Thursday, July 20, 2006

Bakal Anak Tiri Siti...

tauXpe: sekadar renungan untuk semua(tapi jangan renung awek anak Datuk K tu..) ....Semoga Siti dapat didik anak tiri orang UMNo ni jadi orang baik.. :)

untuk gambar yang lebih jelas:
http://mybikerz.com/?p=5

Wednesday, July 19, 2006

Seluar UMNO di Londehkan Ahli Sendiri.....


Insiden diNikko Kuala Lumpur anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Selasa 18 Jul 2006 ini menjadi bukti jelas akar umbi amat TIDAK PUAS HATI terhadap isu-isu berbangkit yang sering diperkata ramai, termasuk rakyat jelata. Menteri-Menteri Kabinet YB Dato' Mustapha Mohamad, YB Dato' Mohamed Khalid Nordin dan YB Dato' Zulhasnan Rafique serta ahli ahli MKT UMNO YB Dato' Shahrir Samad, YBhg Dato' Mohd Norza Zakaria serta Bendahari Agung UMNO YBhg Dato' Azim Zabidi TIDAK LANGSUNG MENJAWAB dengan tepat keatas isu yang dibangkitkan dimana menerima sambutan HANGAT para hadirin (terdiri kepimpinan menengah dan ahli UMNO akar umbi)

1. Isu pembatalan Jambatan Indah Mengantikan Tambak Johor (dihujahkan oleh ahli UMNO Lembah Pantai menurut fakta-fakta sebagaimana yang diberitakan akhbar perdana)

2. Isu kenaikan harga petrol dan kenaikan kos pembuatan serta kos sara hidup meningkat

3. Perbelanjaan Kerajaan yang kunun-kununya 'besar' dan meningkat semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini,terutama untuk 'Pembangunan' TETAPI tidak langsung dirasai rakyat, terutama golongan peniaga dan kunun-kunun 'pembangunan luar bandar' dan 'membasmi kemiskinan' yang tidak dirasa akar-umbi.

4. Isu Proton, Scandal Penjualan MV Agusta dan masalah yang timbul dari lambakan motorkar asing kerana dasar AP yang disalah guna

5. Isu Scandal ECM Libra - Avenue Capital

6. Isu NST sebagai punca utama "PERPECAHAN UMNO" hari ini dan pergolakan politik antara PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

(Kedua-kedua isu 5 & 6 ini LANGSUNG TIDAK DISENTUH PARA PANELIS selepas dibangkit dalam Q & A yang pada asalnya pihak penganjur cuba sangat untuk mengelak) Pendekata, Kepimpinan Kerajaan termasuk Kabinet dan UMNO diperingkat MKT sebenarnya TIADA JAWAPAN kepada persoalan dan isu YANG AMAT NYATA TIDAK MENGUNTUNGKAN BANGSA MELAYU secara menyeluruh.

hehe..pertama nya aku nak ucapkan tahniah kpd sedara kita *******
...hehehe pertayaan2 yg dia kemukakan benar2 buat tukang2 karut paklah kat atas pentas terkedu...merah muka...senyum tak senyum..tp muka semua nampak blur.....!! sessi yg awal nya nampak macam terkewal...mula2 khalid nordin bercerita pasal cerita dongeng fakta pasal jambatan...pusing sana..pusing sini..hehe tp tang tu jugak..kalau takat tu yg dia nak cakap..baik aku balik tidur...

hehe lepas tu..org kampung aku..mustapha muhamad pula ambil tempat..hehe yela...dia mmg cakap ikut data..mana data masuk dia tibai...tp hehe ok lee sikit dari khalid nordin..sekurang2 ada juga menafaat...!! hehe lepas tu giliran yg tiung rambut putih..shahril samad ambil tempat..hehehe yg sekor ni..mula2 puji diri..hehehe lepas tu puji diri..dan kemudian puji lagi diri dia...pendek kata..macam dia saja pndai..org lain semua tak pantai..hehe dia saja ada fakta ..org lain tak de fakta....!!

hehehe lepas sharil samad bercerita...tiba2 tukang MC tu umum acara tutup..hehe apa lagi..****** dan aku mula bising..soalan!! soalan!!! soalan!!!....lepas tu makin ramai yg laung soalan!! soalan!!! hehe nak tak nak tukang MC tu kena buat undi..hehe hampir semua setuju dibuka soalan....!!! hehe..tang sini lah bermula titik terlondeh nya tukang2 karut paklah...!! hehe satu soalan...dua soalan...hehehe..masuk ke soalan org ketiga..iaitu kuntakinte kemuka soalan..hehe suasana menjadi hangattt..dari isu jambatan..

isu kurang ajar kpd Tun Dr. Mahathir kepada isu Ecm-Libra..soalan dah hujjah yg ******* kemukakan cukup hebat..sampai berdiri bulu betis aku..aku tenguk sekor2 yg doa atas pentas tu...muka macam kena panah petir..terlopong...terkedu..hehehe yg nampak senyum pun...datuk sulaiman(titiwangsa)....!!

hehehe..seronok aku tengukkk sokongan dari penyokong2 Tun Dr. Mahathir agak luar biasa memberi sokongan pd ******..hehehe sesekali terdengar jeritan hidup mahathir!! hidup mahathir!!! hhehe..pendek kata lepas acara tu..aku lihat ******* dah macam bintang filem...dikelilingi olih 'peminat' hehe termasuk datuk idris tulis... hehe..hebat..hebat..itu yg aku dengar dr kawan2 dari titiwangsa bila bercerita tentang *******...hehe..malang nya ******* tak sempat minum dgn aku ..hehe sebab dia balik bersama BGDM... apa pun..peristiwa di Nikko hotel...menjadi bukti bahawa pengaruh Tun Dr. Mahathir jauh lebih hebat dari yg dijangka!!!!
( petikan dari Laman Web pro Mahader/UMNO)

tauXpe: Telah makbul doa dari orang-orang yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah. Antara doa yang selalu di pinta adalah untuk memecahbelahkan perpaduan dalam UMNO, ternyata UMNO kini telah berpecah belah....bukan orang lain yang pecahkan tapi ahli mereka sendiri...Takbirr!!! :)

Tuesday, July 18, 2006

Tsunami datang lagi......

Tsunami mengganas lagi -- 86 terkorban diseret gelombang besar di selatan Pulau Jawa

JAKARTA 17 Julai – Seramai 86 orang terkorban dan ratusan lagi dikhuatiri hilang diseret gelombang tsunami di pantai selatan Jawa Barat dan Jawa Tengah, selepas berlaku tiga gempa bumi berskala 6.8 Richter di dasar Lautan Hindi, berpusat kira-kira 620 kilometer di selatan Bandung, petang ini.
Wakil rakyat tempatan, Rudi Bahro memberitahu Metro TV bahawa mereka yang terbunuh dijangka akan meningkat.
Kawasan yang teruk dilanda gelombang setinggi satu ke tiga meter itu dan melanda sehingga antara 400 meter dan satu kilometer ke daratan ialah Pantai Pangadaran di daerah Ciamis, Jawa Barat dan Pantai Petanahan di Cilacap, daerah Kabumen, Jawa Tengah.
(petikan Utusan Malaysia)

tauXpe: Amaran Allah datang lagi.......lagi...dan lagi.....dan akan terus datang...dengan harapan manusia insaf dan sedar akan kekuasaanNya...serta patuh akan segala hukum hakam yang telah di turunkanNya......

Monday, July 17, 2006

Khairy Kembali Bersuara......


Pemuda desak Israel henti serang penduduk Palestin

MUAR 16 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melaung amaran kepada Israel supaya menghentikan keganasan mereka terhadap penduduk Palestin bagi mengelak daripada berlaku serangan balas yang dijangka lebih banyak mengorbankan nyawa yang tidak berdosa.
Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO khuatir keganasan yang dicetuskan oleh rejim itu bakal mengundang kemarahan pihak-pihak tertentu yang sudah pasti ingin menuntut pembelaan di atas kezaliman yang dilakukan.
Justeru, katanya, kezaliman tentera Yahudi itu perlu dihentikan segera kerana ia ketika ini telah meningkatkan sentimen kemarahan umat Islam di seluruh dunia. (petikan Utusan Malaysia)


tauXpe: Wah...Abg Khairy is back!...setelah beberapa minggu tiada berita yang keluar mengenai beliau semenjak dia di tuduh oleh Mahader sebagai lebih berkuasa dari PM aBodolah Badawi. Ari ni aku cuma nak komen tentang perkataan 'DESAK' yang sering di guna pakai dalam isu Palestin dan Israel sekarang. aku juga nak guna perkataan 'DESAK' yang Khairy guna tu....tapi aku nak 'DESAK'

1. 'DESAK' kau punya Pak Mertua(aBodolah) lebih keras dan tidak lembek dalm membuat kenyataan dan tindakkan tentang nasib umat Islam yang berada dalam OIC ni..
2.'DESAK' kau jangan guna kelebihan yang ada pada diri kau sebagai menantu kesayangan aBodolah untuk mengaut segala kekayaan.

rasanya cukuplah setakat tu.....apa pun 'desak' ni tak ada dalam Islam rasanya...buang masa jer desak-desak...

Berita Terbaru: Aku nampak tangan kiri dia macam terkehel jer dalam paper.... siap gantung lak tu :)

Sunday, July 16, 2006

Cayalah..Dato' Shima Nak Lawan Yahudi!

Palestin: Gerakkan Pemuda antarabangsa
KOTA BHARU 15 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO akan menggerakkan usaha mewujudkan rangkaian di kalangan pemimpin muda di peringkat antarabangsa khusus untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan segala bentuk keganasan dan kezaliman yang dilakukan selama ini.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah ini adalah sebagai usaha berterusan mendesak Israel setelah pelbagai usaha daripada penghantaran memorandum hingga kepada demonstrasi yang dilakukan dalam negara tidak pernah dihiraukan oleh rejim tersebut.
(petikan Utusan)

tauXpe: Auw!!...Hancur Yahudi!...Hidup Melayu!... Auw!! huyooo..Wa lespek abis la sama lu Lato' Shima(Hishamuddin)...Wa tak sangka lu pun anak lantan(jantan) macam itu Pak Lah, tapi....aa wa ala konpius sikit la, itu lu punya pemula(pemuda) talak nampak galang macam lu la.....itu macam mana ala itu Yahudi mahu takut? Lu panggil pemula satu dunia mahu kasi cakap saja sama itu Yahudi..lia(dia) olang tatak lengar la Lato', Wa ingat aa...Lu hantar lu punya pemula kasi pelang(perang) la....balu metut2(betul2) anak lantan! Lato', :)

Dollah Belasah Mahader Habis-habisan!

K'jaan siar kandungan surat mengenai jambatan
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyiarkan kandungan sepenuhnya surat-menyurat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong berhubung cadangan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh, kini dapat dibaca dalam portal berita Bernama, www.bernama.com di bawah tajuk "Correspondence between Tun Dr Mahathir and former Singapore Prime Ministers". (petikan The Star-Melayu)

tauXpe: mana satu yang betul ni? Mahader ker Dollah? Aku pening juga....tapi bukan sebab apa, aku pening sebab tengok orang UMNO ni bengong bin bangang! (maaf kasar sikit)...bukan ker masa Mahader jadi PM semua pencacai dan pembodek Dollah ni jugak lah yang sokong segala macam keputusan yang Mahader buat(masa tu)? Bukan setakat sokong malah memuji serta mendewa-dewakan keputusan tersebut seolah-olah ia adalah keputusan yang maksum, bebas dari cacat dan cela..semacam keputusan yang datang dari Tuhan, TAPIII...sekarang jadi lain pulak!!!, aib...aib...aib....hahaha....begitulah nasib golongan-golongan munafik ni.....semua sama aja...macam lalang! Esok-esok masa Dollah dah tak jadi PM, dan Najib jadi PM, sokong Najib lak...., kata Dollah lak penipu......iskkk...iskkkk...lain kali fikir dulu sebelum buang(undi) :-)