Monday, May 08, 2006

beriTA riNGkas..beriTA riNGkas..beriTA riNGkas..

"Tanah seluas 51170 ekar yang berada di negeri Johor yang kini dijadikan sebagai kawasan empangan air didakwa telah diserahkan kepada Singapura ketika Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang kini menjadi Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani menerajui pemerintahan negeri itu"
tauXpe - Jawab Tok Sri Din..jawab jangan tak jawab ! tu baru satu tu dedah.. yang lelain tengah dok nunggu jer tu..faham jelah tok sri din awak tu bukan sikit2 musuh kat johor tu.. depa semua tengah tunggu masa jer nak menyakat tu..

"Kerajaan akan membina sebuah kompleks perfileman di Selangar di sini, yang dianggarkan bernilai RM100 juta untuk kegunaan pengarah filem tempatan dalam usaha meningkatkan mutu industri perfileman negara."
tauXpe - Fuh.. ! Kira nak jadi mcm hollywood ler ni.. 100 juta tu bukan sikit tu.. baik betui ler kerajaan.. hebat.. dlm dok suruh rakyat jimat dia pegi bantai guna 100 juta buat kompleks filem..fuh memang hebat.. cuba kira yek kalaulah 100 juta tu di buatkan rumah kos rendah. Agaknya berapa banyak boleh dpt.. tak ler rakyat selangor ada yang rumahnya kena runtuh sebab buat rumah haram.. fuh kerajaan memang hebat dan prihatin !

"Insya-Allah, menjelang 2010 kemiskinan tegar akan dihapuskan”- Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.
tauXpe - Tahniah Tok Seri Jiz Din.. terhibur hati.. lawak semacam jer bunyinya tu !

"Kita agak bergembira seperti dalam rancangan Malaysia lepas kita hanya mendapat RM700 juta tetapi pada masa ini kita memperoleh tiga kali banyaknya peruntukan itu yang kita akan dapat” - Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
tauXpe - sape2 pun hepi tok ku nan.. org kat bawah tu pun suka gak.. masing2 tu dah nganga tu.. nak tunggu disuap !


No comments: