Wednesday, May 17, 2006

APABILA PAK PANDIR MENJADI MENTERI !


Kerajaan akan memperketatkan lagi pengambilan calon diploma dan ijazah pendidikan pada 2007 bagi memastikan hanya yang layak dan berminat menjadi guru sahaja diterima.
(Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein-Petikan BERNAMA)

Tak tahu mcmana aku nak cakap kat kau tok cham.. nak kata sengal kau menteri pelajaran.. nak kata cerdik mcm malu pulak.. apa kaitannya kau nak sukat orang yang nak jadi cikgu dengan isu kementerian kau biarkan cikgu lepasan maktab ni menganggur.. tak de kaitan langsung.. kau sepatutnya sedar kalau bebudak tu sampai sanggup pergi ke stesen tv maknanya diaorang tu memang beria-ia nak jadi cikgu.. cuma kau jer yang tak postingkan diaorang.. lepas tu pasal kau tuduh diaorang menganggur kerana ambil kursus pendidikan yang tak relevan.. kan ke nampak no sengalnya otak kau tu.. depa semua masa mohon mana tau kursus tu relevan ke tak.. dah ada offer untuk kursus tu.. kena pulak diaorang minat.. diaorang mohon ler.. kalau depa tahu sebab mohon kursus tu depa kena menganggur depa pun tak nak mohon punya.. lagi satu yang kau kata bahawa tak de jaminan semua yang masuk maktab tu jadi dpt mengajar.. apa ke hal.. bukan ker semua yang masuk maktab tu ikat kontrak ngan kementerian.. so bila dah ikat kontrak jadi tanggungjawab kementerian ler untuk postingkan diaorang.. ceh nak escape pun jangan ler beri hujah sengal lagi memualkan tu.. nampak sangat ler beb ! tauXpe

JANGAN CAKAP JER !


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu profesion perguruan terus diberi keutamaan sejajar dengan sumbangannya dalam pembangunan negara dan bukan sekadar dijadikan pilihan kedua dalam kerjaya.
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Bernama)

Setuju tok ayah lah.. kawan setuju benar dengan saranan tok ayah lah.. dan kawan lebih setuju kalau tok ayah lah settlekan dulu pasal budak2 maktab yang ada cita2 nak jadi guru tapi dibiar menganggur tu.. cakap jer tak guna.. !tauXpe

TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU BOLEH NAIKKAN LER LAGI !


"Mesyuarat kabinet esok akan meneliti kajian kenaikan kadar baru tarif elektrik"
(Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan BERNAMA)

Terima kasih.. lama dah menunggu akhirnya naik juga tarif harga elektrik.. marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana kenaikan tarif harga elektrik ni adalah bukti betapa kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat dan sentiasa akan memastikan kepentingan rakyat terjamin.. Kenaikan ini juga bukti betapa kerajaan amat komited untuk membantu meringankan beban rakyat.. jika sebelum ini kita dikhabarkan dengan berita gembira kenaikan harga minyak maka kenaikan tarif harga elektrik ini adalah bonus berganda ! Terima kasih kerajaan BN.. lepas ni naikkan pulak harga air yer.. kita orang memang dah lama sangat tunggu harga air ni naik.. tak syok ler mandi dengan air murah.. kalau boleh lepas tu naikkan lagi harga minyak.. alah kita orang tak kisah.. minyak sekarang ni murah sangat.. kereta ni sebu jer bila guna minyak murah.. cuba2 ler naikkan harga minyak sampai RM10 seliter baru rasa mcm megah sikit.. !tauXpe

PEMIMPIN LOW CLAS MENTALITY !


Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Sarawak supaya tidak menolak `rezeki' melimpah RM25 bilion yang disalurkan untuk mereka di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

