Saturday, May 20, 2006

SEPERTI TIKUS MEMPERBAIKI LABU !


Kerajaan telah mengambil tindakan "menasihatkan" beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya meletak jawatan kerana gagal mencapai prestasi yang dikehendaki.
( Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Helmi Yahaya-Petikan daripada BERNAMA)

Inilah budaya yang ada kat negara ni.. bila dah berlaku sesuatu jer mesti kena cari sorang untuk dikambing hitamkan.. aku tahu memang tak dinafikan ada CEO GLC ni hampeh lagi menghampehkan.. itu tak dinafikan.. tapi ada juga yang OK.... even ada yang sebelum tu pernah develop company yang ada listing di bursa saham tapi last2 bila pegang GLC kerajaan terus jadi tak OK.. agak2 kau tahukan sebab apa.. ni semua sebab campur tangan politik.. mcmana GLC nak maju.. kalau bila ada event tak de orang nak sponsor.. suruh CEO pump masuk duit.. baru nak maju habis ditebuk-tebuk khazanah GLC.. mcmana nak berdaya saing.. bukan satu rahsia lagi mcmana UMNO dek kerana depa memerintah depa pakat suruh pengurus2 cawangan GLC mcm GLC tu reta pusaka diaorang.. UMNO nak buat program hantar surat.. nak baju hantar surat.. nak p'raya hantar surat.. itu tak kira yang main tender.. calling2 jer terus dpt walaupun bid harga mcm hampeh... masalah pada GLC ni bukan sepenuhnya sebab CEO tapi the major problem is politic.. politic kalau dah haru biru.. buat reta kerajaan mcm reta pusaka keluarga dia lantik bill gate, donald trump dan jeffrey bezos jadi CEO pun pun lingkup juga.. ! tauXpe

TOK AYAH LAH SEMAKIN CUAK !


"Kita kena kaji kekalahan bagi kawasan bandar yang memberi banyak kemenangan kepada pembangkang. Buat analisa betul-betul secara menyeluruh"
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan BERNAMA)

Tok Ayah Lah.. tak pe ler.. tok ayah lah tak yah kaji.. kawan kajikan untuk tok ayah lah.. mudah jer tok ayah lah.. kawan tanya tok ayah lah.. first pengundi kat bandar ni biasanya sape..? Mesti orang yang cerdik pandaikan.. kalu tak pun depa semua tu ada akses kepada maklumat.. kira depa ni boleh berfikir ler tok ayah lah.. so jawaban dier satu jer.. bila rakyat dah makin cerdik dan pandai depa mula muak ngan janji2 kosong parti tok ayah lah.. depa tau butir yang kuar daripada juak2 tok ayah lah yang ada kat sana masa kempen tu.. semuanya cakap BULAK !.. dan konklusi mudahnya ialah semakin bijak rakyat semakin ler tak relevan parti tok ayah lah.. ada faham..! kalau tak faham buat2 jer faham atau konon2 faham.. ! tauXpe

PELIK TAPI BENAR !

Apa sebenarnya yang kau orang perlu tau tentang apa yang berlaku pada TNB ?
  1. Perjanjian konsensi ngan IPP yang dikatakan sebab mengapa TNB perlu naikkan tarif elektrik adalah perjanjian yang dipaksa. Sebelum daripada ini TNB mempunyai stesen kuasa sendiri tetapi disebabkan KEBIJAKAN, KEPINTARAN, KEPANDAIAN dan KEWIBAWAAN kerajaan umno darul hadhari TNB DIPAKSA untuk membuat perjanjian dengan IPP yang terdiri daripada antaranya YTL.. kau orang tahukan sape YTL ni... antara sebab yang diaorang cakap kenapa TNB perlu beli elektrik ngan IPP ialah CARA ITU LEBIH MODEN DAN MAJU.. depa kata cara TNB ada janakuasa sendiri adalah lapuk org dah tak pakai lagi cara tu... sendiri mau ingat !
  2. Antara butir perjanjian dengan IPP ni ialah TNB dikehendaki membayar kepada penyagak-penyagak ni SECARA TUNAI...SETIAP MINGGU ! kau nampak tak sengal tak sengalnya perjanjian dengan IPP yang secara jelas adalah proses penyedutan wang rakyat kepada kroni.. sendiri faham dah ler !
  3. Perjanjian selama 25 tahun ni TIDAK BOLEH DISEMAK KEMBALI ! Ini lagi satu kecerdikan dan kewibawaan pemerintah UMNO ! Cerdik..! Cerdik..! Anak sapa ler tu..!
  4. Lepas tu pasal kenaikan yang depa kata nak tangguh untuk kaji.. kalau ada sapa yang percaya cakap depa tu.. memang ler org tu tak berakal.. sebenarnya kerajaan dah buat keputusan tapi depa cuma tangguhkan pengumuman saja.. kalau kau orang tak caya kau orang tanya ler pegawai2 kat TNB tu...kau orang tunggu jer ler.. !
  5. Ada orang UMNO kata itu salah che det sebab perjanjian itu dibuat ketika che det jadi PM.. yer betul.. tapi aku nak tanya sikit masa tu tok ayah lah.. tok jib.. dan segala tok serigala yang ada sekarang ni tak de dlm kabinet juga ker.. apa depa buat.. tidur ker.. ? Salah che det betul.. tapi salah yang lain tu nape tak tegur.. takut.. amboi sekarang ni nak lepaskan diri semua salah letakkan kat che det.. mudah betul ! tauXpe

POSTER GEREK..ambik ler sebarkan !

MAAFKAN KAMI ! MAAFKAN KAMI ! ( laguKAN iKut LaGu p.Ramlee YeR !)

assalamualaikum..
Sorry semua... aku bagi pihak semua mereka yang terlibat didalam tauXpe memohon maaf kerana berlaku sedikit delay dalam mengemaskini berita semalam. Kita orang semua ni aktivis parti so semalam ada ceramah.. biasaler beb jaga parking dan keselamatan!
Beramal Ikhlas Kerana Allah !
randomsz ( senyapsenyap@yahoo.com)

DIN MAIDIN YANG BEST TAPI HAMPEH !


Pembukaan hub Al-Jazeera International untuk rantau Asia di sini membuktikan keyakinan dunia kewartawanan antarabangsa terhadap kebebasan media di negara ini.
(Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin-Petikan daripada BERNAMA)

Yolah kau.. ekau ajelah hebat.. ekau ajerlah yang bagus.. takde org lain lagi yang bagus selain daripada ekau.. ekau sajaler yang mempunyai kebebasan media yang best.. itu yang surat khabar NST kutuk nabi kau buat tak tahu jer.. sebab bebas ler tu.. kau din maidin.. kau cakap mcmana pun kau ingat org nak percaya.. tok sah harap.. org umno pun meyampah nengok muka kau.. kau tahu.. jangan kau ingat kau pegang RTM kau dah hebat.. hampeh.. kau tak sedor yang org umno kat bawah ni menyampah nengok kau ampu tok ayah melampau sangat.. !tauXpe

YA ALLAH KAU HANCURKANLAH MEREKA SEPERTI MANA KAU HANCURKAN FIRAUN..AMIN!


Penganjur forum umum bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan kekecohan akibat demonstrasi orang ramai sebenarnya tidak mempunyai permit polis untuk menganjurkan acara berkenaan.
(Petikan daripada BERNAMA)

Kau nengok ler sendiri.. kalau pembakang buat program tak de permit.. dengan FRU turun.. tapi bila puak2 yang nak mengentam islam buat program tak de permit pun menteri sokong.. siap benatang sekor yang perangai mcm abdullah ubai tu kutuk pulak org yang demo.. ceh cakap jer lah kau orang tu sebenarnya anti kat islam.. tak yah ler nak selindung2.. tak yah ler nak guna nama yang pelbagai.. islam hadhari ler.. islam liberal ler.. sudahlah beb.. gua senang cakap gini beb.. gua serah lu dengan seluruh kerabat lu yang tak henti2 hina islam tu kepada Allah selagi mana kau orang tak bertaubat dan betulkan balik segala kerosakan yang kau dah buat ! kita orang kutuk yer tak de apa2 punya.. tak luak punya pada kau.. tapi kau orang tunggu jerlah kutukan daripada Allah..! tauXpe

MASIH TERSERLAH PEMBELIT MU !


Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh Datuk S. Subramaniam menikam beliau dari belakang dan berkata muslihat timbalannya itu sudah terbongkar dan kini tiba masanya untuk beliau bertindak balas
(Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan daripada BERNAMA)

Perang ! War !Kill ! Die ! Death !.. ceh menyampah aku.. itu aje ler keja kau orang.. bergaduh tak habis2 mcmana masyarakat india nak maju.. siap kuar kat tv pepagi buta buat muka sedih nak nangis.. ceh konon nak tiru che det ler tu..! beb kau buat muka mcmana pun.. muka penipu dan pembelit kau tu tetap terserlah.. tok sah lah nak berlakon.. kau orang ingat org M'sia khususnya org India ni bodoh sangat ker nak percaya lakonan kau.. ceh.. apa.. apa.. konon baik hati ler tu siap offer nak buka balik pertandingan kalau subra nak lawan kau.. ceh sudah lah.. kau, subra, surat khabar tu.. sama jer.. sama2 hampeh.. ! kau orang gaduh ler.. teruskan gaduh.. sekarangkan musim nak bergaduh..umno bergaduh..kau bergaduh.. lepas ni mca pulak.. biar hancur lebur BN tu.. jgn takut tukang soraknya ramai.. aku tukang tonton dah ler..!tauXpe

WE COME IN PEACE ! PEACE KEPALA HOTAK KAU !


Angkatan Tentera Laut Pasifik Amerika Syarikat akan meningkatkan kekuatannya dengan menambah jumlah kapal selam dan kapal pengangkut pesawat bagi menjamin keselamatan di rantau itu.
(Petikan daripada BERNAMA)

Dia datang dengan janji manisnya ! itu dia.. dia dah mai dah.. apa nak jadi pada kerajaan2 dirantau asia pasifik termasuk negara kita ni pun tak tahu.. depa boleh percaya sangat janji ameriika yang kehadiran mereka tidak akan mencabuli kedaulatan negara rantau sini.. aku negara lain susah ler aku nak tegur tapi negara ku yang islam hadhari ni aku kena tegur.. nak kena juga tanya pada tok jib sebagai defences minister apa ke heh nya ni.. ? tok jib tak sedar ker atau buat2 tak sedar.. dengan keadaan yang berlaku di negara arab.. mula2 amerika dtg mcm ni ler.. awalnya cakap nak jaga kepentingan amerika kat rantau tu.. lepas tu buat pengkalan tentera.. lepas tu apa jadi ? satu demi satu diorang jajah negara arab.. tok jib agenda amerika untuk menguasai minyak dinegara arab hampir selesai tinggal Iran jer tu.. jgn pulak tok jib dan ketua2 negara asean yang lain lupa kat rantau ni minyak bersepah lagi.. kat brunei.. kat malaysia.. ingat2 tok jib.. depa dah dtg dengan tentera.. lepas ni depa dtg ngan FTA pulak.. lepas agak2 tok jib apa ? jgn ler fikir sempit tok jib.. ! sebagai future prime minister tok jib kena fikir jauh.. apa kesannya kita baik no ngan amerika ni.. betui untuk ekonomi bagus.. tapi apa guna ekonomi bagus kalau negara kita jadi mcm balaci amerika ! jangan main apai tok jib! tauXpe

SATU LAGI KEJAYAAN SISTEM PENDIDIKAN DIBAWAH KERAJAAN ISLAM HADHARI !


Seorang daripada 10 pelajar yang dipercayai terbabit melakukan perbuatan khianat dengan membakar buku dan menconteng serta merosakkan kemudahan sekolah di Sekolah Menengah Mantin, dekat sini dua hari lepas, dikenal pasti sebagai dalang kejadian itu.
( Petikan daripada BERNAMA)

Tahniah ! Tok Cham dan Tok Ayah Lah.. tahniah ini adalah bukti kepada kejayaan sistem pendidikan dibawah kerjaan islam hadhari.. melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segenap segi ! hebat.. dari bab ni memang kawan respect giler kat kerajaan islam hadhari.. setanding amerika.. kena beri penghargaan ni.. penghargaan kerajaan terhampeh didunia! boleh gitu ! tauXpe

Friday, May 19, 2006

APA KE HEH !


Sarawak beruntung kerana mempunyai barisan kepimpinan yang beramanah
( Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Aziz Shamsuddin-Petikan BERNAMA)

Fuh.. memang amanah.. tu yang amanah sangat tu sampai PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd dan Naim Cendera Bhd yang ada kaitan ngan tok ketua menteri dapat keuntungan RM67.6 juta tanpa perlu membuat apa-apa kerja dlm projek Kompleks Undangan Negeri Baru di Kuching.. fuh memang amanah. ! betui ler tok jizdin depa ni semuanya amanah.. amanah taik kucing ! tok jizdin nak buat kelakor pun jangan ler sampai jadi lawak lucah kan ker payah! ceh..!tauXpe

FLYING DUMB HEAD SQUAD !


Kementerian Kerja Raya akan membentuk "flying squad" bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) disiapkan mengikut jadual.
(Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan daripada BERNAMA)

Itu dia.. flying squad wa cakap lu.. ini kira2 mcm superman ler.. agak2nya kerja dia bila ada mana2 jejambat yang nak runtuh sebab tersalah design.. depa ni ler pakat tahan jgn bagi runtuh.. lepas tu kalau ada tanah yang nak runtuh depa ni semua ler yang pakat kambus balik.. almaklum ler flying squad.. hebat.. negara ku darul hadhari ni memang dari segi idea memang hebat.. tapi bila bab nak buat itu dia hampeh semuanya.. Ni dah terlanjur tok sammy tubuhkan flying squad aku nak cadangkan kat BPR ler cuba2 pulak buat flying kiss ker kat tok sammy.. tak pun hantar flying letter ker.. lagi best kalau hantar flying penguatkuasa.. baru berflying segalnya.. ! hehehehe ! tauXpe

WOI BUSUK WOI !


Kementerian Penerangan akan menggantikan pegawainya yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik dalam usaha memantapkan sistem penyaluran maklumat kementerian selaku media rasmi kerajaan
(Datuk Zainuddin Maidin-Petikan daripada BERNAMA)

Betui tu tok zam maidin.. aku sokong dan kalau kau setuju aku ada senarai yang patut kau pecat.. dlm senarai aku ni tak banyak sorang jer.. kau tahu sapa.. ah ni aku nak bagi tau.. kau ler orangnya.. kalau ada org yang paling layak untuk dipecat daripada Kementerian Penerangan.. kaulah orangnya... kaulah yang paling hampeh dan paling tak layak nak pegang jawatan Kementerian Penerangan.. entah apa2 entah yang kau dah buat di kementerian tu.. haru biru aku nengokkan.. kalau dulu memang semenjak azali agensi bawah kau khususnya RTM tu menjadi penjilat kerajaan.. tapi sejak kau pegang ni aku nengok makin meluat pulak.. bukan jadi penjilat kerajaan.. lebih teruk lagi kau salah guna RTM untuk personal agenda kau.. ceh apa kejadahnya kalau setiap hari kau lambung tok ayah lah melalui pelbagai program baru yang kau wujudkan tu.. kalau bukan untuk mengampu tok ayah lah.. sudah2 ler tu tok zam maidin.. orang nengok kau jer dah menyampah.. lagi ler kalau kau buka mulut.. ceh segala kebusukan, ketegikan dan kehampehan politik kau tu semakin buat org benci kat umno...! tauXpe

NASIHAT DARIPADA SEORANG YANG SEPATUTNYA DINASIHATKAN ! CEH !


"Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu hari Jumaat memberikan "nasihat daripada seorang sahabat" kepada calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri kawasan Pujut, Fong Pau Teck kerana berkempen di tepi jalan"
( Petikan daripada BERNAMA)

Woo.. sudah pandai beri nasihat pada worang ye.. apa "nasihat daripada seorang sahabat".. ah ni aku pulak nak nasihatkan kau...ini kira samalah mcm "nasihat daripada seorang sahabat" juga.. yang kau sibuk apasal.. kau tu jaga kementerian kau yang haru biru tu.. lepas tu.. kau punya MIC tu kau jaga bebetul.. jgn dok sibuk nak jaga hal orang.. dia punya parti pun dah huru hara lagi sibuk nak jaga hal orang lain.. tok sammy woi.. selama ni masyarakat india anggap kau mcm dewa tapi apa yang kau dah buat untuk diorang.. jgn kata nak majukan.. kau hancurkan lagi adalah.. ceh nak nasihatkan org konon.. cakap pun tunggang terbalik ada hati nak nasihatkan org.. asparagus punya menteri !tuXpe

TOK CHAM.. TOK CHAM !


"Sebab itu tadi kita dengar sendiri bagaimana (Menteri Pelajaran) Datuk (Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) memberitahu kita bahawa beliau sekarang turun padang untuk melihat sendiri sistem pendidikan di Sarawak ini, dan saya sebagai saksi, akan memastikan beliau melaksanakan janji itu,"
(Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan BERNAMA)

Tok Jib awatnya pecah temberang tok cham sampai tu sekali.. sian tok cham.. teruk ler tok jib ni.. awatnya cakap lagu tu.. kan orang dah tau yang tok cham selama ni tak pandang pun masalah pendidikan di S'rawak baru ler ni nak turun padang.. itu pun masa p'raya ! Ceh hampeh betui.. agaknya sebelum dia buat apa pun tak tahu ler.. Oh ye..! lupa... tok cham sibuk sebenarnya.. apa ler aku ni tak baikkan kata tok cham tak buat apa2 kat kementerian.. ada sebenarnya dia buat... kalau kau orang nak tahu tok cham kita ni sebenarnya sentiasa sibuk mengarang retorik untuk dijawab bila rakyat bangkitkan masalah sistem pendidikan kita yang hura hara dan haru biru... woi susah tu kerja tu..! kau orang ingat senang ker nak putar belitkan ayat jadikan mcm ada isi walaupun sebenarnya kosong.. susah wo ! itu untuk karang tu mahu makan 4 tahun baru siap ! betul tak tok cham.. tak pe ler tok cham... tok cham relax jer kat pejabat tu.. siapkan karangan tu.. biar kerja2 politik pemuda serahkan kat khery.. lepas tu soal2 lain tentang isu pendidikan tu.. biorkan jer.. biorlah ramai cikgu yang mengganggur.. bior kan jer ramai pelajar yang kantoi math dan sains sebab belajor dlm bahasa inggeris.. biorkan jer.. Lagi satu tok cham sambil duduk2 tu fikirkan sekali tahun depan nak buat apa.. apa sistem baru yang nak diperkenalkan.. atau mungkin nak tukar subjek ker.. aku nak cdgkan satu boleh tok cham.. apa kate sejarah malaysia yang diorang dok belajar kat sekolah tu kau kasi tukar.. jadikan sejarah umno.. jadikan matapelajaran teras.. sapa tak lulus kira fail semua ! amacam tok cham.. ok tak !tauXpe

BRAVO ! BRAVO ! MALAYSIA KU YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. JANGAN TERKANGKANG SUDAH LER !

Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun ditahan setelah disyaki terlibat dengan kegiatan sindiket perjudian loteri haram membabitkan nilai hampir RM1 juta di Seberang Perai semalam.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Waduh.. hebat sungguh negara ku.. negara ku yang islam hadhari.. ! amacam tok ayah lah .. kira best ker benda ni.. mesti bestkan.. boleh jadi model untuk generasi muda islam hadhari yang akan dtg ? tak pun boleh ler diberikan anugerah.. anugerah Malaysia Terbilang..! Boleh no tu tok ayah lah.. kira satu pencapaian yang sangat cemerlang tu.. kira jutawan termuda kat M'sia ler tu..! tauXpe

BUKAN APA2 SEKADAR RENUNGAN !

Cuba kau perhatikan imej yang aku paparkan diatas..Q33 N Y adalah nombor pesawat yang melanggar World Trade Centre pada 9/11 dan apabila jenis fontnya ditukarkan kepada WINGDING lihat apa yang terhasil.. mungkin ianya kebetulan.. tapi aku saja paparkan untuk renungan kau orang.. kau fikirkan yer ! tauXpe

Thursday, May 18, 2006

BIOTEK PUNYA CERITA !


Penggunaan kaedah bioteknologi dalam sektor pertanian negara kini semakin berkembang pesat dan manfaatnya semakin dirasai oleh petani kecil luar bandar
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi- Petikan BERNAMA)

Betui ler tok ayah lah.. betui sesangat ler tu.. dan kawan rasa kes kat penanam pelam kat perlis tu mesti manfaat dari biotekkan.. sampai depa pakat pegi buang jer pelam tu.. hehehehe.. jgn marah ye tok ayah lah.. perli sikit jer.. kawan bukan apa tok ayah lah.. cek nak kenalkan apa teknologi pun bagus ler.. tapi kalau pakai biotek.. market tak de.. rega makin mahal.. tak guna juga.. tok ayah lah tak usah gi Amerika atau Eropah.. pi belajaq kat thailand pun dah cukup.. mcmana dia pi guna biotek dengan dlm masa yang sama depa dpt marketkan hasil pertanian mereka.. sampai tak terlawan petani kita.. dah lah lagu tu.. siap bagi rega murah habis.. pi ler belajaq kat depa.. depa dah lebih kedepan daripada kita.. jgn dok cakap cakap jer.. dan one more think tok ayah lah.. dah terlanjuq citer pasal pertanian ni.. kawan nak tanya sikit.. agak2nya petani kita ni dah ready ker nak berdepan ngan FTA..? Kalau buah mempelam thailand pun kita tak boleh lawan.. agak2nya mcmana depa nak berlawan ngan hasil pertanian drpd Amerika tu.. ish.. ish...ish... lagu mana yek ? tauXpe

TOK JIB TOLONG JAWAB SIKIT !


Status Selat Melaka sebagai "kawasan berisiko tinggi untuk perkapalan" dijangka dibincang pada Persidangan dan Pameran Maritim dan Logistik Asia ke-4.
(Petikan BERNAMA)

Hai ni yang pelik ni.. baru sat tok jib cakap Amerika puas hati ngan tahap keselamatan di Selat Melaka.. ni nape pulak tiba2 Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (Masa) dok kata depa sedang berusaha untuk mengeluarkan Selat Melaka daripada kategori "kawasan berisiko tinggi untuk perkapalan" bagi mengelakkan kadar premium yang tinggi yang dikenakan oleh syarikat insuran antarabangsa.. mana satu yang betul ni.. tok jib ke Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (Masa) ni.. sapa yang pembulak ni ? kalau tok jib kata Amerika dah puas hati takkan ler syarikat insuran antarabangsa tu tak percaya ngan cakap Amerika.. jangan2 tok jib bulak tak ? tauXpe

LAH AGAKNYA BARU TAHU !


Keganasan tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam walaupun tindakan keganasan yang berlaku kebelakangan ini banyak membabitkan orang Islam.
(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Musa Hassan-Petikan BERNAMA)

Tahu tak pe.. kau sepatutnya cakap benda ni kat pemimpin2 kau tu.. yang dok sibuk kata orang Islam dengan label pengganas.. aku nak tanya sikit kat kau... sapa yang dok kata SAR adalah sarang militan ? Sapa yang dok pukul canang guru2 kat SAR ajar murid depa jadi teroris ? dan sapa juga yang dok asyik melalut kata mereka yang nak kat Islam sebagai penganas.. depa tok musa tu pemimpina kau yang kat atas nun.. kau sedarkan depa semua tu.. yang dok kerana nak mengekalkan pangkat dan reta mereka sanggup tabur fitnah terhadap Islam.. kau sedar kan depa semua tu.. cakap kat mereka yer hari ni mereka lepas.. tunggu ler satu hari nanti bila mengadap ke tuhan.. ah jawab ler sendiri.. cakap kat mereka juga tu.. ingatkan mereka bahawa selagi ada kesempatan ni.. betuikan balik semua kerosakkan yang depa dah buat.. !tauXpe

JANGAN MAIN API TOK JIB !


Amerika Syarikat terus melahirkan rasa puas hati dengan peranan Malaysia mengawal keselamatan Selat Melaka.
( Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan BERNAMA)

Peduli apa kita orang Amerika puas hati ke tak.. sejak bila pulak Amerika ada hak untuk memberi komen terhadap cara dan kaedah kita mengurus kedaulatan kita.. ah tok jib.. dan sejak bila pulak kita kena report kat Amerika pasal keamanan Selat Melaka.. sapa depa untuk menilai samada puas hati atau tidak.. depa tu tuan kita ker tok jib.. yang tok jib sampai rasa gembira sangat bila Amerika kata dia orang puas hati dengan keamanan di Selat Melaka.. kita sebagai negara berdaulat tak perlukan pengiktirafan Amerika terhadap tanggunjawab kita untuk menjaga keamanan.. tak tahu pulak kalau tok jib dan kengkawan tok jib di kabinet tu ada buat hidden agreement ngan Amerika sampai nak kena berlutut minta pengiktirafan Amerika.. ! Jangan main api tok jib.. ! Jangan jadikan negara ni talibarut Amerika.. ! Jangan jadikan negara ni tunduk kepada penyokong Zionis nombor satu di dunia tu.. ! tauXpe

TERUSKAN PERJUANGAN CIKGU !


