Saturday, July 15, 2006

Giliran Mahader Kena Belasah!

Dokumen rahsia didedah -- Kerajaan jawab dakwaan Mahathir isu jambatan bengkok
KUALA LUMPUR 14 Julai - Kerajaan menjelaskan bahawa tawaran penggunaan ruang udara Malaysia kepada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dibuat sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Dr. Mahathir menawarkan kemudahan tersebut sebagai satu pertukaran trade-off semasa rundingan berpakej antara kedua- dua negara antara 1998 dan 2002.
(petikan Utusan Malaysia)

tauXpe: Sekarang turn Pak Lah lak belasah Mahader....hahaha...aku ingat kau ni memang lembek terus...rupanya melawan juga...macam tu la anak jantan, orang tanya jawab! bukan dok diamm jer....:) tapi walaupun kenyataan dah keluar, orang ramai terutama penyokong Mahader tetap tak akan puas hati punya!...sebab yang jawab tu bukan kau, tapi orang lain...sekarang orang nak kenyataan tu keluar dari mulut kau sendiri....ada faham Mr.Clean(tong)?
aku ada jumpa satu laman web yang pro mahathir.....kalau nak dengar ucapan beliau tempohhari bolehlah beli dalam laman web tu... urlnya: http://www.ourdrm.blogspot.com

Mana Pengerusi OIC?


Iran serang Israel jika bedil Syria TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, berkata serangan Israel ke atas Syria akan dianggap serangan ke atas seluruh dunia Islam yang bakal menyaksikan tindakan balas Teheran secara besar-besaran.
“Ia akan dianggap seperti Israel menyerang seluruh dunia Islam jika ia melakukan satu lagi tindakan bodoh dengan menyerang Syria dan rejim Zionis ini akan menyaksikan serangan balas paling buruk,” kata Ahmadinejad ketika berbual menerusi telefon dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad. “Beliau turut berkata, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mesti menjadi lebih aktif berhubung krisis baru yang dicipta oleh rejim Zionis,” lapor televisyen Lubnan.
(petikan Berita harian)

tauXpe: iskk..iskkk...geramnya aku...hey Dollah! balik la cepat...Yahudi dah giler darah tu! pi la buat sidang tergempar ker! buat desakkan ke PBB(Yahudi kuasai juga), panggil negara Islam kumpulkan tentera ke....cukup la tu pi melancung....Apa la peranan kau sebagai pengerusi OIC jika hanya sekadar nama? Aku cadangkan bubarkan jer OIC jika kau serta seluruh negara Islam tak dapat buat apa-apa untuk selamatkan orang Islam dari di sembelih oleh Amerika dan Yahudi laknatullah..kalau aku cakap kau bacul, kasar pulak dengarnya...ok la..aku gelar kau Pengerusi OIC yang tak ada teloq..ok tak?

Friday, July 14, 2006

'Kodomo Lion' lagi....


PUTRAJAYA 13 Julai - ‘‘Saya tidak hidup dengan pasir dan saya harap orang tidak masukkan pasir dalam hidup saya,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menafikan khabar angin bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat yang menjual pasir kepada Singapura

‘‘Saya suka mempunyai wang yang banyak tetapi saya akan pastikan wang berkenaan adalah sah dan tidak melibatkan perkara buruk atau bertentangan dengan undang-undang atau rasuah, jadi kita boleh hidup senang,” katanya. (petikan Utusan Malaysia)

tauXpe:...aku tak nak ulas banyak, tapi orang kota tinggi tak akan lupa masa pilihanraya yang lepas di mana 'kodomo lion' melalui anjing-anjing telah merasuah calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen tempat beliau bertanding supaya beliau dapat menang kerusi tersebut.....sudahlah...botak...pegi jahanam dengan kau!!

Orang Umno Gelar Syed Hamid 'Kodomo Lion'

Syed Hamid juga kelihatan tidak mampu menjawab satu soalan "nakal" daripada ahli yang sama mengenai percutian Datuk Seri Abdullah Badawi. Ketika ditanya mengapa Abdullah Badawi bercuti ketika rakyat Palestin sedang dibedil oleh Palestin sedangkan beliau merupakan Pengerusi OIC dan NAM; Syed Hamid menjawab bahawa percutian tersebut telah lama dirancang. Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan hadirin yang sebelum ini dimaklumkan oleh Pejabat Media JPM bahawa Perdana Menteri bercuti untuk menjalani pembedahan resdung. Jika isu semacam ini pun gagal ditangani oleh Menteri Luar, nyatalah ia membangkitkan kemarahan pimpinan UMNO peringkat Bahagian. (petikan blog cuit sikit)

tauXpe: ka...ka..ka...ambik kau! Buat malu orang Johor jer...itu baru kena kutuk dengar orang UMNO sendiri..belum lagi masyarakat antrabangsa....Itula kalau berketuakan pemimpin yang tak ikut Islam, bukan sahaja musuh tak gerun....Pengikut sendiri pun dok peleceh, kutuk, maki hamun...hehehe..aib...aib...aib..( kata-kata dari satu segmen di Selamat Pagi Malaysia di TV1) Pada aku, apa pun gelaran yang di beri pada anak singa 'botak' ni, itu tak akan mengubah keadaan..kalau dasar UMNO tu masih di pertahankan..nasib kau la Hamid.....anak singa umno yang di gelar kodomo lion oleh orang UMNO sendiri.. :)

Thursday, July 13, 2006

Abdullah dan Mahathir Nyaris Rentung!!

MELAKA: Tiga beradik berusia tiga hingga tujuh tahun termasuk seorang yang menghidap leukemia nyaris rentung apabila rumah mereka di Padang Temu, dekat sini, terbakar, pagi, semalam ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.
Ketiga-tiga mereka, Abdullah Ahmad Badawi, 7; Azaharin, 4 dan Mahathir Mohamad Abdul Rahman, 3, dikatakan ditinggalkan di rumah bersendirian selepas bapa mereka keluar bekerja manakala ibunya pula menghantar dua anak lain ke sekolah dan tempat kerja.(petikan Harian Metro)

tauXpe: hehehe....ingatkan mamat dua ekor ni yang nak kena bakar... :) tapi apa pun kami di sini nak ucap takziah la pada mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut.....

Hukuman Memakai Serban dalam Negaraku Islam Hadhari

‘‘Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian,” kata Abdul Hamid. (petikan Utusan Malaysia)

tauXpe: .........................huh! beristighfar panjang bila aku baca berita tuh! rasa macam nak tempeleng jer pada siapa yang cakap tu.....iskkkk nama jer hakim, tapi jahil murakab..dasar hakim sekular laknatullah!!...opss maaf terover sikit, lupa lak aku sekarang berada di Negara Islam Al-Hadhari Wal Sekular.

Cuba kau orang baca petikan ni dan fikirkan sejenak:...... but the reason all practicing Sikhs wear the turban is just one - out of love and obedience of the wishes of the founders of their faith.(http://www.sikhcoalition.org/Sikhism11.asp) bermaksud dalam agama sikh pun pakai serban tu bukan wajib! cuma lambang jer....tapi kenapa orang sikh boleh pakai serban ke sekolah? bodo punya hakim... aku malas nak cakap pasal hukum pakai serban dalam Islam..nanti lagi naik darah aku!