Friday, June 02, 2006

KHAS UNTUK COMBI< MAMI DAN MAMU PENANG !

Sila2 pekena nasi kandaq..jgn ler tak lalu makan sebab air nak naik..
redha je lahh.. ye tak..janji umno/bn menang

Kerajaan negeri sedang mengkaji secara menyeluruh cadangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Bhd (PBA) bagi menaikkan kadar tarif air di negeri ini.
( Petikan daripada BERNAMA)

Orang penang... tahniah akhirnya dapat juga kau orang satu lagi hadiah daripada kerajaan islam hadhari yang prihatin terhadap nasib rakyat...tahniah.. undi lagi umno/bn.. tahniah umno/bn kerana berjaya mempertahankan TRADISI MEMBELAsah RAKYAT ! ambik kau ! tauXpe

YA ALLAH KAU HANCURKANLAH PUAK-PUAK NI !

But of course we know that in practice, misyar marriage more often than not leads to abuse and exploitation of women. In many cases, it is nothing more than legitimised prostitution.
(Zainah Anwar-Petikan daripada rencana di NST)

Nak kata kau ni bodoh kau ni belajar tinggi..tapi perangai dan otak kau ni mcm siamang..awat kau dengki sangat ngan Islam...beb kau tahu tak bezakan antara benda yang hak ngan batil..sengal betul..dah kalau jelas dlm Islam benarkan perkahwinan misyar so kau nak buat apa...ini ler masalah kau dan puak-puak SIS ni semua dok nak pakai logik sampai benda yang kena terima dengan iman dan keyakinan pun nak pakai logik..beb kita orang ni bukan ler kebulur sangat nak kahwin misyar ni..tapi aku bercakap ni sebab nak beritahu kau benda ni benda yang dibenarkan agama.. so yang kau memandai nak menolak buat apa... kan ke orang dah cakap perkahwinan misyar ni hanya akan berlaku atas persetujuan wanita.. so kalau ada wanita yang tak setuju dah lah jangan dok citer...sapa yang kau nak cabar.. tuhan ? kau ni bukan intelektual.. pun juga bukannya feminis fighter kau ni sebenarnya puak-puak misionery yang kerjanya nak merosakkan orang Islam.. ! tauXpe

WOI BANGUN WOI..APALAH BPR NI TIDUR JER..!


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak menolak kemungkinan wujud penyelewengan berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang kelmarin dan meminta Badan pencegah Rasuah (BPR) menyiasat jika perlu
(Petikan daripada Berita Harian Online)

Jangan cakap jer khir..gi report...baru betul...setakat cakap kat media suruh BPR siasat kalau perlu tak guna...kau sendiri pergi report...minta BPR siasat sekali Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.. MPAJ tu pun sekalikan.. kalau setakat cakap jer adik aku darjah 6 tu pun reti nak cakap.. hah ni aku nak cakap sikit kat BPR.. itu khir dah suruh siasat apalagi buka ler fail siasatan... lepas tu... lepas kes tanah runtuh tu selesai... fail khir tu pulak buat ler siasatan sekali...woi dah lama dah woi orang report...pasai kes khir tu.. awat senyap jer.. takkan takut kot nak siasat khir.. ek eleh.. apa kelas takut ngan doktor gigi.. ceh..hampeh !tauXpe

JAGA-JAGA MPAJ !


Seorang penduduk di Taman Bukit Zoo View akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Jesver Kaur, 37, berkata beliau terpaksa berbuat demikian memandangkan MPAJ lewat mengambil tindakan terhadap aduannya mengenai pergerakan tanah di kawasan kediamannya itu.Katanya, sejak dua tahun lepas beliau telah membuat aduan mengenai perkara tersebut
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Saman jangan tak saman..jangan bagi muka kat PBT ni.. duit depa kekah.. kerja buat sambil lewa jer... hampeh... semuanya jenis tak sedor diri... jenis membesarkan perut jer...hampeh semuanya..!tauxpe

TOK AYAH LAH SOUND KHIR !

"Jangan bagi amaran sahaja !"
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Utusan Malaysia Online)

Khir..dengor tu tok ayah lah cakap...apalah tokoh belia negara ni..takkan benda sekcik tu kau nak PM juga sebut..baik tak yah jadi MB..jadi doktor gigi jer.. Khir..nampak ssesangat ler kau ni banyak musuh lepas satu-satu kau kena..kejap tu..kejap ni..paper pun aku nengok ngentam kau fuh memang tak kesian punya..bagi kaw-kaw....kelas punya hentam...sabar jerlah khir...kau ni memang ler antara MB yang paling muda kat M'sia ler ni..tapi aku nengok engkau ler yang paling serabut..paling tak tentu arah...khir kau gi belajaq ngan ghani seman kat johor tu..cool jer...pembangkang cakap apa pun...paper cakap apa pun..kena bantai mcmana pun...fail mcmana pun projek..dia senyum jer...tak jawab sebutir pun...kau gi ler kursus ngan gani seman..ambil sikit mandrem dari dia...ayat pendinding ker.. ayat selisih ker...apa2 ler..! oh ya.. nak kecek sikit kat tok ayah lah.. tok ayah lah kirim salam kat sepuluh budak hitam tu...! alah menantu bucuk kesayangan tok ayah lah tu..! kirim salam kat dia..cakap kat dia wa respect ler sama lu...! tapi awas depan ada lubang...! hehehehe...sian kau khery KMU pun ngentam kau..! tauXpe

KENA LAGI KAU KHIR TOYO


Ni Khir Toyo cakap ~ Akibatnya tembok yang dibina dengan tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang ditetapkan itu runtuh dalam masa yang singkat

Ni MPAJ cakap ~ Pemilik tanah telah membina rumah panjang tanpa mengemukakan sebarang pelan kepada MPAJ

Ni AJK penduduk Kampung Pasir cakap ~ Kami dah tinggal disini selama 10 tahun !
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Ni tauXpe cakap ~ Inilah negara ku islam hadhari..pada setiap musibah yang berlaku semua dok pakat tuding jari..ini salah orang tu..yang tu salah orang ni..tapi tak de satu iktibar pun depa dpt daripada setiap peristiwa dan kejadian..setiap tahun ada saja tragedi yang menimpa rakyat kesan daripada kecuaian dan sebagainya..dan setiap kali itulah juga kita mendengar pelbagai bangkitan, tuduhan dan pelbagainya..dari setiap pihak..masing-masing seperti enau cuba melepaskan tanggungjawab masing-masing..ini ker sebuah kerajaan yang bertanggungjawab..ini ker yang dinamakan sebuah negara yang diletakkan atas landasan Islam yang sepatutnya meletakkan kepentingan menjaga nyawa dan harta benda manusia sebagai kepentingan utama..Kita persoalkan apapun jika kita selidiki secara teliti kita akan dapati semua ini berpunca daripada kerakusan baik majlis perbandaran mahu pun kerajaan negeri..kerakusan yang menyebabkan rasuah berleluasa..kerakusan yang menyebabkan yang hak menjadi batil dan yang batil menjadi hak..! Jelasnya rakyat yang menderita..! Aku nak cakap satu jer...kau orang tuai ler apa yang kau orang semai..kerana kita lebih rela menuai lalang maka jangan dimarah jika tajamnya mencucuk mata..!tauXpe

Thursday, June 01, 2006

DEPA PUN TURUN DEMO KITA BILA LAGI !

Ini baru betul pemimpin berjiwa rakyat...sanggup berdepan dengan apa saja waima polis dan disembur dengan water canon demi perjuangan membela rakyat.. tahniah Ust. Nasha dan Abg. Mat kiter.....Allahuakbar !

GADAIKAN SAJA SELURUH JOHOR MUDAH CERITA !

Malaysia mungkin menggunakan kaedah gabungan pasport antarabangsa dan MyKad sebagai dokumen perjalanan untuk lebih 100,000 rakyat negara ini yang memasuki Singapura setiap hari untuk bekerja
(Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad-Petikan Utusan Malaysia Online)

ENtahlah.. aku kekadang sedih dengan apa yang berlaku...jelas sangat hubungan kita dengan Singapore berat sebelah... kita sering saja diperlekeh dan diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.. diperbudakkan... pelik aku kemana entah perginya semangat keris keramat yang garang dipentas UMNO bila berdepan dengan S'pura.. dalam isu apa saja pun kita selalu saja dipermainkan.. isu pulau batu putih.. isu tanah KTMB.. isu perjanjian air... isu jambatan indah... isu penggunaan ruang udara... isu tambak laut... dan semuanyalah.. kita diperlakukan seperti mereka ini tuan kita... lebih memalukan apabila kepimpinan kita lebih suka mengambil kesempatan politik dalam semua isu.. setiap kali ada masalah dalam negara.. isu berbangkit dengan s'pura digunakan untuk membangkitkan sentimen rakyat... emosi rakyat dibakar... dipanaskan... dengan seruan rakyat perlu bersatu berdepan dengan karenah s'pura setiap pemimpin parti keris akan bersuara vokal tapi realitinya kedaulatan negara satu persatu diperdagangkan... satu persatu tanah negara dijohor digadaikan... dari JB hinggalah ke Kota Tinggi satu persatu tanah milik rakyat johor digadaikan... mungkin rakyat negara ini hendak menunggukan setiap inci tanah dijohor dilelong dan digadaikan baru mungkin agaknya mereka hendak sedar bahawa segala kepincangan ini adalah berpunca daripada kelemahan UMNO sebagai pemerintah..!tauXpe

MEREKA JUGA BUKAN CIPAN, UNGKA & TAPIR ?

Abdul Ghani mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau telah berbincang dengan satu kumpulan yang berminat untuk membawa taman tema Disney ke Malaysia ketika berada di Tokyo, Jepun baru-baru ini
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Ini ker yang dikatakan dengan pemimpin ummah... ini ker yang dikatakan sebagai islam hadhari...aku dok fikir idea nak buat disneyland di johor tu idea effendi norwawi... tetapi rupanya ideanya daripada dollah bedawi sendiri.. pemimpin yang dikatakan cucu kepada ulama'..pemimpin islam hadhari yang dikatakan akan membawa manusia kepada kecemerlangan peribadi... yang dok kata pergi seluruh dunia bercerita tentang islam hadhari...tapi dalam masa yang sama membawa masuk unsur-unsur maksiat, budaya kuning barat dan hiburan sesat ke dalam negara.. aduh selayaknya apa yang aku hendak panggil manusia yang sebegini..ungka, cipan, monyet atau apa?..tidak cukupkah segala hiburan.. budaya... dan kesenian yang ada dinegara ini sehingga perlu dibawa lagi taman hiburan lagho untuk mengajak rakyat negara ini berpesta siang dan malam..? benar jika hujahnya dengan wujudnya disneyland disini rakyat dan negara akan menimati kesan ekonominya terutama dari aspek perlancongan... tetapi berbaloikah untuk keuntungan sebegitu jika kesannya kita mungkin saja akan hilang jati diri.. generasi kita semakin hanyut dan lemas.. inilah jadinya apabila kepimpinan diberikan kepada mereka yang hanya layak memimpin ungka dan beruk..!tauXpe

MEREKA BUKAN CIPAN, UNGKA DAN TAPIR ?





"It is most unfortunate that the police have to resort to use minimum force - that was minimum force - it was never their intention to cause harm. Never."
(Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Bin Haji Omar)

Aku malas nak ulas kau orang nengok sendiri gambar kat atas tu..nanti aku ulas aku panggil ungka, cipan, tapir dan sebagainya orang marah.. tapi kau orang nilai sendiri ler.. layakkah orang yang memperlakukan orang sebegitu dipanggil dengan mulia..layakkah hikmah digunakan kepada mereka yang terang-terang berhati busuk dan begitu dengki terhadap Islam..kau orang fikir sendiri ler..! mereka hanyalah rakyat negara ini.. mereka membayar segala cukai..bezanya mereka terdiri daripada mereka yang tidak sehaluan dan tidak berpuas hati dengan tindak tanduk kerajaan dan mereka hanya ingin menyampaikan ketidakpuashatian itu secara berani dan vokal.. tapi apa yang mereka terima..? Adakah menjadi satu kesalahan dinegara ini untuk meluahkan pandangan dan rasa hati yang berbeza dengan kerajaan.. Jangan berhujah dengan mengatakan kerajaan tak tahu apa-apa.. dan semua itu perbuatan polis dan kerajaan tidak bersalah..kerana itu adalah hujah yang paling bodoh untuk digunakan...jelas dan terang bahawa setiap apa tindakan polis adalah dibawah bidang kuasa kerajaan..! so setiap perlakuan kurang ajar polis adalah tanggungjawab kerajaan.. dan adakah kerajaan mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara ini..? takde..! tauXpe

AJAR KAT PENGUIN JER !

Penguin kau nak belajar Bahasa Melayu tak..?

Kerajaan disaran memperluaskan penguasaan bahasa Malaysia ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) selaras hasrat untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan itu di kalangan semua kaum
(Petikan daripada BERNAMA)

Eh.. tak payah ah.. buat apa...apa kelas nak guna bahasa Melayu.. tak de kelas langsung.. biar bahasa Melayu mampus jer.. lagi bagus.. bukan maju pun kalau guna bahasa Melayu.. kan ker guna bahasa Melayu ni cuma untuk orang kuno jer.. untuk orang-orang yang dipanggil cuvinis Melayu jer.. buang masa jer suruh orang belajar guna bahasa Melayu.. tak memberikan faedah pun kepada pembanggunan negara.. kita kan dah moden.. apahal nak guna bahasa Melayu.. tak international ler nanti.. nanti orang barat pandang rendah kat kita kalau guna bahasa Melayu.. lepas tu buat membazir duit jer nak perkasa-perkasakan bahasa Melayu.. biaq pi mampus ngan bahasa Melayu.. biaq bahasa Melayu ni orang-orang kelas bawahan mcm aku ni jer yang guna.. sebab bahasa Melayu ni layaknya kat pasar malam jer.. layaknya untuk dituturkan di dalam longkang jer.. mana sesuai nak guna bahasa Melayu kat IPT kat sekolah.. tak guna sesen pun bahasa Melayu ni kan.. so buang masa jer nak perkasakannya..! lebih baik ajar kat penguin dikutub tu lagi bagus !tauXpe

TOK JIB.. TOK JIB !

Syarikat swasta perlu menghentikan perbuatan meletakkan syarat berat sebelah dalam kriteria pengambilan pekerja mereka seperti mewajibkan penguasaan bahasa Mandarin
(Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan daripada Berita Harian Online)

Aku sokong tindakan kau tu tok jib tapi kita kena nilai dulu jangan mudah sangat jump to the conclusion hanya kerana ada iklan yang sebegitu..kerana sememangnya kekadang ada logiknya prasyarat sebegitu contohnya kalau sememangnya pekerjaan itu memerlukan pekerja berurusan menggunakan bahasa Mandarin.. lagi satu tok jib bukanlah wira sangat tindakan kau tu kalau setakat kau pertikaikan kriteria yang diiklankan sedangkan dlm masa yang sama melalui sessi temuduga dan penilaian berlaku begitu banyak diskriminasi kepada pencari kerja khususnya orang Melayu yang beragama Islam (kena clear bab ni sebab ada orang Melayu yang tak beragama Islam ler ni ! ) .. aku nak citer pengalaman aku mencari kerja kepada kau macamana aku dihina dan dibentak supaya jangan bekerja dengan company dia hanya kerana aku bertanyakan tentang soal kebenaran untuk solat.. kalau solat fardu 5 waktu sehari tu pun depa boleh halang.. setakat solat jumaat tu tok sah citer ler.. yang sedihnya kebanyakkan staff company tu Melayu pulak tu.. diskriminasi mcm ni yang dah banyak kali dibangkitkan tak nak pulak kau perjuangkan.. common tok jib kalau benar nak jadi wira jadi ler wira bebetul.. bukan setakat nak ambil kesempatan politik jer..! tauXpe

PECITER...POLIS PUN LAWAN PAK LAH ?

