Thursday, March 08, 2007
Lagi Ahli Umno Memberontak !
tauxpe ~ lagi sedutan daripada rakaman pertemuan tersebut... tengok ajerlah yer ! tengok mcmana depa dok bergaduh tak habis2... UMNO.. Dulu, Kini dan Selamanya Berantakkan !
Apabila AHli Umno Memberontak !
tauxpe ~ AKu tak tau samada kau orang pernah tgk atau tidak rakaman ni... aku dah tgk full lenght. Klip ni adalah sebahagian daripada pertemuan ahli UMNO di Pulau Pinang dengan bekas menteri besar Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik... teruk budak tn sri tu kena bantai... sian dia ! hehehehehe !
Tuesday, March 06, 2007
Daripada Kepala Otak Randomsz.... Pilihanraya dan teka-tekinya !
Ini antara ruangan baru yang akan aku perkenalkan sempena kebangkitan semula tauxpe dengan versi phoenix ini... Walaupun aku bukanlah penganalisa politik yang ada apa-apa title didepan nama aku tapi melalui ruangan "Daripada Kepala Otak Randomsz..." aku cuba untuk menganalisa isu semasa samada politik atau sebagainya... Bagi aku pandangan dan luahan minda orang bawahan yang tidak mempunyai apa-apa ini pun penting untuk diruang untuk dinilai... Insyallah.... Ketika ini disana-sini udara politik tanahair kuat dengan khabar tentang betapa hampirnya pilihanraya umum... aku melihat isu ini dari pelbagai sudut tentang pro dan kontranya berita tersebut... pelbagai indikator dikeluarkan bagi menyokong hujah betapa pilihanraya umum itu semakin hampir. Pentunjuk ekonomi contohnya dijadikan aras penting dan utama bagi mengukur jarak tempoh masa akan bubarnya parlimen. Benar beberapa senario yang lalu menunjukkan bahawa indikator ekonomi akan menjadi pentunjuk penting bagi kerajaan UMNO/BN untuk mengisytiharkan pilihanraya umum. Logiknya dengan situasi ekonomi yang baik, ianya akan memberi impak yang baik kepada UMNO/BN. Ini adalah kefahaman semua. Namun begitu bagi aku indikator ekonomi bukanlah segalanya. Terdapat banyak lagi pentunjuk-pentunjuk yang perlu dipandang secara serius bagi menelah tarikh pilihanraya umum yang sebenar.
Situasi teka-teki ini sebenarnya mula menyelubungi atmosfera politik tanahair sejak sekian lama lagi dan ianya semakin kuat bertiup apabila UMNO sebagai tunjang kepada BN mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan pucuk pimpinannya. Teori bagi tindakan ini biasanya membayangkan bahawa didalam tempoh 12 - 16 bulan akan berlakunya pilihanraya umum dengan penangguhan pemilihan tersebut sebagai satu proses untuk mengelakkan perpecahan dalam parti. Teori ini juga sebenarnya mempunyai kemungkinan yang kuat. Arahan tanguh akan memberi isyarat jelas kepada semua cawangan UMNO untuk mempersiapkan jentera pilihanraya mereka secara berfasa. Walaubagaimanapun ianya tidak akan menjawab sepenuhnya bila tarikh pilihanraya yang sebenar. Jarak tempoh 18 bulan memungkin apa saja boleh berlaku.
Satu lagi teori yang ada rasionalnya ialah keperluan kepada Perdana Menteri untuk memiliki mandat baru didalam barisan kabinetnya. Malah teori ini lebih kuat berbanding teori lain. Keperluan mandat baru daripada rakyat bagi ketua kerajaan membentuk kabinet yang diperlukan adalah faktor yang cukup kuat untuk memungkinkan piliharaya. Lebih-lebih lagi bagi sebuah kerajaan yang dilihat lemah dari segala sudut. Kerajaan lemah yang tidak mampu membentuk aspirasi negara melalui kesepaduan dalam tindakan menjayakan misi dan visi rakyat dan negara jelas terlihat didalam kerajaan hari ini. Ketidakmampuan kerajaan untuk menyelesaikan pelbagai isu rakyat yang wujud bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan cukup ketara ini. Lemahnya pengawalan terhadap Menteri dan Menteri Besar juga cukup menjolok mata. Situasi ini dapat dilihat daripada beberapa siri kejadian yang cukup memalukan rakyat dan negara.
Dimana dengan segala apa yang berlaku itu, kredibaliti ketua kerajaan ( baca Perdana Menteri ) dilihat begitu merundum. Imej baik yang telah diprojekkan kian hari kian hilang dihati rakyat. Maka bagi mengelakkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar satu mandat baru diperlukan bagi membentuk kabinet yang akan menyokong 100 peratus aspirasi Perdana Menteri.
