Monday, August 07, 2006

54 000 Orang Pelajar Lemah Keupayaan Berfikir... !?
SEREMBAN: Tujuh elemen termasuk lemah sahsiah diri dan tiada hala tuju jelas dikenal pasti antara punca sebahagian besar siswazah Melayu, terutama lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) gagal mendapat tempat di pasaran kerja.Elemen lain ialah tiada ketrampilan, kurang keyakinan diri, lemah keupayaan berfikir, lemah kemahiran berkomunikasi serta kurang inisiatif. Kelemahan itu adalah punca menyebabkan 90 peratus daripada kira-kira 60,000 siswazah menganggur ketika ini

tauxpe ~ ini pulak analisa ringkas aku daripada kenyataan diatas... bukan analisalah tapi lebih kepada konklusi mudah... konklusi aku ialah sistem pendidikan kita lemah dan hampeh... mudahkan... kauorang bayangkanlah 6 tahun sekolah rendah... 5-7 tahun sekolah menengah... 3-4 tahun di universiti... hampir 17 tahun kat dlm sekolah.. tapi sistem pendidikan kita tak mampu nak lahirkan siasah pelajar yang kukuh... tak mampu nak lahirkan individu yang berketrampilan... tak mampu nak lahirkan individu yang berkeyakinan tinggi... 17 tahun hanya mampu melahirkan individu yang lemah keupayaan berfikir... lemah kemahiran komunikasi dan kurang inisiatif... aduh gelar apa lagi yang hendak diberikan kepada sistem pendidikan yang begini kalau bukan sistem pendidikan yang hampeh dan hampas... gelar apa lagi yang hendak diberikan kepada sistem pendidikan yang hanya mampu melahir 90 peratus daripada 60 000 mahasiswa untuk digelar penganggur... aduh sistem hampeh dan hampas ler apa lagi... bukan sedikit 90 peratus daripada 60 000 tu... bukan sedikit ! banyak tu... kau orang fikir sendiri ler... 90 % daripada 60 000 bersamaan 54 000 orang.. bukan sedikit... 54 000 orang penganggur ! Boleh ker dipuji dan dijulang sistem yang lahirkan 54 000 orang penganggur ni ! Kau orang fikir sendiri adakah secara kebetulannya 54 000 orang ini menepati 7 elemen tu... atau ada sesuatu yang tak kena kepada sistem itu sendiri dan kerana hendak lari dari pertanggungjawaban maka 54 000 orang ini dituduh sebagai lemah keupayaan berfikir ? lemah kemahiran komunikasi ? apa pun alasannya... nak lari selok mana sekali pun... tetap permasalahan utama itu akan terserlah.... kepada yang 54 000 tu aku rasa kau orang tahu sebabnya... kau org tahu faktanya... so aku tahu... kau orang tahu... semua orang tahu... cuma diaorang jer buat tak tahu... kita jgn beritahu sekarang... beritahu diaorang masa pilihanraya... masa pilihanraya kauorang buktikan pada dia takat mana keupayaan kau orang berfikir.... lepas tu nyayikan kepada diaorang lagu Masih Terserlah Bodoh Mu.... nyanyikan kepada sistem pendidikan ini... nyannyikan kepada kementeriannya... kepada menterinya dan kepada kerajaannya... mari !

No comments: