan dan kerana itulah dia digelar "Sempoi Lah"
  • The Most Outstanding PIEM Of The Years, 3 tahun berturut-turut. Antara faktor kemenangan gemilang itu kerana pelbagai retorik yang diuar-uarkan antaranya "Kerjalah Bersama Saya Untuk Dikerjakan" dan "Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Terbongkang". Selain itu faktor utama yang menobatkan beliau ke anugerah tersebut ialah gagasan Islam Had Hari yang dipelopori oleh beliau. Gagasan ini berjaya memukau orang ramai sehingga kalau ditanya pada sesiapapun orang akan cakap "Entah aku pun tak tahu, tapi macam best jer bunyinya !"
  • Lawak beliau didalam Sitkom "Lawak Titi Bengkang Bengkok" diiktiraf antara lawak terbaik pernah dihasilkan didunia. Kegemparan lawak tersebut sehingga membangkitkan "orang mati" dari persemadiannya antaranya ialah Che "Tirani" Det.
  • Selain itu 5 lawak beliau yang lain juga telah merangkul kesemua 5 tempat teratas antaranya "AP Apadah !", "Menatu Ku Mentor Ku !", "Rasuah vs Rasuah !" dan banyak lagi.
  • Album beliau "Ku Naikkan Minyak Ikhlas Keran Mu" memecahkan rekod industri hiburan dunia apabila menduduki carta Album Ngetop Seantero Dunia selama 8 tahun berturut-turut sebagai jualan tertinggi didunia. Antara lagu yang menjadi siulan ramai dan dijangkakan evergreen ialah "Hanya 30 Sen Saja", "Minyak Kita Murah" serta lagu duet bersama DJ Nah Jeep berjudul " Ubahlah Gaya Hidup Mu !.
  • Rancangan Talk Show beliau "Romantis Bersama Sempoi Lah" juga antara rancangan yang dikatakan paling berjaya didunia. Segmen-segmen yang sering menjadi perhatian penonton dan dinanti-nantikan ialah segmen "Berdayung Bersama Nenda Di Sungai Kuala Muda". Segmen ini biasanya akan membawa penonton mengenang-ngenang kenangan silam sambil diiringi lagu " Propaganda Diteligaku" karangan Cham Maiden.
  • Terbaru beliau sedang mementaskan satu pementasan drama sinambungan daripada episod "AP Apadah ! dan "Lawak Titi Bengkang Bengkok" bersama rakan seperjuangannya yang masih terkejut daripada persemadian iaitu Che "Tirani" Det. Drama ini dijangkakan akan hangat dipasara. Konsep yang bercampur seperti muzikal sedikit akan memuatkan lagu duet Sempoi Lah dan Che "Tirani" Det berjudul "Kau Tikam Aku, Aku Tikam Kau Balik !". Lagu ini juga diiktiraf sebagai karya seni terulung didunia.

3 comments:

Anonymous said...

ayah lah ayah lah,,,,,,ape lah nak jadi lah kau lah,,,,,malu lah ISLAM lah,,,lah lah lah,....

Anonymous said...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»