Namun begitu walau apa sekalipun faktor yang menjadi indikator berlakunya pilihanraya ianya bukanlah persoalan yang amat penting. Bagi gerakan parti politik alternatif samada hari ini atau esok mahupun tahun depan usaha mendekati rakyat perlu terus dilakukan secara konsisten. Proses memperkemaskan jentera pilihanraya perlu terus dilakukan secara sistematik. Ingat kalau UMNO/BN sanggup melakukkan apa saja untuk menang, maka takkanlah gerakan politik aliran alternatif boleh duduk dan diam sahaja menantikan pilihanraya ! Ayuh ! Kita terus menggandakan usaha untuk mengajak rakyat melakukan perubahan terhadap kepimpinan negara yang semakin hari semakin korup dan haru biru ! ~ tauxpe
Amboi ! Caras MUlutnya Nanti... !
Menurut Abdullah ( Tok "Sleepy" Lah lah tu " ), apa yang paling penting ialah tindakan diambil nanti bukan di atas persepsi tetapi berdasarkan maklumat kerana 85 peratus daripada laporan dikemukakan berkaitan dakwaan rasuah adalah tidak berasas.
tauxpe ~ hah tengok tu ! mulalah tu nak buat turning over pasal isu rasuah tu... cheh ! hang tu menteri KDN... hang pun tahu puak polis yang buat statement pasal isu rasuah ni takkan buka kertas siasatan kalau maklumat tu takde asas... lagi satu hang kena ingat kes rasuah ketua pengarah BPR tu... bekas pengarah BPR negeri sendiri buat statement secara terbuka mendakwa bukan setakat si kepala BPR malah dengan pegawai2 kanannya sekali terima... hang jangan nak buat leceh... aku taulah... hang keluar statement cakap 85 peratus daripada laporan rasuah adalah tak berasas untuk memudahkan hang nak jawab kelak bila siasatan terhadap 2 ekor ungka tu dihentikan... trick lamalah tok "sleepy" lah... bak kata oranglah... orang cakaplahkan... sekilas ikan di air jantan betina pun aku bolehg kenal... inikan pula kilas duda tua kesepian ! Sapa pun boleh baca hang tengah pressure sekarang ni dengan pelbagai isu... kena pula hang tak leh nak handle... so everything sekarang jadi haru biru.... aku yakin kalau ada p'raya sedekat ini... faktor utamanya adalah untuk hang bawa masuk lebih ramai pak angguk yang kct ( kaki cium tangan ).... yang hang boleh ketuk kepala dia bila2 masa sekalipun.... MANDAT BARU ni yang kau perlukan sebab baik menteri ataupun MB yang ada sekarang ni semua kau tak mampu nak control... hujah sang kelembai ttg hal ni aku setuju betul ! walaupun kau cuba nak cover dengan propaganda melalui spin doctor kau... dengan menyebarkan berita kononnya i'ts the right time untuk bubar parlimen sebab ekonomi baik... tp Allah tu maha berkuasa beb... tgh kau jual berita murahan keteguhan pasaran Bursa Malaysia... tup... tup... tup... cantik jer psaran Bursa Saham terjun tiruk... ! sangap kau dibuatnya... apalagi tidurlah lagi mana tau dapat ilham ( baca mimpi ) nanti hehehehehe.... ! ~ tauxpe
It's Apply To You To Mr Sleepy PM...!
Tok "Sleepy" Lah cakap pada pegawai kerajaan.... "Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, setiap kakitangan dan pegawai kerajaan perlu menjalankan tugas dengan sebaik- baiknya dan bukan sekadar ‘indah khabar dari rupa’.
Tauxpe cakap ~ It's Apply To You To Mr Sleepy PM...! Jangan dok sibuk dengan slogan itu ini... buat kerja bukan tidur ! Cakap besor nak perang rasuah tapi in the same time hangpa dok bela kepala2 rasuah... bukan setakat bela... beri jawatan kerajaan lagi... ceh ! buang duit jer tubuh Institut Intergriti... buang masa jer dok rangka PIN... hampeh ! Tu masa mula jadi PM hang cakap cukup cantik... berjimatlah... kerja sama sayalah... mcm2 lagilah lah ni... hang dengan hang punya anak beranak dok sibuk buat duit ! Lepas tu sekarang ni pun cakap dah lebih teruk dari tok samy yang humang tu... tgk kes beli jet mewah dan kapal layar tu... cheh punya nak sembunyi... cakap ikut sedap kepala otak jer... apa ingat kita orang yang kat bawah ni kategori sengal mcm anak menantu kau tu... hampeh ~ tauxpe
takutlah tu... !
KUALA TERENGGANU 4 Mac – Pas hari ini disarankan supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang apabila pemimpin mereka mendakwa pilihan raya sudah tidak relevan lagi pada masa kini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.
tauxpe ~ mcm takut jer bunyinya tok deris... eleh takut cakap takut dah lah ! nape dah terhidu nak kalah ker tok deris... almaklumlah kan janji pembangunan yang tak pernah dilihat di Terengganu tu jadi cakap tong kosong sudahnya... bila rakyat dah tahu tembelangnya tu mulalah nak meracau... apalah... dahlah menang menipu lepas tu dah menang takut pulak nak berlawan semula... sukahati PAS lah nak cakap p'raya tak adil... dah memang benda tu betul... memang p'raya kat M;sia ni kategori hampeh... takkan nak cakap ok pulak... apa dah... dan kalau PAS minta perubahan pada p'raya eloklah tu... nape takutlah tu kalau p;raya adil dan bersih... takut pengundi dari bawah tanah tu tak muncul... alah tok deris tak leh jadi menteri besar tak kisahlah boleh join ayah ping dia punya kerajaan lagi hebat... kerajaan langit lagi... ~ tauxpe
Kira OKlah tU tok mi... kan "tEr...." juga tu...
PULAU PINANG 5 Mac – Datuk Seri Azmi Khalid hari ini terkejut besar dengan pembinaan sebuah jeti pelancongan berharga RM3.4 juta yang dibina di sebatang sungai yang paling tercemar di Asia di kuala Sungai Pinang di sini
tauxpe~ oklah tu... kan ker kauorang suka benda yang ter.. ter... ni so SUngai Pinang kan satu lagi benda yang ada title "ter"... so ok lah tu... aku rasa lah tok mi masukkan sekali program lawatan ke Sg Pinang tu dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia ok juga... Promosikan kita ada buat jeti perlancongan berega RM3.4 juta untuk kemudahan pelancong untuk melihat sendiri "keindahan" sungai yang paling TERCEMAR di Asia ! Ok what boleh tarik pelancong apa ! Yerlah kira itu satu pakej dengan banggunan TERTINGGI... Jambatan terpanjang... apa lagi yer... banyak rasanya... oh yer ! PM TERLAMA tu... boleh gak dijadikan bahan perlancongan... yer tak ? Itulah tok mi dah nama sengal tu sengal juga... boleh ker lagu mcm tu... pakai dok tabur jer duit buat projek... ini semua kes nak bagi kenyang toyol dan hantu raya lah ni... kelakor nak pecah perut aku ketawa... dalam dok pemimpin ckp rakyat diminta beranjak ke minda kels pertama rupanya pemimpin sendiri mindanya kategori tak de kelas... cheh ! hampeh nak mampus... ! ~ tauxpe
Nak Pukul Sapa Sebenarnya Tu... !
JITRA: Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum sedia disiasat polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan kononnya beliau menerima rasuah RM5.5 juta bagi membebaskan tiga penjenayah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
tauxpe ~ Agak2 kau lah dalam kes Tok Joe ni sapa yang sebenarnya nak dikenakan ni... cuba kauorang peratikan masa mula2 kes ni meletup... kenyataan sapa dulu yang media ambil yang kemudiannya menjadi headlined berita... sapa lagi tok jib kita yang humang tulah... kalau fikir logik sepatutnya bagi kes mcm ni kenyataan balas yang perlu didapatkan adalah dari Menteri Dalam Negeri, the sleeping tok lah kita tu... sebab benda ni melibatkan salah satu daripada kementerian yang tok "sleeping" lah kita pegang... tapi first comment tok jib kita... mcm ada apa2 jer.... almaklumlah tok joe kita tukan org kuat tok "sleeping" lah... ada konspirasi ker tok jib ? tanya jer takkan marah kot ! ker mcm tok jib tengah menaguk di air yang keruh... kalau betullah tok jib terror betui hang punya spin doctor buat kerja... naik kering tekak tok "sleeping" lah nak menjawabnya... mahu terpulas jugalah leher nak menjawab soalan wartawan... almaklum sajalah tok joe tu kan timbalan tok "sleeping" lah di KDN... tok jib... tok jib pukul anak sindir menantu yer ! ish nakallah tok jib ni... ! jangan nakal sgt tok jib... tok jib tu pun bukanlah clean sangat... kes altantunya pun belum settled lagi... takkanlah tok jib letupkan isu tok joe ni untuk larikan perhatian org ramai dari kes altantunya tok jib... iskh ! pandai yer tok jib ! sambil menyelam minum air yer tok jib... jangan sampai tersedak ~ tauxpe ~
tauxpe : phoenix bangkit....
Aku sebenarnya dihujani begitu banyak pertanyaan di kantung email kemana sebenarnya menghilangnya aku selama ini... ada juga rumors yang mengatakan pelbagai versi kehilangan aku tersebut... tidak kurang juga cemuhan yang menuduh dengan pelbagai tuduhan kerana kehilangan aku tersebut... ! Aku terima kesemuanya... meskipun aku ada sebab yang boleh aku jelaskan sebenarnya... tapi aku memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan ! Biarlah segala sebab dan alasan tersebut menjadi milik aku semata ! Kerana perkara yang lebih penting kini tauxpe kembali bernyawa... aku namakan versi kali ini dengan nama versi tauxpe {phoenix}... Mungkin itu yang sesuai... sesuai dengan mitosnya... pada setiap kali kejatuhan maka phoenix akan bangkit kembali dengan semangat yang makin membara bagi meneruskan perjuangannya... Hei ! Randomsz kembali.... ! Semua bersedia yer untuk mendengar gegar aku kembali !
Subscribe to:
Posts (Atom)