Anggota polis yang memuatkan dokumen-dokumen mengenai pandangan tiga persatuan polis menentang penubuhan Suruhanjaya Bebas mengenai Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC), tidak akan dikenakan tindakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar.
(Petikan BERNAMA)

Kau orang nilai sendiri ler.. kalau polis yang yes sir tu pun boleh melawan arahan PM merangkap Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dengan menuduh IPCMC menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, bertentangan dengan undang-undang, bercanggah dengan perlembagaan, mencabul keadilan semulajadi, boleh mengakibatkan anarki, bersifat diskriminasi, menafikan keadilan dan mengkompromikan perintah Ketua Polis Negara.. kau orang nilai sendiri ler betapa lemahnya kepimpinan negara ketika ini..pernah ker terjadi polis yang selalu dok cakap "saya hanya menjalankan tugas" tu memberontak sebegini..tak pernah langsung dalam sejarah negara.. kalau kau orang baca kenyataan yang menolak IPCMC tu depa.. puak polis ni siap ugut untuk undi pembangkang lagi.. nampakkan betapa selama ini polis secara diam memainkan peranan penting dalam mengatur politik negara..seolah-olah negara ni "police state" .. aku ada juga risik-risik kawan aku yang jadi instructor di PULAPOL tetang isu ni.. dia secara jelas beritahu polis memang menolak IPCMC... sebab tu tiada tindakan diambil keatas pegawai yang memasukkan dokumen tu di web rasmi polis.. kita nengok jerlah nanti cakap banyak kang kena ISA..! Oh..ya satu lagi selamat bersara aku ucapkan kepada Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Kamaruddin Md. Ali..!tauXpe

Wednesday, May 31, 2006

SYABAS & TANHIAH KEPADA PAS !

Peranan PAS semakin dominan diperingkat antarabangsa ketika kerajaan Malaysia menghina rakyat Palestin dengan menidakkan kemenangan HAMAS, PAS terbuka menerima kehadiran pimpinan Palestin dan HAMAS. Gambar menunjukkan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin bersama Menteri Luar Palestin, Muhammad Zahar...Syabas PAS !tauXpe

M'SIA PERMAINKAN RAKYAT PALESTIN !

"Rakyat Palestin harus mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Malang sekali jika mereka menonjolkan imej di mana kesemua kita terus menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi mereka sendiri tidak bersatu,"
(Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar-Petikan BERNAMA)

Ceh... mulut tu ada insuran ker.. hampeh.. yang kau pergi jemput wakil FATAH tu buat apa.. ini persidangan Menteri-menteri Luar NAM apa kaitannya FATAH ngan persidangan ni sedangkan Palestin yang diperintah oleh HAMAS telah menghantar Menteri Luarnya, Mahmoud Zahar.. apa yang kau nak buktikan.. cakap mcm balaci zionis.. tak guna sesen.. aku nak tanya kau.. apa perasaan kau kalau dalam satu persidangan antarabangsa yang sepatutnya kau wakili negara tiba tuan rumah jemput juga Anwar contohnya sebagai wakil negara yang diiktiraf.. tentu kau marahkan.. tentu kau kata tuan rumah tak sensitifkan.. tentu kau kata tuan rumah tak hormat prinsip diplomasikan.. sama juga dalam kes Palestin ni.. dah HAMAS menang secara mutlak di Palestin yang kau panggil sekali wakil FATAH buat apa.. jelas sangat kau ni sama saja seperti Amerika dan Yahudi yang tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS diPalestin.. Kau tak nak beri ruang kepada HAMAS untuk menyuarakan kegelisahan dan kesengsaraan rakyat Palestin.. dengan membuka peluang kepada FATAH si talibarut Zionis tu.. kau memang kurang ajar.. kurang ajar sesangat..! Malu aku nak ngaku ada Menteri Luar yang tak reti prinsip diplomatik mcm kau.. woi kau duduk kat zoo lebih baik lah..hampeh !tauXpe

AH..SIKIT LAGI LEPAS NI MESTI BALING KERUSI PUNYA..!


Bekas naib presiden MIC, Datuk V. Govindaraj, hari ini mendakwa penyingkirannya sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu tidak berlandaskan peraturan parti
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Best..best..! Gaduh lagi..gaduh lagi.. best tul mcm citer Bollywood.. buat aku tak sabar nak tu klimak.. ada ke tak aksi baling kerusi..? Fuh berdebar-debar menunggu..! Mana syokkan citer Tamil kalau tak de baling-baling kerusi..!tauXpe

MENANTU KESAYANGAN TOK AYAH LAH !


Pasukan MyTeam berjaya menunjukkan persembahan yang menarik ketika menentang Malaysia kelmarin
(Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Utusan Malaysia Online)

Hah kan aku dah cakap.. lepas ni sapa yang berani tuding jari kat Khery yang projek MyTeam tu sia-sia kalau pak mentua dia sendiri dah cakap mcm tu.. silap-silap haribulan lepas ni FAM pun ubah keputusan.. kau orang percayalah cakap aku projek MyTeam ni adalah turning point Khery untuk tunjuk power dia yang sebenar.. itulah kebijaksanaan khery.. lepas ni tok cham auw..auw pun tak boleh buat apa-apa.. dia dah ada power di high level melalui pak mentua dia.. dengan projek MyTeam dia bina power di grassroot.. dalam masa yang sama cengkaman tok cham terhadap pemuda semakin longgar.. kementerian tok cham juga semakin hari semakin dihentam teruk kiri dan kanan.. so dari segi kredibaliti.. antara tok cham dan khery.. khery jauh ke depan.. roadshow khery ke seluruh negara juga menunjukkan indikator yang cukup memberangsangkan.. dia dilayan dengan cara yang cukup hebat.. tak pernah ada layanan yang sebegitu hebat dikecapi oleh seorang yang hanya bergelar naib ketua pemuda.. so next election choice yang ada pada tok cham ialah angkat kaki daripada pemuda dan bertanding salah satu jawatan naib presiden.. itupun kalau masih laku.. kita nengok jerlah nanti..!tauXpe

Tuesday, May 30, 2006

PUSAT PENGEMBANGAN MAKSIAT..DISNEYLAND DI JOHOR !

Jati diri Johor semakin hari semakin tercemar dek kerakusan
pimpinannya.

Kerajaan kini mencari pilihan terbaik serta meninjau peluang-peluang untuk membina taman tema seperti "Disneyland" di Johor
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi-Petikan BERNAMA)

Maka akan lahirlah satu lagi pusat pengembangan maksiat di johor.. wei orang johor peciter.. best le kauorang dapat disneyland.. terkenal ler kau orang dimata dunia.. pemuda-pemuda islam kat sana peciter, takkan nak diamkan jer.. nak biarkan saja pusat pengembangan maksiat dan budaya kuning itu masuk dan menghancurkan jati diri anak jati johor.. dalam keadaan sekarang pun johor terus-terusan mencatatkan negeri penghidap aids/hiv tertinggi di m'sia.. negeri antara paling banyak kes anak tidak sah taraf.. negeri yang terkenal kerana wujudnya "port" mat gian terbesar di m'sia (siap pasang khemah lagi !).. negeri yang cukup tinggi kadar masalah sosialnya.. negeri yang selalu gempar dengan kes rogol dan bunuh.. tambah dengan disneyland tak tahu ler nak jadi apa nanti.. common pemuda islam jangan tunggu dah terhantuk baru nak tergadah.. lawan.. jangan biar puak-puak sekular ni menodai bumi johor dengan sewenang-wenangnya..!tauXpe

CERDIK..CERDIK.. ANAK SAPA LER NI ?

Saya memutuskan untuk mengeluarkan senarai penuh. Dalam CWC, kebanyakan penyandang telah dikekalkan kerana mereka telah menunjukkan kemampuan untuk bekerja sebagai satu pasukan.
(Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan BERNAMA)

Apa ke heh.. baik tak yah buat pemilihan baik kau lantik jer sapa yang kau nak.. lepas tu baru buat mesyuarat untuk sahkan jer.. ceh.. kalau kau as a presiden dah keluarkan senarai.. lepas tu semua yang dok sokong lawan kau kau reject.. apa retinya adakan pemilihan lagi.. kau ni kategori pemimpin macamana pun aku tak tahu ler tok vellu.. nak kata hampeh.. kau lebih hampeh daripada hampeh.. nak kata cipan.. cipan tu pun lebih cerdik daripada kau.. ungka..? ungka pun lebih pandai daripada kau.. aku rasa kau ni kategori nak kata orang bukan orang nak kata hantu pun tak boleh.. jenis gitu ler.. sebab sengal, bengap dan singainya tu melampau-lampau..!tauXpe

SILAT KHERY SEMAKIN MENJADI ! YANG LAIN GERAM JER..!

Ala bucuk-bucuk..menantu kesayangan aku ni!

Khairy Jamaluddin berhasrat mengkaji semula kedudukannya Ahli Majlis Bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika sumbangannya melalui MyTeam dianggap tidak membina arena bola sepak negara.
(Khairy Jamaluddin-Petikan Utusan Malaysia Online)

Kau memang cerdik khery.. patutlah ramai sangat orang dengki kat kau dalam umno.. kau tahu bila nak mengacah.. kau juga tahu bila nak menjerkah.. kes pertikaian dengan FAM tentang isu MyTeam dah lama timbul.. tapi sebelum ni kau tak buka mulut pun.. kau atur langkah kau cermat.. kau usung tok mentua kau kehulu ke hilir tengok promosi MyTeam.. sampai dalam dok sibuk menanti kehadiran mesyuarat NAM di Malaysia pun kau boleh heret dia ke stadium tengok MyTeam berlawan dengan Skuad Bawah20 Malaysia.. kau cerdik selepas selesai dan skuad MyTeam berjaya mengekang skuad B-20 M'sia hanya menang dengan jaringan 2-1 kau mula berkokok.. kau pertikaikan FAM sebab tak beri skuad MyTeam main di liga Malaysia.. kau tuduh FAM perlekehkan kau kerana hanya menurunkan skuad B-20... kau ugut FAM untuk tubuhkan MyTeam diluar negeri.. nak beritahu FIFA.. memang kau cerdik.. kau tahu sukan bola sepak adalah sukan paling popular di M'sia.. dan kau juga tahu kalangan peminat bola sepak ni cukup kritikal dengan FAM.. kau gunakan kesempatan sentimen tu untuk menjadi wira.. terutamanya wira kepada budak-budak muda.. dengan situasi tu secara tidak langsung kau sebenarnya sedang membina kekuatan grass root kau dikalangan generasi muda.. ler ni sapa berlawan ngan kau.. seolah-olah berlawan dengan semua generasi muda yang dok sokong MyTeam.. apa-apa hal kau dah menang dalam situasi ni...kau memang cerdik mengatur politik kau.. segala seranah yang kau hamburkan kepada FAM pastinya juga sukar untuk FAM jawab.. apataknya... diaorang nak marah pun susah sebab kau siang-siang dok tayang yang tok mentua kau sokong kau.. berlawan ngan kau sama seperti berlawan ngan tok mentua kau.. lagi sekali kau menang mudah dalam hal ni.. media pun kau dah mula control.. kau orang tengok bila bekas pemain kebangsaan Razip Ismail memberi pandangan yang mempertikaikan tindakan MyTeam bertemu skuada negara... apa yang berlaku... depa bela kau... depa hentam Razip Ismail sepuas-puasnya.. kau menang juga dalam hal ni.. bijak sungguh kau berpolitik.. tapi khery satu jer aku nak beritahu.. orang bijak ni biasanya tak kekal lama dlm umno kau nengok ler apa jadi pada Ku Li... Musa Hitam.. Anwar dan banyak lagi.. so kau ready jerlah.. orang dah mula meluat nengok muka kau.. so pepaham jerlah..!tauXpe

Monday, May 29, 2006

MALAYSIAN HITLER IN THE MAKING !

AWAS KEMUNAFIKKANNYA !

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata banyak tindakan kuasa besar dalam kempen mereka memerangi keganasan, jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan norma perlakuan yang beradab.
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan daripada BERNAMA)

Mampus kau ler.. ceh cerita pasal adab.. pasal undang-undang konon.. munafik.. kat negara sendiri kau beradab sangat ker.. cipan punya PM.. kau bantai orang buat perhimpunan amal.. sampai berdarah-darah.. itu beradab ker.. itu ada etika ker.. itu ada undang-undang ker.. perangai sebijik macam tapir.. macam ungka.. c****a.. s**t.. h***m j***h.. mampus kau ler.. kau, tapir-tapir kat kabinet tu, ungka-ungka kat parlimen tu semuanya pergi mampus ! dah tak dpt berhujah.. guna cara ganas.. halang orang lain nak berhujah.. inilah tanda lahirnya seorang lagi diktator di negara ini !tauXpe

ALLAHUAKBAR !

Bukti Keganasan ! Allahuakbar !

PENGGANAS !

Mesra ke ni..muka pengganas adalah

KEGANASAN POLIS !

Bukti keganasan polis diperhimpunan aman
membantah kenaikan harga minyak

JANGAN LER MUNAFIK SANGAT !

Kami menggesa rakyat Palestin bersama-sama membentuk barisan yang lebih bersatu padu di kalangan mereka sendiri
( Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar-Petikan BERNAMA)

Ceh.. suruh rakyat Palestin bersatu padu konon.. setakat cakap boleh lah.. kau orang ni memang jelas sangat sikap munafiknya tu.. suruh rakyat Palestin bersatu tapi dalam masa yang sama kau orang sendiri mengambil tindakan seakan-akan memecah belahkan Palestin.. Kau kata kau hormati keputusan rakyat Palestin memilih HAMAS tapi in the same time kau salurkan bantuan kewangan kepada FATAH.. ceh mahu aje aku sekeh kepala korang.. perangai saling tak tumpah mcm regim zionis.. semuanya balaci dan so chai kepada Amerika.. hampeh !tauXpe

KUMPULAN PEMIKIRAN TIN TONG UMNO ?

UMNO disaran menubuhkan kumpulan pemikir
(Tan Sri Rahim Tamby Chik-Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Lah kau orang boleh berfikir rupanya.. ingat selama ni kau orang ni tak reti nak berfikir.. buat apa-apa pun pakai ikut nafsu jer.. rupanya boleh berfikir.. tapi kan cuma aku dok musykil satu jer.. orang tak de otak macamana yer dia berfikir.. mungkin.. mungkin ler aku rasa kau orang berfikir menggunakan kepala lutut kot.. tak pun guna tapak kaki.. kalau tak pun fikir guna pungguk..! Sebab tu ler.. hasil fikiran kau orang semuanya jenis tahap ungka dan keluang.. kau orang bangunkan ekonomi yang wujud kronisme dan korupsi.. kau buat projek terbengkalai.. buat jambatan tak siap-siap.. buat jejambat selalu retak dan kekadang runtuh.. macam2 lagi ler.. itu semuakan hasil daripada pemikiran kau orang kan..? Memang kelas ler tahap pemikiran kau orang..!tauXpe

GABEM = GABAN ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual merasmikan Gabungan Badan Ekonomi Melayu Malaysia (Gabem) yang baru ditubuhkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Jun ini. Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, ia merupakan langkah permulaan bagi membolehkan Gabem yang ditubuhkan untuk membantu usahawan Melayu dalam perniagaan, dapat berjalan lebih lancar.
(Tan Sri Rahim Tamby Chik-Petikan Utusan Malaysia Online)

Ni GABEM ni kira adik beradik GABAN ker.. ceh aku menyampah betui dengar pemuka-pemuka UMNO ni berretorik.. sudahlah.. dah berapa banyak persatuan usahawan Melayu yang ada kat negara ni.. bermacam-macam ada.. tapi hasilnya tetap gitu juga.. tak juga tercapi ekuit 30 peratus bumiputera.. yang aku nampak pengerusi, presiden dan kroni-kroninya semakin gendut perut adalah.. dei thamby.. kau ingat orang tak tahu apa niat kau tubuh persatuan tu.. wei sekilas ikan di air jantan betina pun org kenal wo.. inikan pula kilasan kau yang track record kau masa jadi KM Melaka penuh ngan segala mcm onar.. Ini semua agenda nak memperabihkan duit rakyat.. agenda nak membina sistem kroni.. agenda nak melahirkan usahawan-usahawan korup.. lagi satu absolutely for sure penubuhan persatuan tu datang dengan agenda politik.. almaklumlah nama semakin tenggelam..!tauXpe

KAU PUN SAMA JER !