Kementerian Pelajaran membuat tawaran penempatan segera kepada graduan Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang masih belum menerima tawaran sebelum ini.
( Petikan daripada BERNAMA)

Hah.. nampakkan.. jelaskan.. sebenarnya kes guru2 menganggur ni bukan sebab apa.. sebab depa kat kementerian tu tak buat kerja.. bukan tak de kekosongan.. ada.. cuma depa ni dah kena ketuk kepala baru nak ingat.. Syabas dan tahniah kepada cikgu-cikgu kita yang berani untuk tampil kedepan untuk menyedarkan kementerian yang selalu dok mudah lupa.. almaklum ler melayu kan mudah lupa.. nak kena ketuk selalu..! tauXpe

TAHU TAK PE !


Penjawat awam yang bertanggungjawab membuat keputusan, tidak harus berasa tertekan dengan sebarang permohonan atau permintaan daripada orang kenamaan atau yang mendapat sokongan pihak tertentu.
(Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman-Petikan BERNAMA)

Cakap memang mudah tok din seman.. org mcm tok din seman yang ada link kat ngan org atas boleh ler cakap tak tertekan.. tapi bagi pekerja2 yang kat bawah tu.. yang tak kenal sesapa.. bila dpt surat sokongan mcm tu lagu mana.. itu belum lagi yang susul ngan call dan dtg sendiri.. sepatutnya orang2 kenamaan tu yang perlu dihalang buat lagu mcm tu.. depa semua yang patutnya diberi amaran dan diperingatkan supaya jgn menggunakan pangkat depa untuk kepentingan pihak tertentu.. atau kepentingan depa sendiri ! Orang kat bawah tu apa dia orang boleh buat kalau org2 kenamaan yang tak sedar diri tu buat lagu tu.. depa cuma fikir dari kena maki hamun baik buat jer.. aku sebenarnya sokong apa yang kau cakap tu tok din seman tapi saranan tu lebih tepat sepatutnya ditujukan kepada VIP yang kemaruk dan gila kuasa tu.. buanglah budaya mengkambing hitamkan pejawat2 awam kat bawah sebab perilaku buruk VIP yang tak senonoh tu.. ! Kalu tok din seman betul2 jujur dan ikhlas gini je lah tok din seman.. buat satu pekeliling yang mengarahkan pegawai2 kerajaan untuk gugurkan serta merta sebarang permohonan atau apa saja yang menggunakan pengaruh pihak lain.. ! Baru betul..! Lepas tu kerajaan kena wujudkan satu etika untuk menghalang puak2 vip daripada memberi sebarang sokongan kepada mana2 pihak.. baru fair.. ini setakat cakap mulut.. sesapa pun boleh cakap ! tauXpe

LAYAKKAH MEREKA UNTUK MENGAKU SEBAGAI PEMIMPIN ?


Malaysia akan menghulurkan bantuan kepada kerajaan Palestin yang kini menghadapi masalah kewangan ekoran pemberhentian bantuan kewangan oleh Barat. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata adalah menjadi kewajipan bagi negara untuk membantu rakyat Palestin yang kini sedang menderita.
( Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Bernama)

Lah baru sedar.. baru nak sedar yang rakyat Palestin sedang menderita.. ceh apa punya jenis pemimpin ler ni.. apa ni tok ayah lah.. awak tu pengerusi OIC.. sepatutnya dari awal lagi kau tu dah ambik action untuk bantu rakyat Palestin yang kena tindas dek Zionis tu.. masa meeting D8 apa pendirian yang kau orang dah keluarkan untuk membantu Palestin.. ? Tak guna mengaku diri sebagai negara2 yang sedang membangun kalau isu Palestin pun kau pandang sebelah mata jer.. aku tok ayah sampai ler ni cukup terasa kat hati bila kau cakap kali ni kita tak nak citer pasal Iraq dan Palestin.. kita nak citer pasal pembangunan.. ceh ini ker yang dinamakan pemimpin yang akan menyelamatkan ummah.. jauh sekali tok ayah lah.. langsung tak layak.. cerminkan muka dulu sebelum mendabik dada mengaku sebagai pemimpin ummah.. anak ngan menantu sendiri pun kau tak terjaga.. ada hati nak menyelematkan ummah.. selamatkan anak kau tu dulu daripada IFC dan SIS.. ini tak kau sibuk ke hulu ke hilir citer psl islam hadhari tapi anak kau pergi pakat sokong SIS yang menyokong IFC.. apa hal ! tauXpe

KECERDIKAN TAHAP TAPIR !


Kementerian Pelajaran akan melatih semula siswazah pendidikan yang masih menganggur bagi mengatasi masalah kekurangan guru dalam opsyen-opsyen kritikal.
(Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein-Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Itu ler cerdik namanya.. cerdik jenis ni biasanya budak2 muda panggil cerdik tahap tapir.. tak pun tahap cipan.. apa tak cerdiknya.. tok cham kita ni mcm baru semalam pegang kementerian.. mcm tak tahu apa2.. septutnya dari awal lagi dah mereka semua ni diserap masuk.. ini bila orang dah mengamuk siap pergi jumpa tv baru sibuk nak serap masuk untuk dilatih balik.. kan ke dah merugikan masa dan tenaga tu.. bab merugikan duit tu dah tentu dan confirm punya.. lagi satu.. tok cham kita ni.. dia dah tahu dah ada sesetengah kursus tu memang dan terlebih-lebih jumlah gurunya.. tapi setiap kali intake depa tawar balik kursus tu.. terima pulak bebudak yang mohon kursus tu.. kan ker cerdik namanya tu.. dah tahu dah ada guru yang lebih daripada cukup untuk kursus2 tertentu, tetapi terima lagi permohonan lepas tu bila bebudak tu jentik sikit nak peringatkan kementerian yang diaorang tengah kebulur kerja.. marah.. cakap diaorang tak reti pilih kursus ler.. itu ler .. ini ler.. mcm-mcm.. apalah nasib negara ni dpt menteri pelajaran yang kecerdikannya boleh dikategorikan kecerdikan tahap tapir ! mcmana nak bertanding naib presiden next umno asembbly ni tok cham.. kata nak jadi PM tapi kalau cerdiknya tu lebih sikit jer daripada seladang mcmana tok cham ! tauXpe

LAH NAK TUKAR LAGI !


Sistem peperiksaan nasional yang kini terlalu `menyeksakan' dengan mata pelajaran yang banyak akan diubah.
( Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Entahlah aku pun tak tahu apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita ni.. aku bukan tak sokong nak ubah sistem peperiksaan sekarang yang menjadikan pelajar kita hanya mensasarkan kecemerlangan dlm peperiksaan saja.. aku sokong.. memang dah lama pun org desak agar sistem pendidikan kita ini direformasikan bagi melahirkan pelajar yang benar2 berkualiti.. tapi yang aku dok pening ni ialah.. sejak 10 tahun kebelakangan ni.. sistem pendidikan kita ni dah mcm fun fair jer.. bila rasa nak tukar.. depa tukar.. rasa ni tak sesuai.. tukar jadi mcm tu pulak.. naik sorang menteri bawah idea ni tukar lain pulak.. ganti pula dengan menteri lain.. tukar sistem lagi ! Dulu kecoh pasai sistem sijil terbuka.. yang kononnya akan melahirkan pelajar yang seimbang antara akademik dan kemahiran.. lepas tu kenalkan pengajaran Math dan Sains dalam Inglish... ler ni nak ganti sistem lain pulak.. Depa ni buat sistem pakai kaedah trial & eror jer.. langsung tak fikir kesan langsung kepada pelajar.. ! Entahlah.. ! tauXpe

SATU LAGI PROJEK P'RAYA DIRASMIKAN !


Sebuah lagi jambatan panjang akan dibina di Sarawak, kali ini jambatan sepanjang 1,240 meter merentangi Sungai Lebaan di Bawang Assan. Jambatan itu lebih panjang daripada Jambatan Sungai Rajang sepanjang 1,220 meter, di Hulu Lanang yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Fuh.. sepanjang tempoh p'raya ni aku rasa dah beratus perasmian projek dilakukan.. dah mcm pesta pulak.. aku dok teringat masa kat Lunas.. kat Pendang pun sama.. bermcm-mcm projek depa pakat lancar.. pecah tanah sana.. pecah tanah sini.. panggil menteri sana.. panggil menteri sini.. boleh kata setiap hari ler ada aja rasmikan projek baru.. itu tak termasuk yang JCB, Bulldozer dan lori mengangkat tar yang sibuk siang malam menurap jalan.. sampai jalan tak rosak pun depa tampal juga tu.. tapi yang dok peliknya mcm kat Lunas.. habis jer p'raya tup-tup semua hilang.. projek yang dah dirasmi pun tinggal signboar jer.. ini ler budaya politik murahan BN... time p'raya semuanya boleh dibuat.. tapi bila lepas p'raya batang hidung pun susah nak nampak.. kan ke hampeh namanya tu !tauXpe

BICARA MULUT DARI MINDA BERKELAS RENDAH !


"Universiti awam perlu lebih agresif mengkomersialkan penemuan mereka."
(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan daripada BERNAMA)

Jangan macam tu tok jib.. itu bukan budaya penyelidik dan ipt yang tulen.. seorang penyelidik yang tulen takkan asyik dok ingat nak komersilkan jer setiap penemuan yang diperolehi.. sepatutnya penemuan2 depa yang kat ipt tu perlu dimanfaatkan untuk kepentingan umum.. kita tak nak nanti ipt dan seluruh warganya hanya memikirkan soal pengiktirafan dan fulus... bila benda ni berlaku.. soal penyelidikan bukan lagi soal tentang keperluan umum tapi soal berapa RM yang akan masuk ke saku mereka.. maka kesannya nanti apa yang sepatutnya memberi manfaat kepada masyarakat dan dapat dinikamti dengan kadar yang murah bila dikomersilkan akan menjadi berlipat ganda.. ! Dan satu lagi skop penyelidikan juga akan dikecilkan hanya pada bidang2 yang memberi pulangan RM yang besar...!Cerdik sikit ler tok jib.. kecemerlangan ipt dinegara luar negara kebanyakkannya bukan dinilai berapa juta ringgit yang mereka dpt daripada penyelidikan tetapi dinilai daripada berapa bermanfaat kajian mereka kepada manusia.. baru ada nilai.. baru ada rasa hormat !tauXpe

BILA ANWAR BERDEHEM !


Jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak diminta supaya tidak gelabah dengan kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu jentera parti pembangkang itu berkempen di negeri ini. Kehadiran Anwar sejak beberapa hari lalu tidak sedikitpun mengugat kedudukan BN
( Khairy Jamaluddin- Utusan Malaysia Online)

Aku nak tanya kat kau orang.. biasanya bila orang tiba2 cakap relax jangan gelabah.. biasanya apa situasinya.. situasinya pasti tengah gelabah dan takut.. ye lah orang tak gelabah takkan tiba2 nak suruh jangan gelabah.. tapi yang peliknya tak nak pulak mengaku tu.. ceh.. kalau betul kehadiran Anwar tak memberi kesan diam2 jelah khery oi.. ni bila kau bising2 nampak no ekau tu tengah mengelabah.. alah relax ler khery.. kan ker Anwar tu idola kau.. apa mahu risau... relax ler !.. oh yer kheri nak beritahu kau sikit ni.. itu hari kau dtg ke johorkan.. ni ada budak yang ngiring kau ngadu kat aku depa tak dpt baju ngan topi.. lepas tu duit minyak janji RM20 dpt RM10 jer.. peciter buat malu pak mentua jer !...heheheheh kheri punya nama tok ayah lah yang dpt malu.. !tauXpe

Wednesday, May 17, 2006

AWAS & BERHATI-HATI YER !


Cuba kau orang fikir beberapa hari yang lepas ada ugutan bom melibatkan beberapa bank diibu negara.. dan hari ni banggunan Kementerian Pengangkutan pula menerima ugutan yang sama.. siap beri warning kat menteri supaya berjaga-jaga.. walaupun menteri sendiri kata tak de kaitan dengan politik tapi semua pihak kena berhati-hati ler.. aku bukan nak syak bukan-bukan tapi kau orang ingat operasi Lalang dulu.. dan semua operasi untuk menyejukbekukan pemimpin pembangkang melalui ISA.. semuanya bermula dengan kes-kes macam ni.. terutama bila puak-puak kat atas tu mula dah panas punggung kerana pelbagai isu.. ! Aku tak tuduh sesapa tetapi semua pihak kena berhati-hati.. jangan termakan dengan propaganda murahan yang melulu dan tidak diketahui sumbernya.. jaga-jaga yer !tauXpe

TATKALA JIWA MERINTIH !

Pada setiap titis darah yang menitis dibumi alaqsa
Pada setiap titis 'ain yang merenik jernih air
Pada setiap debu yang berterbangan lalu singgah diwajah
Pada setiap jerit ketakutan
Pada setiap tangis kesyahduan
Ku kalungkan sejutaan
Tahniah...
Kepada OIC
kerana berpendirian tegas untuk
membisukan mulut,
memekakkan telinga
memejamkan mata
membutakan hati
untuk penderitaan rakyat
Palestin !
Iraq !
Afghanistan!
Syabas !

Biar bumi para anbia itu merekah menelan segenap umatnya
Biar alaqsa itu terus-terusan dikencing manusia gila zionis
Biar pergunungan bora-bora itu menelan jiwa kudus
Biar hutan belantara cechen itu menguburkan isinya..
kerana..
OIC itu bukan Sultan Muhamad alFateh
OIC itu bukan Tariq Ziad
OIC itu bukan Jalaluddin alAfghani
OIC itu bukan Khalis alWalid
OIC itu bukan Umar alKhattab
OIC hanya OIC !

randomsz 160506
(tatkala jiwa merintih melihat nasib ummah)

LAGI SATU BERITA RELEVAN TAK RELEVAN !


Industri kereta nasional yang diterajui Proton Holdings Berhad masih lagi relevan dan menguntungkan.
(Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya-Petikan BERNAMA)

Yo lah tu.. selagi mana kerajaan dok kata lagu tu.. selagi tu ler Proton akan kekal mcm tu.. susah sangat ker nak akui yang Proton dari hari ke hari melalui jalan suram.. selagi mana kerajaan menolak hakikat tu.. kerana semata2 untuk menegakkan benang yang basah.. maka hala tuju Proton akan terus kabur... sendiri tau yang Proton rugi sepanjang tahun kewangan 2005/2006 tapi masih lagi nak berlagak sombong dan angkuh mengatakan Proton relevan dan menguntungkan.. woi susah sangat ker nak terima hakikat tu.. susah sangat ker nak mengakuinya.. even che det yang supergenius tu pun mengaku Proton ada masalah.. awatnya kau orang tak nak ngaku Proton ada masalah.. nak tunggu Proton berkubur baru nak mengaku..? Ceh hampeh betul.. ! Setakat guna hujah Proton adalah leading untuk jualan pasaran tempatan.. baik tak payah hujah.. sebab semua orang tau orang M'sia ni belia Proton sebab itu jer keta yang dia mampu beli... kalau kereta import murah depa pun pandang sebelah mata kat Proton....setakat hujah Proton ada tunai RM1.257 bilion buat malu jer woi... Ananda Krisnan lebih banyak daripada tu pun dia ada ! tokey Genting tu pun lebih banyak daripada tu dia ada! Org nak ukur releven tak relevan Proton dengan ukuran AFTA.. orang nak ukur relevan tak relevan Proton dengan ukuran daya mampu dia berdepan FTA... orang nak ukur relevan tak relevan Proton dengan ukuran daya mampu dia berdepan dengan kereta2 import... orang nak ukur relevan tak relevan Proton dengan ukuran daya mampu dia untuk memasuki pasaran luar negara.. itu ukuran dia..! Bukan dok sembang citer psl duit cash Proton ! Ceh hampeh.. tak tahu ler mcmana kau ni boleh duduk kat kementerian kewangan ! tauXpe

KETIDAKRELEVANAN NAM !


Malaysia berikrar untuk terus berusaha dengan negara anggota yang lain bagi menjadikan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) relevan walaupun selepas tempoh Malaysia menjadi pengerusi pertubuhan itu berakhir September ini.
( Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar-Petikan BERNAMA)

Tok Syed Mid.. ni kawe nak kecek sikit.. the only ways untuk NAM kekal relevan ialah buang prinsip berkecualinya tu.. dlm keadaan dunia yang semakin getir hari ini tiada satu negara pun didunia yang boleh memegang prinsip untuk berkecuali dalam setiap perkara yang berlaku.. Malah aku tengok NAM ni nama jer berkecuali tapi dlm banyak hal NAM tunduk juga ngan Amerika tu.. ceh...selagi mana NAM begitu selagi itulah NAM akan meneruskan tradisi ketidakrelevenannya.. ni lagi satu nak tanya kat tok syed mid ni.. sepanjang M'sia jadi pengerusi NAM apa yang dah M'sia buat.. isu nuklear Iran.. isu Palestin dan pelbagai lagi isu yang melanda dunia.. apa pendirian NAM.. takde pendiriankan.. ceh buang masa jer ! tauxpe

APABILA PAK PANDIR MENJADI MENTERI !


Kerajaan akan memperketatkan lagi pengambilan calon diploma dan ijazah pendidikan pada 2007 bagi memastikan hanya yang layak dan berminat menjadi guru sahaja diterima.
(Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein-Petikan BERNAMA)

Tak tahu mcmana aku nak cakap kat kau tok cham.. nak kata sengal kau menteri pelajaran.. nak kata cerdik mcm malu pulak.. apa kaitannya kau nak sukat orang yang nak jadi cikgu dengan isu kementerian kau biarkan cikgu lepasan maktab ni menganggur.. tak de kaitan langsung.. kau sepatutnya sedar kalau bebudak tu sampai sanggup pergi ke stesen tv maknanya diaorang tu memang beria-ia nak jadi cikgu.. cuma kau jer yang tak postingkan diaorang.. lepas tu pasal kau tuduh diaorang menganggur kerana ambil kursus pendidikan yang tak relevan.. kan ke nampak no sengalnya otak kau tu.. depa semua masa mohon mana tau kursus tu relevan ke tak.. dah ada offer untuk kursus tu.. kena pulak diaorang minat.. diaorang mohon ler.. kalau depa tahu sebab mohon kursus tu depa kena menganggur depa pun tak nak mohon punya.. lagi satu yang kau kata bahawa tak de jaminan semua yang masuk maktab tu jadi dpt mengajar.. apa ke hal.. bukan ker semua yang masuk maktab tu ikat kontrak ngan kementerian.. so bila dah ikat kontrak jadi tanggungjawab kementerian ler untuk postingkan diaorang.. ceh nak escape pun jangan ler beri hujah sengal lagi memualkan tu.. nampak sangat ler beb ! tauXpe

JANGAN CAKAP JER !


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu profesion perguruan terus diberi keutamaan sejajar dengan sumbangannya dalam pembangunan negara dan bukan sekadar dijadikan pilihan kedua dalam kerjaya.
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan Bernama)

Setuju tok ayah lah.. kawan setuju benar dengan saranan tok ayah lah.. dan kawan lebih setuju kalau tok ayah lah settlekan dulu pasal budak2 maktab yang ada cita2 nak jadi guru tapi dibiar menganggur tu.. cakap jer tak guna.. !tauXpe

TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU BOLEH NAIKKAN LER LAGI !


"Mesyuarat kabinet esok akan meneliti kajian kenaikan kadar baru tarif elektrik"
(Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan BERNAMA)

Terima kasih.. lama dah menunggu akhirnya naik juga tarif harga elektrik.. marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana kenaikan tarif harga elektrik ni adalah bukti betapa kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat dan sentiasa akan memastikan kepentingan rakyat terjamin.. Kenaikan ini juga bukti betapa kerajaan amat komited untuk membantu meringankan beban rakyat.. jika sebelum ini kita dikhabarkan dengan berita gembira kenaikan harga minyak maka kenaikan tarif harga elektrik ini adalah bonus berganda ! Terima kasih kerajaan BN.. lepas ni naikkan pulak harga air yer.. kita orang memang dah lama sangat tunggu harga air ni naik.. tak syok ler mandi dengan air murah.. kalau boleh lepas tu naikkan lagi harga minyak.. alah kita orang tak kisah.. minyak sekarang ni murah sangat.. kereta ni sebu jer bila guna minyak murah.. cuba2 ler naikkan harga minyak sampai RM10 seliter baru rasa mcm megah sikit.. !tauXpe

PEMIMPIN LOW CLAS MENTALITY !


Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Sarawak supaya tidak menolak `rezeki' melimpah RM25 bilion yang disalurkan untuk mereka di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

tauXpe~RM25 bilion ! Omak kau banyak tu tok jib.. kira nak bagi semua kat rakyat S'rawak ker tok jib.. ker nak bagi 25 % kat si pulan.. lepas tu 25% lagi untuk si pulan.. dan si pulan yang satu lagi tu pun 25% kan..? oh.. ya ni si pulan yang ni 25% juga kan..? eh.. tolak.. tambah.. tolak lah dah habis.. tak pe lah tunggu p'raya akan datang kita bagi lagi.. eh tak janji lagi.. tak pun kita tunggu je lah RMK-10.. Apa hal ler kau tok jib.. aku ingat semakin tua semakin cerdik rupanya semakin sengal.. sanggup kau semata2 nak menang kau tipu rakyat S'rawak mcm tu sekali.. mcm ler RM25 bilion tu kau nak beri terus kat diorang.. entah berapa ringgit jer lah yang sampai kat diorang.. Tok jib aku nak tanya sikit agaknya kat mata kau org S'rawak tu apa yer ? Sanggup betul kau peralat rakyat S'rawak mcm tu.. apa kelas pemimpin kau ni pun aku tak tahu.. kau orang dok sibuk kata rakyat M'sia kena jadi warga yang berminda kelas pertama... soalnya mcmana rakyat M'sia nak jadi warga yang berminda kelas pertama kalau pemimpin2nya orang mcm kau yang mindanya LOW CLASS !

RANGKA YANG TINGGAL RANGKA !


MIC sudah merangka sebuah piagam dinamakan "Misi Masyarakat" yang mempunyai matlamat, sasaran dan strategi yang jelas untuk memastikan masyarakat kaum India di Malaysia mencapai kemajuan seiring dengan kaum Melayu dan Cina.
(Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan daripada BERNAMA)

tauXpe~Lotih mendongarnya.. dari dulu sampai sekarang.. dari mudo sampai ke tuo.. dari berambut sampai dah naik hilang rambut.. itu ajo yang dicakapnyo.. rangka itu.. rangka ini.. last2 yang tinggal rangka jer lah... masyarakat india tetap juga mcm tu.. yang dok kat estet tetap juga mcm tu sejak berpuluh tahun dulu.. kadar jenayah yang melibatkan masyarakat india pun asyik merempit keatas jer.. kadar keciciran pelajar juga tinggi.. ontah lah den pun tak ghoti nak cakap mcmana.. den bukan apo den kesiankan nengok masyarakat india yang jauh ketinggalan.. lepas tu pemimpin yang mereka harapkan tak habis2 bergaduh.. bila ler nak nampak perubahan ?

GITU JER KIRA SELESAI KER ?


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique mengambil keputusan untuk menyerahkan kembali nombor pendaftaran WPA 1 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan kontroversi berhubung perkara itu, baru-baru ini.
( Petikan daripada BERNAMA)

tauxpe~Hei gitu jer.. kalau serah kira tutup kes ker tok nan rafik.. boleh mcm gitu je yer.. ni nak tanya kat BPR sikit tak nak ker singah2 kat pejabat tok nan rafik.. tanya2 ler ni apa spesel sangat tok nan rafik ngan pengarah JPJ wilayah tu.. sampai boleh beri percuma jer plat rega RM61 000... ye lah selalunya JPJ ni jangan kata RM 61 ribu kompaun RM300 pun dia kejar sampai rumah.. kan ker pelik tu... tanya2 ler BPR.. singah kejap pejabat tok nan rafik.. minum teh ker...kopi ker...almaklum ler sorang menteri wilayah.. sorang pengarah JPJ wilayah.. mcm syok jer bunyinya tu kan !

TAK TERASA KER ?


"Media patut kembali memainkan peranannya sebagai alat bagi masyarakat menyuarakan keperluan mereka dan bukan menjadi saluran untuk memperjuangkan agenda tertentu"
(Mantan Pengarang Akhbar Republika Dr Nasir Tamara Tamimi)

tauxpe~Memang tepat pada masanya ! Tahniah Bapak Nasir atas saranan yang best tu.. bukan apa bagi media kat M'sia ni sedar diri sikit.. depa tu bukan bekerja untuk parti pemerintah.. tanggungjawab depa adalah untuk bersama rakyat.. membela rakyat.. bukan tiap2 hari dan masa mengampu je kerjanya.. tengok jer lah liputan p'raya s'rawak.. naik malas nak baca dan dengar liputan dia orang.. klu liputan tentang BN fuh.. dia punya puji macam nak rak.. tapi kena tiba pembangkang itu dia segala yang buruk keluar mcm tak de satu benda pun yang baik tentang pembangkang.. hampeh betui !

Tuesday, May 16, 2006

SATU LAGI PROJEK PELIK KERAJAAN BARISAN NASIONAL !

"Sebuah jejambat dianggarkan bernilai RM250 juta sepanjang 800 meter akan dibina sebagai laluan tetap bagi menghubungkan Tambak Johor dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang baru"
( Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu-Petikan daripada Bernama)

Woi apa ni.. sebelum ni kerajaan dah umum peruntukkan RM 33 juta untuk buat jalan sambungkan KIK ke Tambak Johor... ni apa pulak RM250 juta untuk buat jambatan pulak.. woi giler ker.. kalau kau orang tak caya kau orang cek Utusan Malaysia 13 Disember 2004.. kenyataan Datuk Mustapha Mohamed.. apa ni.. ini tok sammy pulak cakap nak buat jambatan pulak.. ape citer ni.. hampeh betul kau orang.. guna duit rakyat mcm duit tu duit mak bapak kau orang.. ! tauXpe

* kat atas tu kau orang boleh klik dan baca kenyataan Datuk Mustapha Mohamed.. kau orang nilai sendiri !

FTA : GERGASI PENJAJAH YANG TIDAK AKAN TUNDUK !


Aku nak kau orang nilai perjanjian FTA atau Free Trade Agreement yang akan M'sia tandatangani.. kau orang mungkin tak pernah nak risau benda ni.. tapi aku nak kau orang daripada sekarang mula untuk risau.. sebab bagi aku FTA ini adalah satu bentuk PENJAJAHAN baru yang digunakan oleh puak kapitalis, imperialis dan dajal2 dari negara barat tu.. Walaupun tak de satu butiran yang dikeluarkan oleh kerajaan khusus Ministry of Trade of International Trade and Industry berkenaan perjanjian ini.. tapi kita melihat kesan-kesan yang telah berlaku daripada negara2 lain yang telah menandatangani FTA ini.
  1. Industri perubatan akan dimonopoli oleh mereka dengan perlaksanaan dasar paten. Dasar ini akan menyebabkan halangan kepada pihak selain yang dipatenkan untuk mengeluarkan dan memasarkan jenis ubat yang sama dan dengan cara monopoli harga akan berlaku.. maksudnya UBAT AKAN LEBIH MAHAL !
  2. Melalui paten juga umum tidak boleh menggunakan hasil kajian yang dibuat.. maksudnya KEPENTINGAN AWAM yang sepatutnya memperolehi faedah daripada hasil kajian sains dan perubatan DINAFIKAN !
  3. Kesan FTA di Mexico menyebabkan hampir 2 juta petani Mexico kehilangan pekerjaan disebabkan kemasukkan jagung daripada Amerika yang lebih murah.. dan di Malaysia yang dijangkakan menerima tempias yang sama ialah industri makanan khususnya padi yang mana bidang pertanian adalah antara sasaran Amerika didalam FTA. Gesaan pemansuhan 40 peratus tarif untuk beras adalah langkah awal !
  4. FTA juga akan memberi kesan kepada dasar ekonomi negara. Hak-hak orang Melayu yang disediakan bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum akan dihapuskan.
  5. FTA juga akan memberi kesan kepada penggunaan perisian murah dan terbuka dipasaran melalu penggunaan paten.
Ini adalah sebahagian daripadanya.. aku sedang mengumpul banyak lagi data berkenaan "kehampehan' FTA dan "keduaguan" kerajaan khususnya kak pidah "why !why" yang kata dia dah buat kiraan yang FTA akan menguntungkan M'sia.. tunggu dan lihat yer..!

saMpaH seKilO berAPA ?


"Masanya sudah tiba untuk menimbangkan pelaksanaan dasar yang mengkehendaki mereka yang mencemar alam sekeliling untuk membayar, dengan mewajibkan setiap rumah memikul beban membayar terhadap setiap sampah yang dihasilkan. Ini akan membantu dalam menghalang orang ramai daripada menghasilkan terlalu banyak sampah,"
(Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Suboh Mohd Yassin-Petikan Bernama)

Ekau ni memang otak bisnes yer.. habis semua ekau nak bisneskan.. sampai SAMPAH pun kau nak bisneskan.. agaknya kau orang ni dah tak de duit bebenor ker..? ada banyak cara lagi nak didik rakyat supaya menjaga kebersihan.. tu pengurusan sampah yang kepala otak diaorang pun mcm "sampah" tu.. uruskan dulu.. kapitalis lintah darat yang otak dia orang yang penuh dengan idea pengelat dan rubbish tu.. betulkan dulu.. ini senang2 jer nak suruh org ramai bayar pada setiap sampah yang diaorang buat.. kau check dulu PBT yang mcm hampeh tu.. baru boleh citer nak suruh org bayar harga sampah.. kau idea negara maju yang mcm ni.. yang boleh menguntungkan kau.. kau ambik yer.. tapi idea depa yang telus dlm demokrasi.. yang menjaga kebajikan rakyat.. yang menjaga hak asasi manusia.. ekau buat pejam mata jer.. ceh.. idea mcm sampah.. ! tauXpe

SIDAK BN DATANG SITU CERAMAH BULAK !


"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Sarawak supaya memperhebatkan kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini"
( Petikan daripada Bernama)

Hebatkan kempen ker hebatkan tabur duit tok jib.. aku ada ler pengalaman ngikut p'raya kat S'rawak yang sebelum ni.. yang depa dok kempen bukan apa2.. cuma ulang balik apa yang depa cakap 4 tahun sekali... masalah rakyat S'rawak tetap gitu juga.. rampasan tanah rakyat S'rawak tetap gak berterusan.. pendidikan rakyat S'rawak tetap gak gitu jer... pekerjaan kat S'rawak tetap juga kureng.. malah ramai pulak yang dibawa oleh puak2 kapitalis lintah darat ke semenanjung dengan janji pekerjaan yang hebat2.. last2 bekerja mcm hamba.. aku bukan nak perlekehkan org S'rawak tapi org S'rawak kena bangkit dari janji2 kosong pemimpin mcm tok jib tu.. yang cakap bulak memanjang... jangan kerana RM10 yang diselitkan dibawah slip mengundi kita gadaikan maruah kita... dah sampai masanya untuk kita tolak BN ! tauXpe

*pekabo org kota samarahan.. rindu teman nak kesana.. kenangan bertugas kat sana masa p'raya lepas dengan layanan baik org sana tetap segar dalam ingatan.. pemuda2 kg. jemukan teruskan berjuang.. ingat motto kita SIDAK BN DATANG SITUK CERAMAH BULAK !

Yo LAH tu.. ekaU ajE le heBAT !


"Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bijak menjana ekonomi dan prihatin terhadap kehidupan rakyat termasuk masyarakat petani dan nelayan dengan menyediakan pelbagai bantuan bagi keperluan mereka"
(Datuk Peter Chin Fah Kui- Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Yo lah tu ! sebab prihatin sangat lah tu sampai peladang mangga kat Perlis sampai buang je mangganya sebab tak laku.. lepas tu sebab bijak sangat mentadbir lah banyak kontraktor Melayu gulung tikar.. dan sebab hebat sangat mentadbir lah kerajaan BN suka2 hati buat jutaan ringgit kat Selat Johor.. naikkan cukai tanah.. naikkan cukai pintu.. naikkan tarif elektrik.. itu semua sebab hebat, bijak dan prihatin ler tu.. ye tak ! lupa lak.. sebab hebat, bijak dan prihatin juga ler.. sampai ada pemimpin BN yang sanggup gadai kedaulatan negara kepada negara luar.. memang hebat !

BENGAP..! SENGAL..! BODOH...! BAHALOL...!


"Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengkritik 500 orang yang mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang semalam membantah penganjuran forum undang-undang sivil dan syariah dengan menyifatkan tindakan itu salah dan bodoh"
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)


Sapa bodoh..! kaulah bodoh.. dan aku juga tak takut nak cakap yang kau tu bukan setakat bodoh tapi plus ngan dungu dan bengap.. dah terang dah depa yang berkumpul tu yang kau kata nak berbincang tu.. sebenarnya mempunyai niat nak perlekehkan Islam bukannya nak berbincang.. Oh bila dia orang dok buat forum nak bantai Islam kau kata nak berbincang.. tapi bila ada orang Islam nak pertahankan akidah umat Islam kau kata depa peralatkan isu.. ada kepentingan politik.. bodoh.. kau ni kenapa.. awat dengki no dengan Islam.. nama je Islam.. tapi perangai dah mcm apa entah.. hei beb dah terang dah depa semua tu pemuka-pemuka yang anti ngan Islam.. yang kau dok sokong lagi buat apa.. ni ke islam hadari.. ceh.. malu ler ngaku nak daulatkan islam tapi bila ada org hina Islam kau buat bodoh jer.. malah lebih teruk lagi kau kutuk pulak org yang ada rasa dan inisiatif nak pertahankan.. ! tauXpe

watEVERlah !


"A member of Indonesian delegation attending the heads of state summit of the eight developing Islamic states (D8) in Indonesia's Bali Island said here Saturday that at the meetings no reference was made to Iran's nuclear issue by the attending delegations"
( Petikan daripada Islamic Rebulic News Agency )

Itulah.. nama je persidangan negara membangun Islam tapi kepekaan terhadap nasib umat Islam seantero dunia yang sedang berdepan dengan pelbagai penindasan langsung tidak dihiraukan. Soal Iran tidak sewajarnya diketepikan.. dan sewajarnya juga D8 selaku kumpulan negara Islam yang sedang membangun mengambil pendirian tegas dan bersama terhadap isu nuklear Iran.. Begitu juga halnya dengan isu Palestin yang kini ditekan oleh semua pihak daripada segenap sudut.. dimana pendirian D8 dalam hal ni.. adakah hal perdagangan,ekonomi, kastam dan visa lebih penting daripada nyawa jutaan rakyat Palestin bagi D8.. kepada mereka kita ingatkan jangan harapkan satu siatuasi ekonomi yang lebih baik selagi mana isu Iran dan Palestin tidak usai !

maKA sekALi laGI kaU ku hAMpeskan !


"Tindakan kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengurangkan separuh rizab bekalan elektrik adalah bagi memastikan TNB terus berada dilandasan kewangan yang kukuh.Katanya, kedudukan syarikat utiliti nasional itu juga perlulah dilihat secara menyeluruh termasuk kaitannya dengan kedudukan dan kontrak antara TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPP)"
(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak-Petikan Bernama)

Betui tu tok jib.. tak sapa nak nengok TNB tu bangkrap.. kalau bangkrap pun yang susah rakyat.. cuma yang pelik ni.. awatnya kontrak TNB ngan Penjana Tenaga Bebas (IPP) tu mcm tu sekali.. sampai tak boleh dirunding langsung.. sapa yang cerdik no buat perjanjian lagu tu.. langsung tak fikir panjang.. nampak no bengapnya tu.. ler ni sapa yang susah.. kerajaan dah awal2 lepas tangan.. rakyat juga yang tanggung.. bengang siut.. lepas tu dah jadi mcm ni tak serik2 lagi tu.. samapi kerajaan dah mcm PENGEMIS sanggup nak beri apa saja pampasan pada IPP untuk mempertimbangkan balik harga yang dikontrakkan.. awatnya sampai mcm tu.. ! Kalau rakyat boleh disuruh berkorban untuk negara.. awatnya ler ni.. dlm time lagu ni.. time rakyat susah.. puak2 tu tak disuruh berkorban juga.. apa ni.. kerajaan ni kerajaan rakyat ker.. kerajaan untuk korporat2 tu.. mcm keparat jer bunyi jer.. siut betul ! Mcm tak de maruah jer kerajaan.. sampai mcm tu sekali merayu kat IPP.. ! Sapa yang perintah sapa ni..? Awat kerajaan takut sangat dengan IPP-IPP ni.. ada apa-apa kah ? Ingat aku dulu masa PAS menang kat T'ranung perjanjian yang termaktub dlm perlembanggaan negara pun kerajaan boleh langgar.. ! Tapi ler ni nape pulak kerajaan beria-ia no nak ikut kontrak tu.. sampai tak leh nak bincang2 lagi..! Hampeh cakap jer lah nak naikkan tarif harga.. tok sah nak dolak-dalik ? tauXpe

koMITED jGN taK koMIted !


"Kerajaan lebih komited dalam mengambil beberapa langkah drastik di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menangani kemiskinan tegar di kawasan luar bandar dan bandar. Langkah itu termasuk memantapkan pelaksanaan program bagi kumpulan sasar khusus untuk mengurangkan kemiskinan dan membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010"
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Abdul Raman Suliman-Petikan Bernama)

Betui ke tok dul man..? Aku sebenarnya sokong usaha tu tapi.. setakat dengar janji2 ni.. aku lemah sikit ler.. lepas tu pulak dok sogok ngan fakta.. nak membuktikan yang tiada kemiskinan di M'sia.. bukan apa.. setakat nak main ngan fakta2 atas kertas ni kureng sikit ler.. benda boleh ditokok tambah.. ! lepas tu.. aku bukan ler nak negatif thinking sangat.. tapi bila nengok projek2 pembangunan untuk rakyat miskin yang sebelum ni mcm PPRT tu.. his.. kena fikir 2000 kali nak percaya ngan cakap tok dul man ni.. ye ler kes PPRT tu.. seleweng sana.. cilok situ.. kepit sini.. penyudahnya projek yang jadi apa.. hampes ! lepas tu nengok pulak kes setinggan yang kena roboh rumahnya.. adus terus makin susah nak percaya tu ! tauXpe

RM31.33 juTA.. banYAK tu !


"Sebanyak RM31.33 juta diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi memperbaiki mutu liputan siaran radio dan televisyen di Sarawak" (Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin-Petikan Bernama)

RM 31.33 juta..! Banyak tu.. mahu mabuk tv orang S'rawak lepas ni.. tapikan aku mcm dah dengar banyak kali ler janji ni .. tapi dimana ye ? Lagi satu aku dok konfius.. bukan konfius apa ler.. saja nak mencongak-congak.. kalau RM31.33 juta tu digunakan untuk baiki sistem jalanraya kat S'rawak agaknya berapa banyak yang dapat ye..? Tak pun kalau untuk pendidikan berapa banyak benda yang boleh dibuat yek..? Macamana pulak kalau buat rumah kos rendah.. berapa banyak boleh dapat yek..? Kalau bangunkan industri untuk wujudkan peluang pekerjaan pun.. agaknya berapa banyak boleh dapat yek..? ENtah ler aku pun tak berapa reti nak kira.. tok zam maidin boleh tolong kira ker..? tauXpe

jaGA-jaGA.. dePAN adA luBANG !


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini melabur dalam 15 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM16 bilion. Kesemua 15 buah GLC itu adalah syarikat besar yang dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pencarum KWSP.
( Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin-Petikan daripada Bernama )

Betui ker tu tok awang.. setakat jamin pakai air liur jer boleh caya ker.. almaklumlah dah banyak kes dah kerajaan jamin itulah... jamin inilah.. tapi sudahnya sapa yang tanggung.. rakyat juga.. ni kawe nak tahu juga sapa dia 15 GLC tu.. yelah sekarang ni tengah musim GLC2 merudum ni.. sana nak muflis... sini nak bangkrap.. situ nak terlungkup... kawe bukan apa tok awang .. takut jer.. takut lebur gitu jer duit pekerja yang berkerja mcm kuli kat bawah tu.. ingat2 ler sikit.. semua tu bukan duit kerajaan mutlak itu semua duit pekerja so jgn sampai masanya nanti citernya jadi lain pulak.. ! bukan apa tok awang kawe teringatkan beberapa amanah saham yang dulunya kerajaan janji fuh mcm nak beri bulan bintang tapi sudahnya.. sendiri faham ler..! tauXpe

Monday, May 15, 2006

siaSAT janGan taK siasaT !


"More than RM1 million is believed to have been spent on repairs and renovations to Pusat Serenti Rawang after notice was given that it would be closed, prompting an investigation by the Anti-Corruption Agency"
( Petikan daripada NSTP Online )
Tahniah ! BPR siasat jangan tak siasat.. ada segelintir dia orang ni ingat duit kerajaan tu duit bapak depa.. suka2 hati depa nak belanja.. ni dah terlanjur dok siasat tu.. siasat ler sekali MRR2 yang dok sampai hari ni tak habis2 isunya tu.. tu jambatan kat Johor yang tak jadi tu sisat ler sekali.. itu bukan setakat RM 1million yang hangus.. beratus-ratus million tu.. banyak ler lagi yang BPR kena siasat.. 18 kes profil tinggi tu.. mcm senyap jer.. siasat ler.. jangan dok nanti bila org kata BPR dok siasat yang 'ikan bilis' jer.. jerung2 kepala naga dok sedap sendawa ! tauXpe