Wednesday, August 02, 2006

Tok Ayah Lah PM Kerajaan Negeri Terangganu... !
MARANG 1 Ogos - Terengganu bertuah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertindak menentukan sendiri setiap projek yang bakal dilaksanakan di negeri itu

tauxpe ~ Ye lah untung memang untung ler tapi soalnya dia tu bukan PM Terengganu sampai setiap projek yang bakal dilaksanakan dinegeri Terengganu dia sendiri nak tentukan... kalau dah lagu tu apa guna ada MB baik tak yah ada kalau setakat jadi jurucakap puji sana dan jilat sini.. lepas tu ni aku dah beberapa hari dok asyik tanya kat orang pasai statement PM masa rasmi UDM tu... awatnya loqlaq no PM tu pegi dok buat statement kata segala kemunduran yang ada di Terengganu ini bukan silap kerajaan tapi silap penjajah... wei... dah berpuluh tahun dah wei penjajah tu dah pergi... bukan sehari dua wei... takkanlah terdesak no nak cari alasan sampai dok tuduh penjajah tu wei.... apalah tok PM Che Det kat rumah confirm ketawa dok dengar alasan tok PM kita ni... boleh ker tuduh penjajah yang menyebabkan Terengganu mundur sedangkan penjajah tu dah blah hampir 50 tahun ! Apa ke hei ?

Lalu Dok Ni Tak Leh Kita Lalu Ikut Lain !
KANGAR 1 Ogos - UMNO Bahagian Padang Besar bersetuju membatalkan jemputan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi merasmikan mesyuarat bahagian itu 27 Ogos ini tetapi bekas Perdana Menteri tersebut akan menyampaikan ceramah pada satu majlis di Beseri sehari sebelum mesyuarat berlangsung.

tauxpe ~ Itu dia punya bersungguh nak jemput che det kita... tak dpt ikut celah itu... dia ikut celah ini... tak dpt panggil masa mesyuarat... depa panggil kat program lain.... amboi pening tok ayah lah kita ler ni nak menangani "rating" che det yang tengah panas ler ni... program kat Kelantan habis semua che det "telanjang"kan kerajaan sampai tak seurat benang pun tinggal... kes rasuah, salahguna kuasa, pilih kasih, kes Khery, Kes Kalimullah dan banyak lagi aku rasa ler silap-silap ke dalam che det ni... tapi soalnya ada yang berani ker nak tahan dia ? Apa-apa pun kalau dulu rakyat boleh percaya kepada che det ketika dia menjadi PM dan sekarang ni adakah rakyat akan percaya juga che det ketika dia tak punya jawatan apa-apa ? So kalau percaya atas segala pendedahan yang dibuat oleh che det mcmana kita nak buat ? Mudah jer kalau kita prihatin semua yang didedahkan oleh che det ni satu jer konklusi dia iaitu UMNO ni tak layak memerintah so it's about time kita kena tekadkan keputusan untuk buat pertama kalinya mencipta sejarah baru negara... ! faham-faham jer lah... !

Naik Jangan Tak Naik ?
KUALA TERENGGANU 1 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat memahami keputusan Penerbangan Malaysia (MAS) menaikkan tambang domestiknya sebanyak 15 peratus bagi kelas ekonomi dan 25 peratus bagi kelas perniagaan berkuat kuasa 15 Ogos ini.

tauxpe ~ ye lah tok ayah lah rakyat aje lah yang kena paham... rakyat kena faham harga minyak naik !... rakyat kena faham elektrik naik ! Rakyat kena faham cukai harta naik ! Rakyat kena faham itu ! Rakyat kena faham ini ! Asyik rakyat jer kena faham ni bila pulak kerajaan nak faham yang rakyat dah tersepit ler ni ? Bila kerajaan nak faham yang rakyat dah mula pening-pening nak pengsan ni ? Ker memang takkan faham ? So mcm gini jerlah nanti masa p/raya UMNO kena fahamlah bila orang pakat ramai-ramai tolak depa ! Kena faham ye ayah lah ! Kena fasham selalu !

Ceh Agak2 Tauxpe ni masuk dalam kategori kena pantau tak... ?
KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Kerajaan akan memantau dengan dekat laman-laman web, blog dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

tauxpe ~ sapa lah tu yer ? laman mana lah nak kena tu yer ? Inilah sikap pihak berkuasa yang hampeh.. bila dia tak dpt nak counter isu yag timbul... tak dpt nak jawab... rakyat tak nak dengar penjelasan dia orang maka tindakan yang dia ambil ialah dengan menyekat orang lain dengan tindakan undang-undang ! Inilah sikap pemerintah zalim yang mengamalkan sistem kuku besi. Dia nak org dengar cerita dia bila org mula nak dengar cerita orang lain dia tak senang hati... dia rasa mcm nak tangkap jer orang.. apa dah.. kita berpolitik.. kita berhujah dengan politik... so nak jawab... jawablah dengan cara politik.. bukan dengan cara kekerasan... apalah mcm bacul jer !

Dua Ringgit... Dua Ringgit !
MALAYAN Banking Bhd (Maybank), bercadang untuk mengenakan surcaj RM2 bagi setiap pengeluaran wang yang dibuat di kaunter.

tauxpe ~ inilah kapitalis namanya... dah lah kita menyimpan duit kita kat dia... lepas tu nak keluar dia boleh caj kita RM 2 ringgit... aku tahu pada kau orang RM 2 tu sikit tapi kalau kita tengok berapa jumlah transaksi kewangan melalui ATM mesin aku percaya dari urusan keluar duit kat mesin jer Maybank dah untuk jutaan ringgit ! Bosan aku dengan golongan kapitalis yang tak habis-habis nak perah duit rakyat marhaen ! Simpan duit bawah bantal lagi bagus !

3 comments:

semarakbinjai said...

ATM out of service manjang..
cam ne?

fiq said...

http://i29.photobucket.com/albums/c287/fiqualizer/blog.jpg

hadiah yang xseberapa tanda sokongan. chayok!

p/s: 1st time komen

Anonymous said...

Lovely tajam posting. Tidak pernah berpikir bahwa itu adalah ini mudah. Extolment untuk Anda!