Semua masalah yang dihadapi oleh orang
Melayu berpunca daripada pendirian
UMNO yang kritikal terhadap ajaran Islam.

Saya amat kecewa kerana isu ini menjadi isu besar seolah-olah orang Melayu tiada isu hendak dibincangkan dalam tanah air sendiri.
(Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika mengulas berkaitan isu perkahwinan misyar-Petikan Utusan Malaysia Online)

Ceh.. buat tak tahu pulak dah kau yang ajar orang Melayu macam tu.. kau yang semai orang Melayu supaya hanya syok nak citer dan fikir pasai benda2 remeh.. so kau orang tuai ler apa yang kau orang semai.. jangan harap ler kau nak menyuruh soal yang lebih penting kalau kau dah buai depa ni ngan segala macam perkara lagho setiap hari.. kau sumbat ngan hiburan.. kau sogok ngan artis.. sehingga orang Melayu lemah jati dirinya.. kan kau orang suka mcm tu.. sipaya senang kau nak perkotak-katikkan.. ye lah nanti bila dah pandai.. dah cerdik sangat.. dah tau berfikir.. susah pulak kau orang nak kelentong..! Sudah2lah beb cara hidup rakyat.. cara berfikir rakyat.. cara bercakap rakyat.. reflek daripada cara kepimpinan dia.. kalu pemimpin mereka jenis tapir dan cipan.. dok kerja menipu jer tiap hari.. dok sibuk punggah khazanah negara untuk penuhkan tengkuk dan perut.. so itulah juga sikap dan perilaku rakyat.. kalau dah ketam berjalan ngiring jangan harap anaknya akan berjalan lurus..! Cermin dulu diri kau sebelum nak tuding jari kat orang Melayu.. !tauXpe

LOH..KOK GITU JADINYA.. KATA ADA ISLAM HADHARI ?


Statistik terkini menunjukkan kadar kemiskinan luar bandar pada 2004 lebih dua kali ganda kadar kemiskinan seluruh Malaysia dan enam kali ganda kadar kemiskinan di bandar. Katanya, kini nisbah pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar hampir menyamai nisbah 1970 iaitu 1:2.14, berbanding 1:2.11 pada 2004.
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Utusan Malaysia Online)

Eh.. ada orang miskin lagi rupanya.. ingatkan dah tak de dah.. ada lagi rupanya.. kawan ingat bila tok ayah lah memimpin dengan konsep islam hadahrinya takkan ada lagi kemiskinan.. yelah kalau ada pun kat kelantan jer lah.. almaklumlah negeri pembangkang.. semekin.. papa.. kedana.. rupanya bersepah lagi org miskin kat negara ni.. awatnya tok ayah lah islam hadhari tok ayah lah tak berfungsi ker.. ! nak kena overhaul ker tak pun nak create retorik baru.. kan ker dengan retorik tok ayah lah tu jer selesai semua masalah..!tauXpe

SIGNAL KER TU..! TOK SAMMY TAKKAN TAK TERASA KOT !

Jawatan timbalan presiden tidak ditandingi buat masa yang lama. Bila anda sudah berada pada satu kedudukan untuk masa yang panjang tanpa bertanding, anda ambil mudah dan saya tidak anggap jawatan timbalan presiden sesuatu yang boleh dianggap mudah.
(Naib Presiden MIC Datuk G. Palanivel-Petikan Utusan Malaysia Online)

Macam perli jer bunyinya tu.. yelah kalau nak kira tempoh masa sesuatu jawatan itu tidak ditandingkan jawatan presiden yang tok sammy pegang tu lagi ler lama tak ditandingkan.. dia lebih lama daripada Subra.. amboi tok gpal belum tentu menang lagi pun jawatan timbalan tu.. takkan dah nak pasang angan2 untuk cabar presiden kot.. tok gpal.. kalau menang timbalan pun belum tentu kau dpt jadi presiden.. baknya tok sammy tu datang sawannya.. situ ler kau terjelepuk kebawah.. tengok subra dah ler.. !tauXpe

Sunday, May 28, 2006

WAR ! KILL ! DIE !


Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri James Masing memecat Setiausaha Agung parti itu, Sidi Munan bersama-sama tujuh Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Musim gaduh dah mula.. kengkawan.. jom ler dok nonton drama perang-perang yang tengah dok sibuk buat promo ni.. MIC dan mula.. ler ni PRS pulak yang follow.. Kayves pun tengah perang gak tu.. MCA pun silap-silap haribulan mahu bergaduh juga tu.. almaklumlah di S'rawak orang cina dok pakat sokong pembangkang.. mcm MCA tak buat kerja.. UMNO pulak memang hari-hari perang.. UMNO ni kalau tak perang tak sah.. rasa mcm bukan UMNO ler.. Kengkawan.. jomlah nengok.. kita peratikan ler kalau ada peluang kita sorak.. kita sorak.. kalau ada peluang kita cucuk.. kita cucuk.. bukan nak jadi batu api.. cuma kalau depa ni tak gaduh rasa mcm tak de hiburan ler.. aku sebenarnya tengah dok tunggu BN tu berperang sesama sendiri.. nengok2 mcm ada harapan tu BN nak bergaduh.. yelah kalau nengokkan pengerusi dia yang lembik semacam jer.. mahu hancur lebur BN dibuatnya.. jom kengkawan dah terlanjur depa nak hancurkan.. kita tolong-tolong ler sekali..!tauXpe

READY..READY TOK YIDDIN NAK TEMBERANG !

Mampukah UMNO memperbodohkan
rakyat dengan hujah lucah dan lawak mereka

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu kadar baru tarif elektrik dan kenaikan harga minyak perlu diperjelaskan kepada rakyat supaya tidak timbul sebarang keraguan
(Tan Sri Muhyiddin Yassin-Utusan Malaysia Online)

Silap tu tok yiddin bukan "memperjelaskan" sepatutnya perkataan yang paling sesuai ialah "memperbodoh" atau "mengelentong"... so kalau dijadikan ayat.. bunyinya lebih kurang macam nilah.. "ahli UMNO diminta untuk memperbodoh dan mengelentong rakyat berkenaan isu kadar baru tarif elektrik dan kenaikan harga minyak supaya tidak timbul sebarang keraguan".. lagi best kalau dihujung tu kemukakan sedikit tawaran... lebih kurang macam ni jer.."...dan sebagai ransangan terhadap usaha murni tersebut UMNO akan menyediakan imbuhan sebanyak RM 2 untuk setiap rakyat yang diperbodohkan.." Amacam ok tak tok yiddin boleh tak aku jadi kau punya speech writer.. tak pun SU Akbar..! Kau kalau nak minta aku tulis yang lebih hebat daripada tu pun boleh.. aku boleh buat statement sampai ahli-ahli UMNO kat bawah tu, buat kerja secara percuma jer memperbodohkan rakyat.. kira kerja macam hamba ler.. aku boleh buat tu.. kalau kau nak try boleh.. kira macam praktikal untuk aku ler.. kau beri aku buat statement pasal isu kau gadai tanah kat Johor tu.. confrim.. aku boleh reverse balik isu tu sampai orang yang dedah tu sendiri datang melutut minta maaf kat kau.. dan rakyat confrim aku akan bancuh balik kepala otak dia orang sampai diaorang akan kau anggap kau ni malaikat.. takpun wali-wali.. yang takkan buat salah.. walaupun hakikatnya kau tu setan gondol.. yang kerjanya menghabiskan duit rakyat.. amacam boleh..! nak tak ?tauXpe

TOK AYAH LAH KETAQ LAGI !

"Yes, I did call on Tun, But it was only to say hello and to tell him about my visit and my meetings with several Japanese businessmen here. Nothing more than that. And please don’t speculate."
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan NST Online)

Tak kira aku nak speculate gak.. sudahlah tok ayah lah.. kau ingat kita orang tak tahu yang kau risau dengan aksi che det lately ni.. budak kecik pun tahu.. kena pulak ada usaha dilakukan oleh PAS untuk mempertemukan Che Det, Anwar ngan Ku Li.. nape dah ketaq dengar usaha tu.. kau pun tahukan kalau 3 gergasi tu berkumpul.. lepas tu combine ngan kekuatan pembakang.. apa jadinya nanti.. ingat tok ayah lah.. ketiga-tiga tokoh tu semuanya pernah berceramah diatas pentas PAS.. dan bukanlah sesuatu yang impossible kalau depa boleh bersatu dan berdiri atas pentas pembangkang berlawan ngan kau.. tok ayah lah aku tahu kau dok runsing ngan situasi ni.. jangan nak kencing ler kau kata tphone che det semata-mata nak tanya hello.. ceh.. lucahnya hujah.. tok ayah lah.. come on man.. cuba sekali baca sikit silat politik sebelum ambil tindakan.. che det ni fighter.. dan jenis person yang strategis.. dia tahu kalau dia rapat ngan Anwar kau mesti akan rasa terancam (mcm sekarang ler!) so.. from that.. value dia semakin tinggi.. dan untuk kau tarik semula dia.. for sure kena ada give and take.. so just wait tok ayah lah.. kita tengok sapa yang kena!tauXpe

KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM UMNO !

Pelbagai pihak menyiasat kewujudan majalah Playboy versi Malaysia belum berjaya mengenal pasti penerbitnya kerana hanya satu naskhah ditemui sehingga ini.Usaha mengesan dari mana datangnya majalah diterbitkan dengan Permit Penerbitan (PP) palsu itu juga menemui jalan buntu kerana sehingga ini, tiada pihak dapat memberikan maklumat lanjut mengenainya.
( Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow-Petikan Berita Harian Online)

Ceh.. kau orang memang.. majalah playboy kau susah nak kesan tapi bila majalah, suratkhabar dan buku politik mudah sangat kau kesan.. habis kau angkut sampai bangkrap kau kerjakan penerbitnya.. tengok ler macamana kau kerja si lutfi tu.. sampai berhutang keliling pinggang kau buat.. habis Detik.. Wasilah kau kerjakan.. Eksklusif pun ranap kau kerjakan.. itu tak kira Harakah yang kau sekat.. kau rampas.. hampeh.. kementerian kau orang ni sebenarnya sepatutnya ditukar nama bukan Kementerian Keselamtan Dalam Negeri.. tapi Kementerian Keselamatan Dalam UMNO.. kau orang bukannya jaga keselamatan negara tapi keselamatan UMNO dan BN.. hampeh!tauXpe