tauXpe~RM25 bilion ! Omak kau banyak tu tok jib.. kira nak bagi semua kat rakyat S'rawak ker tok jib.. ker nak bagi 25 % kat si pulan.. lepas tu 25% lagi untuk si pulan.. dan si pulan yang satu lagi tu pun 25% kan..? oh.. ya ni si pulan yang ni 25% juga kan..? eh.. tolak.. tambah.. tolak lah dah habis.. tak pe lah tunggu p'raya akan datang kita bagi lagi.. eh tak janji lagi.. tak pun kita tunggu je lah RMK-10.. Apa hal ler kau tok jib.. aku ingat semakin tua semakin cerdik rupanya semakin sengal.. sanggup kau semata2 nak menang kau tipu rakyat S'rawak mcm tu sekali.. mcm ler RM25 bilion tu kau nak beri terus kat diorang.. entah berapa ringgit jer lah yang sampai kat diorang.. Tok jib aku nak tanya sikit agaknya kat mata kau org S'rawak tu apa yer ? Sanggup betul kau peralat rakyat S'rawak mcm tu.. apa kelas pemimpin kau ni pun aku tak tahu.. kau orang dok sibuk kata rakyat M'sia kena jadi warga yang berminda kelas pertama... soalnya mcmana rakyat M'sia nak jadi warga yang berminda kelas pertama kalau pemimpin2nya orang mcm kau yang mindanya LOW CLASS !

RANGKA YANG TINGGAL RANGKA !


MIC sudah merangka sebuah piagam dinamakan "Misi Masyarakat" yang mempunyai matlamat, sasaran dan strategi yang jelas untuk memastikan masyarakat kaum India di Malaysia mencapai kemajuan seiring dengan kaum Melayu dan Cina.
(Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan daripada BERNAMA)

tauXpe~Lotih mendongarnya.. dari dulu sampai sekarang.. dari mudo sampai ke tuo.. dari berambut sampai dah naik hilang rambut.. itu ajo yang dicakapnyo.. rangka itu.. rangka ini.. last2 yang tinggal rangka jer lah... masyarakat india tetap juga mcm tu.. yang dok kat estet tetap juga mcm tu sejak berpuluh tahun dulu.. kadar jenayah yang melibatkan masyarakat india pun asyik merempit keatas jer.. kadar keciciran pelajar juga tinggi.. ontah lah den pun tak ghoti nak cakap mcmana.. den bukan apo den kesiankan nengok masyarakat india yang jauh ketinggalan.. lepas tu pemimpin yang mereka harapkan tak habis2 bergaduh.. bila ler nak nampak perubahan ?

GITU JER KIRA SELESAI KER ?


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique mengambil keputusan untuk menyerahkan kembali nombor pendaftaran WPA 1 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan kontroversi berhubung perkara itu, baru-baru ini.
( Petikan daripada BERNAMA)

tauxpe~Hei gitu jer.. kalau serah kira tutup kes ker tok nan rafik.. boleh mcm gitu je yer.. ni nak tanya kat BPR sikit tak nak ker singah2 kat pejabat tok nan rafik.. tanya2 ler ni apa spesel sangat tok nan rafik ngan pengarah JPJ wilayah tu.. sampai boleh beri percuma jer plat rega RM61 000... ye lah selalunya JPJ ni jangan kata RM 61 ribu kompaun RM300 pun dia kejar sampai rumah.. kan ker pelik tu... tanya2 ler BPR.. singah kejap pejabat tok nan rafik.. minum teh ker...kopi ker...almaklum ler sorang menteri wilayah.. sorang pengarah JPJ wilayah.. mcm syok jer bunyinya tu kan !

TAK TERASA KER ?


"Media patut kembali memainkan peranannya sebagai alat bagi masyarakat menyuarakan keperluan mereka dan bukan menjadi saluran untuk memperjuangkan agenda tertentu"
(Mantan Pengarang Akhbar Republika Dr Nasir Tamara Tamimi)

tauxpe~Memang tepat pada masanya ! Tahniah Bapak Nasir atas saranan yang best tu.. bukan apa bagi media kat M'sia ni sedar diri sikit.. depa tu bukan bekerja untuk parti pemerintah.. tanggungjawab depa adalah untuk bersama rakyat.. membela rakyat.. bukan tiap2 hari dan masa mengampu je kerjanya.. tengok jer lah liputan p'raya s'rawak.. naik malas nak baca dan dengar liputan dia orang.. klu liputan tentang BN fuh.. dia punya puji macam nak rak.. tapi kena tiba pembangkang itu dia segala yang buruk keluar mcm tak de satu benda pun yang baik tentang pembangkang.. hampeh betui !

Tuesday, May 16, 2006

SATU LAGI PROJEK PELIK KERAJAAN BARISAN NASIONAL !

"Sebuah jejambat dianggarkan bernilai RM250 juta sepanjang 800 meter akan dibina sebagai laluan tetap bagi menghubungkan Tambak Johor dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang baru"
( Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan daripada Bernama)

Woi apa ni.. sebelum ni kerajaan dah umum peruntukkan RM 33 juta untuk buat jalan sambungkan KIK ke Tambak Johor... ni apa pulak RM250 juta untuk buat jambatan pulak.. woi giler ker.. kalau kau orang tak caya kau orang cek Utusan Malaysia 13 Disember 2004.. kenyataan Datuk Mustapha Mohamed.. apa ni.. ini tok sammy pulak cakap nak buat jambatan pulak.. ape citer ni.. hampeh betul kau orang.. guna duit rakyat mcm duit tu duit mak bapak kau orang.. ! tauXpe

* kat atas tu kau orang boleh klik dan baca kenyataan Datuk Mustapha Mohamed.. kau orang nilai sendiri !

FTA : GERGASI PENJAJAH YANG TIDAK AKAN TUNDUK !


Aku nak kau orang nilai perjanjian FTA atau Free Trade Agreement yang akan M'sia tandatangani.. kau orang mungkin tak pernah nak risau benda ni.. tapi aku nak kau orang daripada sekarang mula untuk risau.. sebab bagi aku FTA ini adalah satu bentuk PENJAJAHAN baru yang digunakan oleh puak kapitalis, imperialis dan dajal2 dari negara barat tu.. Walaupun tak de satu butiran yang dikeluarkan oleh kerajaan khusus Ministry of Trade of International Trade and Industry berkenaan perjanjian ini.. tapi kita melihat kesan-kesan yang telah berlaku daripada negara2 lain yang telah menandatangani FTA ini.
  1. Industri perubatan akan dimonopoli oleh mereka dengan perlaksanaan dasar paten. Dasar ini akan menyebabkan halangan kepada pihak selain yang dipatenkan untuk mengeluarkan dan memasarkan jenis ubat yang sama dan dengan cara monopoli harga akan berlaku.. maksudnya UBAT AKAN LEBIH MAHAL !
  2. Melalui paten juga umum tidak boleh menggunakan hasil kajian yang dibuat.. maksudnya KEPENTINGAN AWAM yang sepatutnya memperolehi faedah daripada hasil kajian sains dan perubatan DINAFIKAN !
  3. Kesan FTA di Mexico menyebabkan hampir 2 juta petani Mexico kehilangan pekerjaan disebabkan kemasukkan jagung daripada Amerika yang lebih murah.. dan di Malaysia yang dijangkakan menerima tempias yang sama ialah industri makanan khususnya padi yang mana bidang pertanian adalah antara sasaran Amerika didalam FTA. Gesaan pemansuhan 40 peratus tarif untuk beras adalah langkah awal !
  4. FTA juga akan memberi kesan kepada dasar ekonomi negara. Hak-hak orang Melayu yang disediakan bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum akan dihapuskan.
  5. FTA juga akan memberi kesan kepada penggunaan perisian murah dan terbuka dipasaran melalu penggunaan paten.
Ini adalah sebahagian daripadanya.. aku sedang mengumpul banyak lagi data berkenaan "kehampehan' FTA dan "keduaguan" kerajaan khususnya kak pidah "why !why" yang kata dia dah buat kiraan yang FTA akan menguntungkan M'sia.. tunggu dan lihat yer..!

saMpaH seKilO berAPA ?


"Masanya sudah tiba untuk menimbangkan pelaksanaan dasar yang mengkehendaki mereka yang mencemar alam sekeliling untuk membayar, dengan mewajibkan setiap rumah memikul beban membayar terhadap setiap sampah yang dihasilkan. Ini akan membantu dalam menghalang orang ramai daripada menghasilkan terlalu banyak sampah,"
(Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Suboh Mohd Yassin-Petikan Bernama)

Ekau ni memang otak bisnes yer.. habis semua ekau nak bisneskan.. sampai SAMPAH pun kau nak bisneskan.. agaknya kau orang ni dah tak de duit bebenor ker..? ada banyak cara lagi nak didik rakyat supaya menjaga kebersihan.. tu pengurusan sampah yang kepala otak diaorang pun mcm "sampah" tu.. uruskan dulu.. kapitalis lintah darat yang otak dia orang yang penuh dengan idea pengelat dan rubbish tu.. betulkan dulu.. ini senang2 jer nak suruh org ramai bayar pada setiap sampah yang diaorang buat.. kau check dulu PBT yang mcm hampeh tu.. baru boleh citer nak suruh org bayar harga sampah.. kau idea negara maju yang mcm ni.. yang boleh menguntungkan kau.. kau ambik yer.. tapi idea depa yang telus dlm demokrasi.. yang menjaga kebajikan rakyat.. yang menjaga hak asasi manusia.. ekau buat pejam mata jer.. ceh.. idea mcm sampah.. ! tauXpe

SIDAK BN DATANG SITU CERAMAH BULAK !


"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Sarawak supaya memperhebatkan kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini"
( Petikan daripada Bernama)

Hebatkan kempen ker hebatkan tabur duit tok jib.. aku ada ler pengalaman ngikut p'raya kat S'rawak yang sebelum ni.. yang depa dok kempen bukan apa2.. cuma ulang balik apa yang depa cakap 4 tahun sekali... masalah rakyat S'rawak tetap gitu juga.. rampasan tanah rakyat S'rawak tetap gak berterusan.. pendidikan rakyat S'rawak tetap gak gitu jer... pekerjaan kat S'rawak tetap juga kureng.. malah ramai pulak yang dibawa oleh puak2 kapitalis lintah darat ke semenanjung dengan janji pekerjaan yang hebat2.. last2 bekerja mcm hamba.. aku bukan nak perlekehkan org S'rawak tapi org S'rawak kena bangkit dari janji2 kosong pemimpin mcm tok jib tu.. yang cakap bulak memanjang... jangan kerana RM10 yang diselitkan dibawah slip mengundi kita gadaikan maruah kita... dah sampai masanya untuk kita tolak BN ! tauXpe

*pekabo org kota samarahan.. rindu teman nak kesana.. kenangan bertugas kat sana masa p'raya lepas dengan layanan baik org sana tetap segar dalam ingatan.. pemuda2 kg. jemukan teruskan berjuang.. ingat motto kita SIDAK BN DATANG SITUK CERAMAH BULAK !

Yo LAH tu.. ekaU ajE le heBAT !


"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bijak menjana ekonomi dan prihatin terhadap kehidupan rakyat termasuk masyarakat petani dan nelayan dengan menyediakan pelbagai bantuan bagi keperluan mereka"
(Datuk Peter Chin Fah Kui- Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Yo lah tu ! sebab prihatin sangat lah tu sampai peladang mangga kat Perlis sampai buang je mangganya sebab tak laku.. lepas tu sebab bijak sangat mentadbir lah banyak kontraktor Melayu gulung tikar.. dan sebab hebat sangat mentadbir lah kerajaan BN suka2 hati buat jutaan ringgit kat Selat Johor.. naikkan cukai tanah.. naikkan cukai pintu.. naikkan tarif elektrik.. itu semua sebab hebat, bijak dan prihatin ler tu.. ye tak ! lupa lak.. sebab hebat, bijak dan prihatin juga ler.. sampai ada pemimpin BN yang sanggup gadai kedaulatan negara kepada negara luar.. memang hebat !

BENGAP..! SENGAL..! BODOH...! BAHALOL...!


"Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengkritik 500 orang yang mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang semalam membantah penganjuran forum undang-undang sivil dan syariah dengan menyifatkan tindakan itu salah dan bodoh"
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)


Sapa bodoh..! kaulah bodoh.. dan aku juga tak takut nak cakap yang kau tu bukan setakat bodoh tapi plus ngan dungu dan bengap.. dah terang dah depa yang berkumpul tu yang kau kata nak berbincang tu.. sebenarnya mempunyai niat nak perlekehkan Islam bukannya nak berbincang.. Oh bila dia orang dok buat forum nak bantai Islam kau kata nak berbincang.. tapi bila ada orang Islam nak pertahankan akidah umat Islam kau kata depa peralatkan isu.. ada kepentingan politik.. bodoh.. kau ni kenapa.. awat dengki no dengan Islam.. nama je Islam.. tapi perangai dah mcm apa entah.. hei beb dah terang dah depa semua tu pemuka-pemuka yang anti ngan Islam.. yang kau dok sokong lagi buat apa.. ni ke islam hadari.. ceh.. malu ler ngaku nak daulatkan islam tapi bila ada org hina Islam kau buat bodoh jer.. malah lebih teruk lagi kau kutuk pulak org yang ada rasa dan inisiatif nak pertahankan.. ! tauXpe

watEVERlah !


