Friday, June 16, 2006

NEGARA KU NEGARA ISLAM HADHARI !

Beberapa ulama dan cendekiawan Islam menyifatkan tindakan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri keempat, Matthias Chang bersumpah di depan al-Quran sebagai penghinaan terhadap Islam dan kitab suci itu.Mereka turut mempersoalkan niat dan pemahaman Chang mengenai Islam apabila dia meletakkan al-Quran sebaris dengan empat kitab agama lain, dalam sidang akhbar di sini kelmarin.
(Petikan Berita Harian Online)

Baguslah tu.. semua pihak ada rasa marah bila ada pihak sewenang-wenangnnya menghina agama Islam.. menghina al-Quran... tapi yang aku pelik kemana semua yang dikatakan ulama dan cendekiawan ini berada ketika isi al-Quran dihina... Kalau ada pun tok mufti perak kita yang sentiasa konsisten... mana perginya mufti johor yang hebat no tu... kenapa hanya muncul apabila timbul isu yang menglibatkan kepentingan UMNO dan kerajaan tetapi setiap isu yang melibatkan kepentingan ummat Islam kemana mereka ? Kemana perginya suara mereka ? Kenapa membisu ? Aku bukan nak bergaduh ngan ulama'... aku sayang ulama' tapi ulama' yang aku sayang bukannya dari kategori yang menjadikan titlenya itu sebagai tiket untuk membesarkan perut dan tembolok saja... yang dengan sengaja mencampakkan diri sendiri ke lembah kekotoran untuk tujuan peribadi... masih tak lekang dikepala aku ni gelagat seorang mufti kerajaan negeri yang didalam satu muzakarah bagi membincangkan isu IFC dan artikel 11 ... apabila diminta pandangan beliau... dia kata kita tok sah kecohlah nanti mengugat perpaduan negara... ini mentaliti ulama' ker mentaliti ahli politik... nasib baik ada lagi orang berilmu dlm muzakarah itu yang berani dan jujur dengan keilmuannya yang terus bidas berkata... Datuk mufti ni mufti agama apa.. ? Kalau mufti agama Islam mengapa pada perkara yang cukup serius ini, dimana ketika akidah ummat Islam cuba diganggu gugat, Datuk Mufti boleh berkata begitu, boleh berkata demi perpaduan kita tidak perlu sebut hal ini... dan antara ayat yang begitu menyegarkan ialah... Datuk Mufti kena ingat bila berdepan dengan Allah nanti kita adalah golongan pertama yang akan ditanya dan adakah Datuk Mufti bersedia untuk menjawab dengan jawaban yang sama pada hari ini didepan Allah kelak ? Kelu tak terkata kau.. ? Aku terus terang cakap kalau mufti yang sekor tu ( aku tak nak sebut nama ler ) masuk bertanding pilihanraya lawan dengan DAP, aku lebih rela undi DAP daripada undi orang yang menjual agamanya untuk perut dan tembolok ! Ustaz Harussani teruskan ketegasan Ustaz.. semoga dengan ketegasan ustaz dapat mengetuk sikit kepala puak pemerintah yang dah lupa diri tu ! tauXpe

PERANG PUN BERMULA..... !?#$%


Bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Matthias Chang mencabar Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi Kumpulan New Straits Times, Datuk Kalimullah Hassan untuk berdebat secara terbuka mengenai isu-isu dibangkitkan.
(Petikan daripada Utusan Malaysia )

Maka perangnya pun bermula... strategi yang sama tapi kita tengok sapa yang kena... sebelum ni kita dah dipertontonkan oleh ayah lah dengan drama puji, sokong dan jilat untuk menunjukkan beliau kuat. Semua pihak digambarkan oleh media menyokong ayah lah. Dari pansyarah, MT Umno, Kabinet, badan perhubungan umno negeri, bn dan semuanya lah. Gambaran yang ditunjukkan oleh media itu sebenarnya cuba untuk memberi tahu che det JANGAN MAIN API NGAN PAK LAH !. Kalau dilihat daripada itu seolah-olah che det ni dah tak de lagi orang nak sokong... tapi satu yang ayah lah and the gang lupa semua itu.. permainan media tersebut adalah permainan biasa bagi che det... now... sekarang masa untuk che det pulak bertindak... cabaran debat oleh bekas SU Politik che det... merupakan gegar kecil bagi menandakan bahawa dia akan menyerang.. maka bersiap sedia sajalah... ayah lah jgn ingat che det akan lumpuh dengan serangan media tersebut... kalau ayah lah fikir lagu tu... ayah lah tentu dah nyanyuk terlupa yang che det ni dari segenap segimencukupi... ya che det bukan lagi PM tapi sapa dpt nafikan jaringan kuasa yang dimiliki oleh beliau... mukriz contohnya mempunyai kekuatan melalui Aman Malaysia... Marina melalui SIS dan puak-puak yang sewaktu dengannya... dan ayah lah juga lupa bahawa hubungan rapat che det ngan taikun-taikun besar dinegara ini cukup terjaga... so dari segi sumber kewangan che det lebih mantap daripada ayah lah... dengan sumber kewangan sedemikian TIADA SIAPA yang berada didalam UMNO yang tidak boleh dibeli... jelas sudah dari segenap segi che det tetap lebih teguh daripada ayah lah.. ketika ini pun beberapa pihak yang berfungsi sebagai punch beg umno dalam berlawan dengan pembangkang telah mula menunjukkan sokongannya kepada che det... Kelab Maya UMNO contohnya secara terang dilihat kritikal kepada ayah lah kerana khery... tok fidah dan puteri pun dilihat diam membisu... tiada komen yang dikeluarkan oleh mereka didalam hal ni... maka pertembungan ini nanti pastinya satu pertembungan yang terunik didalam sejarah.. dan sama-sama lah kita tunggu hasilnya.. kita lihat sapa yang kena !tauXpe

Thursday, June 15, 2006

UMNO TERUS LARA ....

