Wednesday, May 17, 2006

TATKALA JIWA MERINTIH !

Pada setiap titis darah yang menitis dibumi alaqsa
Pada setiap titis 'ain yang merenik jernih air
Pada setiap debu yang berterbangan lalu singgah diwajah
Pada setiap jerit ketakutan
Pada setiap tangis kesyahduan
Ku kalungkan sejutaan
Tahniah...
Kepada OIC
kerana berpendirian tegas untuk
membisukan mulut,
memekakkan telinga
memejamkan mata
membutakan hati
untuk penderitaan rakyat
Palestin !
Iraq !
Afghanistan!
Syabas !

Biar bumi para anbia itu merekah menelan segenap umatnya
Biar alaqsa itu terus-terusan dikencing manusia gila zionis
Biar pergunungan bora-bora itu menelan jiwa kudus
Biar hutan belantara cechen itu menguburkan isinya..
kerana..
OIC itu bukan Sultan Muhamad alFateh
OIC itu bukan Tariq Ziad
OIC itu bukan Jalaluddin alAfghani
OIC itu bukan Khalis alWalid
OIC itu bukan Umar alKhattab
OIC hanya OIC !

randomsz 160506
(tatkala jiwa merintih melihat nasib ummah)