"A member of Indonesian delegation attending the heads of state summit of the eight developing Islamic states (D8) in Indonesia's Bali Island said here Saturday that at the meetings no reference was made to Iran's nuclear issue by the attending delegations"
( Petikan daripada Islamic Rebulic News Agency )

Itulah.. nama je persidangan negara membangun Islam tapi kepekaan terhadap nasib umat Islam seantero dunia yang sedang berdepan dengan pelbagai penindasan langsung tidak dihiraukan. Soal Iran tidak sewajarnya diketepikan.. dan sewajarnya juga D8 selaku kumpulan negara Islam yang sedang membangun mengambil pendirian tegas dan bersama terhadap isu nuklear Iran.. Begitu juga halnya dengan isu Palestin yang kini ditekan oleh semua pihak daripada segenap sudut.. dimana pendirian D8 dalam hal ni.. adakah hal perdagangan,ekonomi, kastam dan visa lebih penting daripada nyawa jutaan rakyat Palestin bagi D8.. kepada mereka kita ingatkan jangan harapkan satu siatuasi ekonomi yang lebih baik selagi mana isu Iran dan Palestin tidak usai !

maKA sekALi laGI kaU ku hAMpeskan !


"Tindakan kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengurangkan separuh rizab bekalan elektrik adalah bagi memastikan TNB terus berada dilandasan kewangan yang kukuh.Katanya, kedudukan syarikat utiliti nasional itu juga perlulah dilihat secara menyeluruh termasuk kaitannya dengan kedudukan dan kontrak antara TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP)"
(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan Bernama)

Betui tu tok jib.. tak sapa nak nengok TNB tu bangkrap.. kalau bangkrap pun yang susah rakyat.. cuma yang pelik ni.. awatnya kontrak TNB ngan Penjana Tenaga Bebas (IPP) tu mcm tu sekali.. sampai tak boleh dirunding langsung.. sapa yang cerdik no buat perjanjian lagu tu.. langsung tak fikir panjang.. nampak no bengapnya tu.. ler ni sapa yang susah.. kerajaan dah awal2 lepas tangan.. rakyat juga yang tanggung.. bengang siut.. lepas tu dah jadi mcm ni tak serik2 lagi tu.. samapi kerajaan dah mcm PENGEMIS sanggup nak beri apa saja pampasan pada IPP untuk mempertimbangkan balik harga yang dikontrakkan.. awatnya sampai mcm tu.. ! Kalau rakyat boleh disuruh berkorban untuk negara.. awatnya ler ni.. dlm time lagu ni.. time rakyat susah.. puak2 tu tak disuruh berkorban juga.. apa ni.. kerajaan ni kerajaan rakyat ker.. kerajaan untuk korporat2 tu.. mcm keparat jer bunyi jer.. siut betul ! Mcm tak de maruah jer kerajaan.. sampai mcm tu sekali merayu kat IPP.. ! Sapa yang perintah sapa ni..? Awat kerajaan takut sangat dengan IPP-IPP ni.. ada apa-apa kah ? Ingat aku dulu masa PAS menang kat T'ranung perjanjian yang termaktub dlm perlembanggaan negara pun kerajaan boleh langgar.. ! Tapi ler ni nape pulak kerajaan beria-ia no nak ikut kontrak tu.. sampai tak leh nak bincang2 lagi..! Hampeh cakap jer lah nak naikkan tarif harga.. tok sah nak dolak-dalik ? tauXpe

koMITED jGN taK koMIted !


"Kerajaan lebih komited dalam mengambil beberapa langkah drastik di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menangani kemiskinan tegar di kawasan luar bandar dan bandar. Langkah itu termasuk memantapkan pelaksanaan program bagi kumpulan sasar khusus untuk mengurangkan kemiskinan dan membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010"
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Abdul Raman Suliman-Petikan Bernama)

Betui ke tok dul man..? Aku sebenarnya sokong usaha tu tapi.. setakat dengar janji2 ni.. aku lemah sikit ler.. lepas tu pulak dok sogok ngan fakta.. nak membuktikan yang tiada kemiskinan di M'sia.. bukan apa.. setakat nak main ngan fakta2 atas kertas ni kureng sikit ler.. benda boleh ditokok tambah.. ! lepas tu.. aku bukan ler nak negatif thinking sangat.. tapi bila nengok projek2 pembangunan untuk rakyat miskin yang sebelum ni mcm PPRT tu.. his.. kena fikir 2000 kali nak percaya ngan cakap tok dul man ni.. ye ler kes PPRT tu.. seleweng sana.. cilok situ.. kepit sini.. penyudahnya projek yang jadi apa.. hampes ! lepas tu nengok pulak kes setinggan yang kena roboh rumahnya.. adus terus makin susah nak percaya tu ! tauXpe

RM31.33 juTA.. banYAK tu !


"Sebanyak RM31.33 juta diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi memperbaiki mutu liputan siaran radio dan televisyen di Sarawak" (Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin-Petikan Bernama)

RM 31.33 juta..! Banyak tu.. mahu mabuk tv orang S'rawak lepas ni.. tapikan aku mcm dah dengar banyak kali ler janji ni .. tapi dimana ye ? Lagi satu aku dok konfius.. bukan konfius apa ler.. saja nak mencongak-congak.. kalau RM31.33 juta tu digunakan untuk baiki sistem jalanraya kat S'rawak agaknya berapa banyak yang dapat ye..? Tak pun kalau untuk pendidikan berapa banyak benda yang boleh dibuat yek..? Macamana pulak kalau buat rumah kos rendah.. berapa banyak boleh dapat yek..? Kalau bangunkan industri untuk wujudkan peluang pekerjaan pun.. agaknya berapa banyak boleh dapat yek..? ENtah ler aku pun tak berapa reti nak kira.. tok zam maidin boleh tolong kira ker..? tauXpe

jaGA-jaGA.. dePAN adA luBANG !


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini melabur dalam 15 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM16 bilion. Kesemua 15 buah GLC itu adalah syarikat besar yang dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pencarum KWSP.
( Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin-Petikan daripada Bernama )

Betui ker tu tok awang.. setakat jamin pakai air liur jer boleh caya ker.. almaklumlah dah banyak kes dah kerajaan jamin itulah... jamin inilah.. tapi sudahnya sapa yang tanggung.. rakyat juga.. ni kawe nak tahu juga sapa dia 15 GLC tu.. yelah sekarang ni tengah musim GLC2 merudum ni.. sana nak muflis... sini nak bangkrap.. situ nak terlungkup... kawe bukan apa tok awang .. takut jer.. takut lebur gitu jer duit pekerja yang berkerja mcm kuli kat bawah tu.. ingat2 ler sikit.. semua tu bukan duit kerajaan mutlak itu semua duit pekerja so jgn sampai masanya nanti citernya jadi lain pulak.. ! bukan apa tok awang kawe teringatkan beberapa amanah saham yang dulunya kerajaan janji fuh mcm nak beri bulan bintang tapi sudahnya.. sendiri faham ler..! tauXpe

Monday, May 15, 2006

siaSAT janGan taK siasaT !


"More than RM1 million is believed to have been spent on repairs and renovations to Pusat Serenti Rawang after notice was given that it would be closed, prompting an investigation by the Anti-Corruption Agency"
( Petikan daripada NSTP Online )
Tahniah ! BPR siasat jangan tak siasat.. ada segelintir dia orang ni ingat duit kerajaan tu duit bapak depa.. suka2 hati depa nak belanja.. ni dah terlanjur dok siasat tu.. siasat ler sekali MRR2 yang dok sampai hari ni tak habis2 isunya tu.. tu jambatan kat Johor yang tak jadi tu sisat ler sekali.. itu bukan setakat RM 1million yang hangus.. beratus-ratus million tu.. banyak ler lagi yang BPR kena siasat.. 18 kes profil tinggi tu.. mcm senyap jer.. siasat ler.. jangan dok nanti bila org kata BPR dok siasat yang 'ikan bilis' jer.. jerung2 kepala naga dok sedap sendawa ! tauXpe