Kabinet memutuskan semua menteri mengambil tanggungjawab secara kolektif memberi penjelasan terperinci mengenai segala isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada rakyat di setiap peringkat.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Entah apa-apa entah... yang disoal dan dikritik ayah lah... che det pertikaikan kredibaliti ayah lah dlm memimpin negara apa ke hal pulak kementerian nak kena bertanggungjawab memberi penjelasan... ini semua nak buat perabih duit rakyat ler ni... ye lah bila dah kementerian nak buat penjelasan kena ler buat program panggil menteri tu.. panggil menteri ni... so bila dah panggil menteri takkan nak buat cikai-cikai punya program... kena juga tabur ribu-ribu nak buat itu dan ini... lagi satu ni awatnya layan kepala che det tu beria sangat.. sampai bila dia tanya semua jentera kerajaan perlu digerakkan... cukuplah tu Tok PM tu jer buat statement kat media... dan kalau perlu buat satu rancangan interview PM untuk perjelaskan isu... tak perlu nak gerakkan jentera kerajaan... buat perabih duit jer... lagipun masalah yang che det sebut ni semua orang tahu ianya soal politik... memang betul isunya isu negara... isu kepentingan negara... tapi orang tahu itu semua cover terhadap hidden agenda che det untuk menonjol di arena politik nasional negara... so kalau kau nak jawab kau guna UMNO punya medium... buat apa guna jentera kerajaan... apa kau orang ingat tu reta mak pak kau orang ker.... lepas tu aku dok pelik betui mana pergi semua tok pendekar umno ni... awat semuanya kecut nak berdepan ngan che det... che det tu sorang jer... common lah kalau kau orang betui sorang pun dah cukup untuk tibai che det tu... tak yah reramai.. lain ler kalau kau orang ni nak ikut stail amerika... sebab nak tegakkan benang yang basah... kumpul geng reramai.. lepas tu pakat bantai orang... ceh... ! baculnya...! Satu lagi benda yang aku nak beritahu kat kau orang... ini benda aku belajar dari gerak saraf kau orang sendiri... kau orang ni semua dah terperangkap sebenarnya dengan permainan saraf che det tu... kau orang ingat yer.. dlm prinsip saraf... sapa yang campak isu dulu itulah yang melekat kat kepala orang... apa pun kau orang cakap lepas ni... depa akan kata betul ler tu che det cakap.. kalau tak betul takkan diaorang beria-ia nak terangkan... kau orang buat apa pun lah lepas ni... you're already to late... rakyat dah tanam kat kepala diaorang dengan apa yang che det cakap... kena pulak kau orang lemah canguk... satu cara jer kau nak bagi clear balik... kau orang kena minta che det pusing balik dia punya statement secara terbuka... tapi soalnya hendak ker che det buat lagu tu... tobat lahum dia tak nak... nasib kau orang lah... !tauXpe

TOK JIB SELOROH LAGI !

"Jangan seludup, kalau dia terus seludup kita terpaksa naikkan harga"
(Datuk Seri Najib Tun Razak~Petikan Bernama)

Ini amaran kepada pengeluar dan pemborong jangan seludup ker atau memang suruh diaorang seludup kalau nak naikkan harga... ceh... yang buat salah orang lain... tapi yang menanggung orang lain... yang seludup pengeluar dan pemborong tapi yang nanggung rakyat... ini awat cerdik sangat ni.. ni kalau jangan kata ayahanda Tun Razak nengok malu... kambing aku pun malu... nengokkan kelaku waiting prime minister kita ni..! Aduh... baik ayah lah... baik najib... sama jer tak cerdik belaka... semuanya tak layak jadi pemimpin... jadi pelakon ok.. mcm nilah tok jib aku rasa kau ngan ayah lah ni baik berenti jer lah... lepas tu gi cari kerja ngan ucop aslam ker... bang jiz seman ker.. tak pun pruf ajak... ayah lah leh berlakon gantikan sawie dlm filem SEBULU lepas tu tok jib gantikan apeq ker dlm filem ANAK PEKAN KEMBALI ! gerenti ngetop punyalah bukan setakat boxoffice ... Academy Award pun boleh menang... !tauXpe

KUANG AJOR HEH... HAH KUANG AJOR ! ( ni bahasa jalanan kalau tak puas hati kat orang ! )

"Lebih baik kalau mereka terus ambil tindakan, lagipun tiada siapa pun di negara ini yang lebih berkuasa daripada dia (Shahrir). Tak kisahlah kalau hendak gugurkan saya daripada Parlimen atau apa saja yang mahu mereka buat sebab PAC ada hak walaupun untuk ‘tembak orang mati'".
(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan Utusan Malaysia Online)

Kau orang nengok ler sendiri.. tok sammy kita ni.. aduh lotih den menengokkannya... awatnya lah ayah lah boleh lantik orang tua yang sorang ni... langsung haprak.. orang tua ni tak tahu ler aku nak cakap samada dia ni dah masuk kategori nyanyuk atau buang tebiat.. orang nak jumpa pun dimarahnya... cakap pulak tu merapu... aduh ayah lah mcm ni takkanlah orang mcm ni yang berderet rekod "pelik" dan "hampeh" masih nak dibiarkan jaga soal kepentingan logistik negara... awat teruk no pertimbangan ayah lah ni... dalam kabinet kerajaan islam hadhari boleh ker ada menteri yang korup mcm ni.. tak boleh ditegur.. tak boleh diusik... kalau cakap dia aje yang betul... walaupun dah memang tak betul... lepas tu cakap pulak mcm orang mabuk.... sekajap itu... sekejap ini alamak.. malu lah wei ada menteri mcm ni... senior minister pulak tu.. ! tauxpe

Wednesday, June 14, 2006

LAGU BARU UMNO


( Lirik kalau kau orang nak berkaraoke lagu ni !)
Bersatu kita bersatu Dengan setia berganding bahu Tipu terus menipu Kita tipu Melayu Bersama kita bersama Menjunjung hasrat semua Berjasa pada kroni Anak, isteri dan bini Lambang kita yang rebah Dipandang keji dan haprak Bersatu,bersetia khianat Cogan katanya UMNO terus lara Rompak rakyat Malaysia

KALAU KURANG GAJI... KURANGKAN KERJA BOLEH ?


Gula-gula ini jangan banyak sangat. Kita perlu mengambil langkah drastik mengurangkan pengambilan gula
(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed-Petikan Utusan Malaysia Online)

Minyak naik disuruh kurang gunakan minyak... tarif elektrik naik disuruh pulak kurangkan guna elektrik... ler ni gula nak naik nasihatnya pun sama.. kurangkan pengambilan gula.. betullah nasihat nya tu.. tapi dengan nasihat mcm tu selesai ker masalah kekurangan gula dipasaran.. soal gula hilang dipasaran tak de kaitan dengan cara pengambilan gula rakyat M'sia.. tak de kaitan langsung... soal kehilangan gula dipasaran ini isunya.... isu kerajaan dan kementerian yang dah hilang kuasa untuk kontrol pasaran... pulak tu sekarang seakan-akan sudah menjadi satu trend... bila harga nak naik jer mulalah sesuatu produk tu kurang dipasaran... dulu minyak pun lagu tu... berapa lama diesel kurang dipasaran... sampai bercatu... tup..tup lepas tu harga naik ! ler ni pasai gula pulak... tengah dok sibuk-sibuk pasal gula tak de dah mula dah pihak kementerian citer pasal kewajaran kenaikan harga gula... apa hal ni.. ? Ini ler yang menjadi kerisauan orang ramai... kalau trend ni berterusan yang susah rakyat..! INi tak tahu hujung pangkal... masalah pun tak settle... tiba-tiba nasihat supaya kurangkan ambil gula.... kalau semudah itu semua masalah diselesaikan aduh mat rempit pun boleh jadi menteri.. ceh !tauXpe

PASAL BOLA PUSN JADI ISU !

Kerajaan berbelanja banyak, maka kita mendapat hak penyiaran. Kalau peminat bola sepak Singapura mahu menonton secara langsung mereka juga perlu berbelanja, jangan hanya mahu tumpang sahaja
(Petikan BERNAMA)

Wooo.. pasal bola apapun kau sanggup buat yer.. bergaduh pun boleh... tapi pasal jambatan kau tak nak pulak gaduh.. pasal pulau batu putih kau diam jer... psl tambak laut... kau buat tak tahu jer... ceh apa punya mentaliti dah... !tauXpe

DALAM DEBAR MENANTI KENAIKAN HARGA GULA !


Rancangan HUJAH di TV9 Jam 8.30 malam setiap Selasa. Bagi episod semalam 13hb Jun 2006, topik perbincangan adalah mengenai gula, "Gula: disorok atau disogok".


Panel jemputan yang tampil untuk memberi hujah atau lebih tepat lagi penerangan mengenai gula ialah daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna sendiri iaitu Timbalan Menterinya Dato' Veerasingam A/L Suppiah, serta wakil daripada Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) iaitu Presidennya En. Marimuthu Nadason.


Dipengerusikan oleh saudara Feris Omar daripada PROWARIS, seperti biasa permulaan rancangan HUJAH dimulakan dengan soalan-soalan yang panas-panas daripada pengerusi.

Antara soalannya :

  1. Adakah kepimpinan KPDNHEP sekarang tidak berupaya menandingi kepimpinan sebelumnya semasa dibawah Tan Sri Muhiddin Yasin kerana berjaya mengawal harga gula daripada dinaik dan disorokkan?
  2. Apakah berlaku bebincangan secara senyap antara pihak KPDNHEP dengan syarikat pengeluar gula?
  3. Mengapakah pihak KPDNHEP sendiri tidak membuat pemeriksaan mengejut dikilang atau digudang-gudang penyimpanan gula sepertimana yang dilakukan oleh pimpinan KPDNHEP sebelumnya?
  4. KPDNHEP, dimakah anda berpihak, pemborong atau pengguna?
  5. Adakah kemungkin bahawa pegawai-pegawai KPDNHEP telah disogok untuk tidak melakukan siasatan dimana gula itu disorok?

Dalam menjawab beberapa soalan di atas, apa yang aku ingat adalah, Veerasingam telah membezakan harga gula diantara dalam dan luar negara, contoh di Singapura, harga gula RM2.50 sekilogram dan di Thailand gula berharga RM2.30 sekilogram (alasan biasa). Veerasingam juga menyatakan bahawa KPDNHEP tidak dapat mengelak sekiranya berlaku kenaikan harga gula kerana gula di Malaysia telah tidak dinaikkan harga selama lebih 10 tahun. Yang mengecewakan, kenyataan ini disokong oleh Marimuthu daripada FOMCA. Aku rasa perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Prof Hamdan masih menerajui FOMCA. Marimuthu juga memberi sokongan untuk menaikkan harga gula sekiranya gula sukar untuk diperolehi bagi jalan penyelesaian untuk pengguna mendapatkan gula.

Di akhir episod, Kelihatan Veerasingam mengusap belikat Marimuthu tanda terima kasih beliau kepada Marimuthu kerana menyokongnya.

( Ulasan diatas adalah sumbangan sahabat tauXpe, KECIK )

Ulasan tauXpe ~ Inilah hakikatnya yang cuba diselindungkan.... kalau kita perhalusi depa ni... puak kementerian dan puak pengeluar gula ni semacam ada pakatankan.. mula2 kurangkan gula kat pasaran... lepas tu rakyat merungut... kemudian pengeluar akan cakap bukan depa tak nak keluarkan gula tapi kos meningkat akibat itu dan ini... lepas tu kerajaan akan cakap untuk mengatasinya kita kena naikkan harga gula sebab dah lama tak naik... dan akhirnya maka naiklah harga gula... mcm ada pakatan konspirasi peringkat tertinggikan...! kau orang nilai sendiri ler..!tauXpe

PELIK + AJAIB - KELIRU / AMPU * KRONI * KORUP = UMNO

Seorang pengkaji sejarah Johor berkata Tambak Johor tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana soal siapa pemiliknya yang sebenar agak samar
(Petikan daripada BERNAMA)

Inilah kepelikkannya... masa nak buat dulu semua dok pakat sokong... tak de sorang pun ahli sejarah yang tampil nak citer pasal benda ni... dulu masa dilancarkan sapa yang menentang projek ni fuh situler dia dituduh sebagai tidak patriotik, pengkhianat dan macam-macam lagi tapi sekarang ni dah lain pulak.. semuanya yang dulu masa sokong cakap "...walau dengan apa cara sekali, meskipun dengan darah kita akan tetap teruskan projek jambatan ini, kerana ini adalah maruah kita, kerana ini adalah kedaulatan kita..." sekarang "SUDAH TUKAR" 360 darjah terpusing... sekarang cakap pulak "... jangan ada sesiapa yang cuba untuk menentang keputusan kerajaan kerana keputusan tersebut adalah yang terbaik..." Dulu masa nak buat orang bantah... kau panggil pakar ekonomi... panggil pakar alam sekitar... panggil pakar trafik untuk menjustifikasikan tindakan... ler ni bila dah tak nak buat panggil pulak pakar sejarah... pakar diplomatik dan segala pakar ler termasuk pakar ampu... !ceh... entah kategori manusia apa kau orang ni tak tahulah... mungkin ni agaknya yang dikatakan nak kata hantu bukan hantu nak kata orang pun bukan orang...!wateverlah...! tauXpe

DEMOKRASI VERSI DEMO KASI ALA UMNO !


Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu hari Selasa memberi amaran kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya jangan campur tangan dalam hal kementerian itu kerana mereka berkemampuan menangani apa jua isu
(Petikan daripada BERNAMA)

Hah tu sharir tu demokrasilah tu... baru jer kau cadang suruh JKR runding ngan Gerbang Perdana untuk kurangkan tuntutan ganti rugi.. tua kutuk tak sedar diri tu... dah cakap buakn-bukan.. itu demokrasi ler tu kan sahrir... rir kau jaga parti kau tu sendiri... kau jaga BN tu yang dah nak roboh tu daripada sibuk dok nak tuduh org lain tak demokrasi... kau cermin dulu muka kau dan kengkawan kau kat dlm UMNO dan BN tu sebelum nak tuduh bukan-bukan kat orang... kalau setakat menang p'raya dengan menipu tok sah nak angkat muka lah wei ! Kalau kau nak ajar pasai demokrasi kau ajar tok sammy tu.. yang mulut dia mcm murai tercabut ekor tu... !tauXpe

Tuesday, June 13, 2006

SATU LAGI AKSI BACUL AYAH LAH !

Itu bukan bijak ayah lah... itu sengal namanya
Kan dah jelas sangat kau tu tak de kredibaliti
nak jadi PM... Aduhai Ayah Lah !
"Jawapan itu akan dijawab, tetapi ia akan dijawab oleh kementerian berkenaan, bukan saya !"
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan BERNAMA)

Aduhai apalah malangnya nasib ku ini berPMkan PM yang mcm ni...pengecut... nak menjawab che det pun pakat suruh orang lain.. awatnya ayah lah berguru ngan ayah pin tak habis lagi ker.. sampai takut no nak berdepan ngan ayah lah.... che det tuduh awak pengecut... tuduh awak tikam dia dari belakang... tuduh awak macam-macam... tiba-tiba awak boleh pakat suruh orang lain jawab untuk awak... aduhai malu lah woi tak de maruah betui PM aku ni... segan kawan nak mangaku awak tu PM Malaysia... kita bukan nak suruh awak berlawan ngan dia... tapi as a PM awak patut kedepan mempertahankan diri... mempertahan kabinet... mempertahan kementerian... mempertahan kerajaan dari segala tuduhan yang che det buat... baru namanya pemimpin.. bukan suruh kabinet... suruh kementerian... suruh ahli parlimen jawab pertahankan kau... apa hal ler kau ni ayah lah... sejak kau jadi PM ni tunggang terbalik dibuatnya kerajaan.. ! haru biru... hampeh betui !tauXpe

BERITA BAIK UNTUK KRONI !

Setiap kementerian dan jabatan kerajaan diberi tempoh selewat-lewatnya minggu ini untuk mengeluarkan senarai notis projek yang akan ditender dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Berita Harian Online)

Ok ler tu... tapi jangan bagi tender dan projek mcm dalam filem Nujum Pak Belalang sudahlah... satu untuk kau... satu untuk aku... dua untuk kau... dua untuk aku.... takpun... kau nengok ni... hah ni aku punya... kau nengok tu... hah yang tu aku punya... ! mahu bercerai badan ngan nyawa nanti.. ! tauXpe

DEWA AMPU UMNO !


Kami juga menyatakan pendirian amat kecewa jika ada elemen lain yang cuba mengganggu kepemimpinan negara kerana kita sepatutnya menyokong sesiapa juga yang memimpin negara
( Raja Ahmad Zainuddin-Petikan Berita Harian Online)

Fuh inilah dia dulunya antara penjilat che det sekarang ni bila dibawah ayah lah.. apa dia panggil che det sekarang "elemen lain"... fuh memang kelas... kau memang dilahirkan untuk menjilat ler... tak kira sapa... kalau lembu jadi ketua kau pun kau tetap juga menjilat... so memang layak ler kau pegang BNBBC tu... almaklumlah fungsi BNBBC tu kan tidak memerlukan syarat yang tinggi untuk sesesorang yang menjadi pengerusinya... cukuplah sekadar ada sedikit otak sebesar biji sawi... dan yang syarat terpenting... boleh mengampu tahap dewa ! kau memang layak !tauXpe

UMNIO KAWAN BAIK YAHUDI !

Parlimen Palestin yang dikuasai oleh KUMPULAN MILITAN HAMAS mengecam dan berdebat hari ini untuk cuba menghalang usaha Presiden Mahmoud Abbas mengadakan pungutan suara kebangsaan mengenai cadangan pembentukan negara Palestin yang secara tidak langsung mengiktiraf Israel.
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Jelas sangat Malaysia ni dan segala medianya menyokong Yahudi Laknatullah.. mcm aku bangkitkan dulu pasal media menggunakan perkatan KUMPULAN MILITAN kepada HAMAS sedangkan HAMAS adalah kerajaan sah Palestin... seolah-olah semacam ada satu arahan daripada suara-suara ghaib yang membuatkan kerajaan dan media kita bertindak kurang ajar melabelkan kerajaan sah HAMAS diPalestin dengan gelaran MILITAN... jelas sangat ini adalah permainan licik Yahudi Laknatullah dan kaum kerabatnya... makanya kalau sudah surat khabar rasmi UMNO ni pun bertindak begitu maka selayaknya lah kita nobatkan UMNO sebagai KAWAN BAIK YAHUDI !tauXpe

PERINGATAN TOK MUFTI !

Pelikkan tok mufti zaman islam hadhari macam-macam ada !
Pluralisme lah... Liberalismelah... IFC lah... SISlah.. semua
muncul kenapa yer... sepatutnya bila dah kata islam hadahri
tu betui... akidah umat islam lebih terjaga.. tapi awatnya makin
terancam ni tok mufti..?

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, bibit-bibit fahaman pluralisme iaitu melihat semua agama adalah sama kini mula menular di kalangan golongan terpelajar di negara ini.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Kawan sokong tok mufti cakap.. kawan ingat tok mufti semua tak sedar benda ni... alhamdulillah tok muft perak kita nampaknya sangat-sangat konsisten dlm melaksanakan tugasnya... cuma kawan nak cakap kat tok mufti... betullah tu kerisauan tok mufti pasal penanaman fahaman pluralisme dikalangan pelajar... cuma kawan nak tok mufti perlu lebih risaukan lagi pasai tu depa-depa yang ada kat kabinet, kat parlimen tu... segelintir puak-puak tu bukan setakat berfahaman pluralisme tapi sebahagiannya jenis orang tak de iman dan anti agama.. khususnya Islam. Tok mufti kena ingat pelajar ni mediumnya terhad tapi puak-puak yang jdi yb dan menteri tu medium dia terbuka luas... so kesan bahaya dia lebih besar berbanding golongan pelajar ni.. malah kalau kita selidik dalam-dalam depa ni ( golongan pelajar ) ni berfahaman begitu sebab gerakan pluralisme ni diberi kebebasan oleh kerajaan untuk bergerak... semuanya atas nama demokrasi... atas nama hak asasi... atas nama segala mcm lagi.. so tok mufti kena lah pertegaskan pendirian tok mufti dlm hal ni... kawan tak nak lah nanti bila berdepan ngan Allah nanti kita tak terjawab... ok tok mufti yer... apa-apa pun syabas ! tauXpe

Monday, June 12, 2006

KREATIF BETUI BUDAK NI ! ANAK SAPA LER TU !

LAGU BARU UMNO..world class ! Klik kat link tu!

15 SEBAB TURUNNYA BALA!.. TAZKIRAH OLEH SEMUTZ

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

  1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. *(banyak berlaku dalam umno/bn)
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
  5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
  6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
  8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
  9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya (pengikut umno/bn menyokong tidak berbelah bahagi kepada ketua mereka yang jelas sekali melakukan kedurjanaan).
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa. (Penjualan arak kini boleh didapati di kedai-kedai runcit di kampung-kampung)
  12. Apabila lelaki memakai sutera.
  13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. (perkara biasa dalam negara islam hadhari)
  14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. (pun sama)
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi. (biasa dalam umno/bn)
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

ralat.. pembetulan !

Kedua-dua sumbangan "Jauhi Tahi Rasuah" dan "Bush Evolutions" adalah sumbangan albanna jr... sumbangan tersebut tiada kaitan dengan MFR Studio.. Saya bagi pihak seluruh warga kerja tauXpe memohon kemaafan atas kesilapan tersebut... terima kasih dan harap maklum !
randomsz of tauxpe

BUSH EVOLUTIONS

Bush Evolution Sumbangan : albanna jr..tq

BRILLIANT TOUCH !

Satu iklan khidmat masyarakat
daripada tauxpe
Sumbangan: albanna jr.. tq

MELAYU PENANG SEMAKIN LAYU ! HIDUP AYAH LAH !

60 tahun dan semakin kukuh tu..? Semakin layu adalah !

Penguncupan ekonomi negeri sebanyak dua peratus ketika ini menyebabkan ramai usahawan terutama di kalangan ahli Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang terpaksa gulung tikar
(Yang Dipertua Perdasama Pulau Pinang, Datuk Waris Ali Abdul Carrim-Petikan Utusan Malaysia Online)

Hai ! takkan PM orang penang.. sampai mcm tu sekali kot jadinya... bukan ker UMNO pimpinan ayah lah tu teror bab ekonomi... ye lah kalau nak dibanding ngan kelantan... almaklumlah kelantankan miskin... orang dia tak tahu niaga... orang dia tak tahu berekonomi.. maklum sajalah kan PAS perintah.. mana boleh tanding ngan negeri yang UMNO/BN perintah.. ye tak ! hidup ayah lah... hidup umno... tapi orang melayu jer yang tak hidup-hidup !tauXpe

UMNO PEMBUNUH DEMOKRASI !

Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggalakkan para penyokongnya melakukan demonstrasi jalanan merupakan satu tindakan membelakangkan prinsip demokrasi negara yang dipegang selama ini
(Datuk Shahrir Samad-Petikan Utusan Malaysia Online)

Tu UMNO tu demokrasi sangatlah tu... ISAkan orang bila dah nak kalah... tangkap orang bila rasa tergugat... hantar polis bila orang buat program penerangan... bila pilihanraya guna pengguna hantu... pecah kawasan... pindahkan pengundi... itu semua tu demokrasi ler tu... ceh kau lebih baik diam jerlah shahrir.. kau jangan nak menyampuk... kau tu bukan bagus sangat pun... kau ingat bila kau letak jawatan pengerusi BNBBC tu kira dah hebat ker... wei sudah lah... kau sebelum nak tuduh orang demokrasi ker tak kau cermin parti kau tu dulu... tang mana yang demokrasi no UMNO tu... ceh nak bertanding pun ada sistem kuota... lagi nak citer pasal demokrasi... tu che det baru suara sikit... dah satu negara kecoh.. kutuk che det mcm che det tu tua kutuk... pe citer kau shahrir... gua ingat dulu satu program lu kat selatan tanahair yang aku sempat pergi... lu bila bercakap sikit punya baik... nak jadi posmenlah... nak jadi tulah.... nak jadi nilah... tapi hapah pun tak de... ni aku nak tanya kau kalau kau tu amal no prinsip demokrasi ada kau check dulu berita yang kuar kat surat khabar temberang tu... betul ker ada tuan guru haj hadi tu cakap suruh baling batu... dan segalanya... kau kalau dah umno tu umno juga... jenis otak dah tepu... hati dah gelap... sebab banyak sangat makan rasuah...! demokrasi konon.. cermin dulu diri kau tu..!tauXpe

SATU LAGI OPERASI MENGAMPU...! TAPI TARAF AMTUR JER !

Ada gaya Mr. Bean tak ? Adakan ?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta supaya menghormati perbezaan gaya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Ahmad Darus-Petikan Utusan Malaysia Online)

Gaya apanya... kelako ler kau ni.. semua orang pun tahu ayah lah tu kalau ada gaya pun tu hah gaya tok selampit... apa tak nya.. kalau kuar kat TV jer tak habis nak bercerita pasal kisah dulu-dulu... kisah naik sampan ngan nendalah... kisah itulah.. kisah inilah... tak faham aku dibuatnya... dan lagi satu kalau ada pun gayanya tu... gaya sengal lah gamaknya mungkin ! Bila ada isu wartawan tanya asyik tak tahu jer... asyik tunggu laporan... asyik tunggu kajian... awatnya ayah lah ni tak de pandangan sediri ke.. semua nak tunggu orang suap kat mulut baru boleh nak cakap.. ceh gaya tu ker nak kena ikut dan hormati... hampeh !tauXpe

AYAH LAH OF UMNO TABUR RM 730 JUTA DI SELAT JOHOR !

Isu berkaitan pembatalan projek jambatan bagi menggantikan Tambak Johor dan kosnya yang kini mencecah RM730 juta akan menjadi agenda utama mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) esok.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Itu dia... itulah dia... sebab bijak sangat... sebab pandai sangat... ler ni hah dpt kau... RM730 juta duit rakyat lebur gitu jer... sebab apa... sebab kepimpinan yang macam biskut chipsmore... kejap bak buat.. kejap tak nak buat... ler ni satu hapah pun tak dapat... rakyat pulak kena tanggung 730 juta... fuh... ayah lah aku semakin hari semakin menyampah pulak nengok kau ni... kau suruh rakyat berubah... suruh berjimat cermat... tapi kau ngan geng-geng tapir kau kat kabinet tu suka-suka hati jer perabih duit rakyat mcm duit tu duit bapa kau orang... kau orang ingat reta kerajaan tu reta pusaka ker... suka-suka nak bagi... hei reta pusaka pun ada law nak beri... hampeh betui... 730 juta tu bukan sikit...!tauXpe

TOK GANI MINTA PAMPASAN 380.9 JUTA ! AYAH LAH PONING KER ?

Tuntutan bayaran sejumlah RM380.9 juta bagi bayaran tapak Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Syed Hamid berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan kerajaan negeri Johor bagi bayaran tapak CIQ selepas pembatalan projek jambatan baru.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Ini baru betul seperti kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga... sian kamu ayah lah... nampak sangat orang tak respek lagi kat kamu... dulu tok nan "go to hell" minta pampasan daripada kamu.. ler ni tok gani pulak minta pampasan... zaman che det dulu tak de pun yang berani nak demand mcm ni... zaman ayah lah ni semua dok pakat demand nak minta pampasan... nampak no hubungan state federal tu dah tak harmoni... nasib kau lah ayah lah... dah lah tengah dok kena hentam ngan che det pasal jambatan tu... ler ni tok gani pulak minta pampasan !tauXpe

NAK NGAMPU PUN AGAK-AGAK LAH !

UMNO Terengganu akan menganjurkan konvensyen khas selama dua hari bermula Jumaat ini yang antara lain bagi menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Apa ke heh derih ni... kalau nak ngampu janganlah sampai mcm tu sekali... taulah awak tu orang kuat ayah lah... tapi janganlah nunjuk sangat... orang ketawakan ler nanti... lagi satu derih woi kau jangan ingat dlm keadaan sekarang ni, ketika che det dihentam dari segenap sudut, ditambah pula dengan sokongan kepada ayah lah melimpah ruah... kau jangan ingat semua tu menunjukkan ayah lah kuat... silap kau derih... tak semestinya derih.. ini politik derih... hari ayah lah pm esok belum tentu tahu sapa lagi yang jadi pm... hari ni depa semua pakat cakap kuat-kuat sokong ayah lah... esok kau tahu dia sokong sapa... semua depa ni boleh dibeli... kau perlu ingat derih che det mempunyai link antarabangsa yang kuat... sumber kewangan dia unlimited... so setakat dia nak dptkan pengaruh... alah kacang jer... so nasihat aku kau tok sahlah nak perabih duit buat konvensyen konon nak menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan ayah lah... nanti susah kau nak patah balik.. ingat tu derih !tauXpe

Sunday, June 11, 2006

BILA CHE DET BUKA MULUT..... !


Mengenai kenyataan Tengku Razaleigh menganggap tindakan Dr Mahathir mengkritik Abdullah akan menyebabkan perpecahan dalam parti, beliau berkata, bekas Menteri Kewangan itu sekadar mengingatkan beliau mengenai kesalahan yang pernah dilakukannya ketika menubuhkan Semangat 46 dan menyebabkan Umno berpecah

Dr Mahathir juga menempelak Musa yang berpandangan bahawa beliau (Dr Mahathir) tidak mengikut tradisi Umno dengan membuat teguran terbuka sedangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri sebelumnya melakukan yang sama


Bekas Perdana Menteri itu turut menuduh Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Kalimullah Hassan, mempunyai pengaruh agar akhbar tidak menulis mengenai beliau
(Petikan Berita Hrian Online)

Inilah tradisi UMNO sebenarnya... tradisi jangan berlawan arus... nilai seseorang itu bukan terletak pada kredibalitinya tapi pada kekuasaannya... berkarisma mcmana pun seseorang itu dimata dunia... jika dia tiada kuasa atau tidak selari dengan kelompok berkuasa dia adalah musuh dan dianggap seperti sampah... sebelum dr. mahathir... ada kisah gafar baba.... ada kisah musa hitam... ada kisah tengku razaliegh... ada kisah anwar ibrahim malah lebih jauh daripada itu ada kisah dato' onn... mereka semua pernah disanjung didalam umno tetapi memilih untuk bersifat kontra dengan tradisi umno semasa... sudahnya mereka terbuang... kepada semua penyokong umno fikir-fikirkanlah kembali sokongan anda... che det pernah dipuja... disanjung... dipuji dengan segala kehormatan... tapi sekarang kerana dia memilih untuk tidak selari dengan kerajaan apa nasib dia... dia dikeji... dihina... dimaki.... diseranah dengan segala sumpah... jika dulu orang sanggup dihina untuk mempertahankannya hari ini kemana semua mereka itu...?
tauXpe..... busuknya politik umno !

APA YANG CHE DET KECOHKAN DAN APA YANG JAWAPAN TOK AYAH LAH ?


Che Det tanya ~Apa sebab jambatan itu tidak boleh dibuat sedangkan kita sudah mula kerja dan pihak Singapura tak bantah apa pun. Ia mula pada masa saya lagi ?
Pak Lah jawab ~ Tok sah citer lah ! Tok sah tanya lagi lah ! No komen !

Che Det tanya ~ Mengapa syarikat MV Agusta dijual pada harga satu euro ?
Pak Lah jawab ~ Tok sah citer lah ! Tok sah tanya lagi lah ! No komen !

Che Det tanya ~ Mengapa Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff meletak jawatannya sedangkan beliau melakukan tugasnya dengan baik sebagai Ketua Eksekutif Proton ?
Pak Lah jawab ~ Tok sah citer lah ! Tok sah tanya lagi lah ! No komen !

Che Det tanya ~ Apa halnya dengan permit import (AP) yang terlalu banyak diberikan kepada individu-individu tertentu ?
Pak Lah jawab ~ Tok sah citer lah ! Tok sah tanya lagi lah ! No komen !
tauXpe ulas .... dua-dua pun sengal !

UTUSAN MEDIA PROPAGANDA YAHUDI ?


Pejuang-pejuang militan Hamas hari ini melancarkan serangan balas terhadap Israel selepas negara Yahudi itu melancarkan bedilan meriam yang membunuh 10 orang di Gaza semalam.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Aku bukan nak ulas apa... tapi aku nak ulas pasal ayat yang utusan guna kepada pejuang-pejuang HAMAS... kau nengok dia panggil apa... dia panggil pejuang HAMAS sebagai PEJUANG MILITAN.. haram jadahkan mereka semua ni... suka-suka label pejuang HAMAS sebagai MILITAN.. sedangkan HAMAS adalah sebuah kerajaan yang sah... so setiap tindakan yang dilakukan oleh HAMAS dan pejuang-pejuangnya adalah tindakan sebuah kerajaan mempertahankan negaranya yang dicerobohi... so tak de kaitan dengan teroris tau militan... yang pelik nya lagi bagi Yahudi dia boleh pulak gunakan perkataan negara Yahudi... apa hal ni.. sejak bila pulak utusan ni menjadi media propaganda yahudi... sampai sanggup melabelkan HAMAS sebagai militan dan iktiraf negara haram yahudi tu....aku mengharapkan ada pihak yang tampil untuk menggesa utusan memohon maaf kepada HAMAS atas tindakan kurang ajar mereka ini... !tauXpe

RAMAINYA YANG SENGAL KAT DLM UMNO NI !

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencadangkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menulis surat kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan terhadap beberapa isu yang ditimbulkannya sebelum ini.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Ini sorang lagi sengal.. apa ke heh lah kau ni to yiddin dah giler ke apa... woi satu dunia dah tahu apa yang che det tu tak puas hati... apa kejadahnya lagi nak kena tulis surat... che det dah tanya secara public... orang semua dah tahu... so sekarang kerajaan kena jawab balik... jawab secara terbuka... sebab rakyat nak tahu juga tentang segala isu yang dibangkit... apa rakyat tak boleh ker nak tahu sampai nak bertulis-tulis surat... kata kerajaan telus... kata keputusan kerajaan kolektif... so apa nak takut... dedahkan segalanya kalau tak de apa yang kerajaan nak selindungkan... itu saja yang boleh buat mulut che det ditutup dan prasangka rakyat terhadap sistem pemerintahan dapat diperjelaskan... selagi kau orang main tolak sana... tolak sini... asyik cakap no kemen... selagi itulah orang akan bercerita.. commonlah tok yiddin takkan sejak duduk kat kementerian pertanian ni otak semakin sengal... aduh mana perginya kelicikan kau dulu yang sampai rakyat negeri johor buat tak tahu jer kau gadai negeri johor...! lagi satu tok yiddin orang sekarang tak pakai surat dah orang pakai email.. orang pakai messengger... orang pakai video confrencing... alamak pakai surat... tak bestnya..! kolot no lah kau ni tok yiddin !tauXpe

DEMO JANGAN TAK DEMO !

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan menolak demonstrasi jalanan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat malah menjejaskan perniagaan dan ekonomi negara.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Sudahlah.. semuanya tak boleh.. protes tak boleh... kritik tak boleh... apa yang boleh... orang protes.. orang kritik sebab orang tak nak awak tu terlupa diri... orang tak nak awak tu terus-terusan buat silap... tak nak awak tu syok sendiri dan sentiasa rasa diri tu betul sesaja... lagi satu kau sapa nak halang... sedangkan dalam perlembagaan m'sia terang-terang membenarkan mana-mana rakyat negara ni untuk berhimpun... apa kau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara ker... ni lagi satu.. pasal menjejaskan perniagaan dan ekonomi negara... sudahlah.. kita jerit mcmana pun tak de pun kedai yang tutup... tak de pun ekonomi terjejas... tapi bila kau bergaduh ngan che det... hampir merundum pasaran saham... beb nak tuduh biar pakai akal.. kat luar negara tu demo dah jadi mcm satu cara kehidupan tak de pun kata bila demo ekonomi depa semua merundum... yang jadi merundum tu bila ada puak siput babi dan anjing jalanan yang menjadi balaci kau membatai orang yang sedang demo... itu yang beri kesan... bukan ornag yang berdemo yang beri kesan tapi tu tindakan ganas balaci suruhan kau tu yang beri kesan... ! tauXpe