Saturday, June 24, 2006
AKSI MENARIK WORLD CUP! :-)
Thursday, June 22, 2006
GEMPAR ! GEMPAR ! GEMPAR !
TAHNIAH ! SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN SYAHID UNTUK MU !
"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh ( yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati. (Mereka tidak mati) bahkan mereka itu hidup (secara istimewa) disisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang (islam yang sedang berjaung) yang masih tinggal dibelakang yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah sebagai syuhada'. Maka sudah pasti jalan yang telah mereka tempuhi dan lalui didunia ini menjadi iktibar dan pengajaran serta ikutan bagi kita yang masih hidup".
Cukupkan jawaban diatas untuk mengulas berita yang dilaporkan ! yang mereka merasakan membunuh pejuang Islam itu satu kebanggaan dan kejayaan ! Satu jer kawan nak beritahu mereka silap. Sebenarnya kejayaan dan kebanggan itu adalah milik mereka terkorban syahid dijalan ALLAH ! Bila kita yer ? tauXpe
JANGAN BUAT LAWAK LAH TOK JIB TAK KELAKOR PUN !
Ceh... buat lawak ler tu.. berlakon ler tu.. ni buat-buat bodoh ker atau memang bodoh ni... tak de sapa yang tak tahu bahawa sistem kehakiman negara ni sama jer tarafnya dengan pelacur... khususnya bila melibatkan kepentingan pemerintah... kes anwar saja dah cukup membuktikan mcmana sistem kehakiman negara ni boleh dilanggan seperti pelacur... ada duit, ada pengaruh tak bersalah pun boleh jadi bersalah... itu pun tak sedar lagi... apalah... kalau betul ler kehakiman negara ni satu sistem yang berdaulat... mengapa tidak sistem itu sendiri melakukan sesuatu bagi melepaskan mereka yang dikurung secara zalim didalam ISA... mengapa tidak ? Selagimana agensi yang terlibat dengan sistem kehakiman tidak dibersihkan seperti polis, pejabat peguam negara, bpr dan sebagainya maka selagi itulah sistem kehakiman negara ini tak ubah tarafnya seperti sebuah pentas lakonan bagi mengesahkan siapa bersalah dan tidak mengikut kehendak pemerintah !tauXpe
ANAK ITIK TOK WI BUAT LAWAK BODOH !
ENtahlah nak aku kata bengap ketua penerangan umno kelantan tu... nak kata cerdik.. aku rasa tapir pun lebih cerdik daripada tok wi ni... bacaan politik mana entah yang digunakan untuk justifikasi tindakan PAS Kelantan menamakan sebuah projek jambatan sempena nama Menteri Besar sebagai bukti pengaruh PAS kian terhakis... inilah gamaknya mungkin bila orang dah ketandusan idea nak berpolitik sampai perkara yang bukan isu pun nak dipolitikkan... nasihat kawan kepada tok wi baik tutup jerlah mulut tu.. sebab bila mulut tu tertutup nampak sikit mcm cerdik ni bila buka mulut aduh nampak sangat kebengapannya.. kita orang bukan mcm parti awak tu... masa org tu hidup langsung tak dihargai... bila dah mati baru sibuk nak puji... nak julang.. nak tatang... ceh... tengok jerlah apa yang berlaku pada Tun Ghafar Baba... Tunku Abd. Rahman... even Dato' Onn sendiri yang dikatakan sebagai pengasas UMNO itu sendiri pun... ler ni tengok pula mcmana depa perlakukan kpd che det... habis dikeji... diumpat... dibantai... disindir... kita orang lain tok wi oi.. kita orang buat lagu tu untuk hargai jasa org tu.. dah jelas jasa tok guru nik aziz tu pada rakyat kelantan... malah pada negara sekalipun... maka kita hargai.. kita nak hargai orang bukan nak tunggu bila dia mati... tapi time dia hidup tulah kita hargai... ! ceh itu pun tak faham.. apalah !tauXpe
'MINDA' PAK LAH
DUA TOKOH PEMIMPIN KEDAMAIAN DUNIA :-)
Wednesday, June 21, 2006
GOLONGAN GAY DI NEGARA HADHARI BERI PANDANGAN!
Aku tak tergamak nak baca...kau baca la sendiri: GAY
Beginilah keadaannya di Negara Malaysia Al-Hadhari. Inilah kalau tidak adanya syariat Islam di jalankan..Sesiapa pun tak takut nak buat maksiat! Dah la buat maksiat..siap bagi pandangan pulak! pehh..menyirap darah aku..Pihak berkuasa tu kenalah keja keras sikit..tapi apalah yang boleh kita harapkan sangat di negara al-hadhari ni.Kita kena benteras perkara ni ikut kemampuan kita sendiri, nanti Allah tanya di akhirat ada juga usaha yang kita buat. Jangan buat tak nampak jer jika berlaku depan mata kita! tauXpe
NAK BURUKKAN NAMA USTAZ LER TU!
Patutnya letak muka Ustaz-ustaz yang lagi ganaz...contoh Ustaz Hamid Othman (Penasihat PM), Ustaz Firdaus@Imam duit dan ramai lagi...mereka ni lagi ganaz! Ada ilmu tapi letak kat kepala lutut..patutnya letak mereka bukan Ustaz Zul ni. Kalau betul dia buat..biarlah mahkamah yang jatuhkan hukuman...tauXpe!
Tuesday, June 20, 2006
WORLD CUP PUNYA HAL!
BAGAIMANA UMNO MENIPU... !
Kenyataan diatas adalah kenyataan tok yiddin kita ketika menerangkan tentang keputusan UMNO akan membuat program bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan ini dibuat kerana apa... kerana keyakinan dibawah ini...
Dalam soal nak memuaskan hati dia (Dr. Mahathir), saya kira agak mustahil
UMNO tahu dia boleh buat penjelasan kepada che det secara tertutup... bawa ke meja rundingan atau apa saja... tapi soalnya adakah kaedah itu berkesan... kerana umno tahu... mcm tok rir cakap dlm keadaan apa pun.. apa pun penjelasan yang diberikan che det akan tetap tidak puas hati.. dan selagi orang tua tu tak puas hati maka selagi itulah dia akan merengek... so the best way ialah ambil pendekatan down to earth... pergi ke akar umbi... buat program penerangan seluas-luasnya... tanamkan dikepala rakyat... dengan hujah dan fakta... so next bila che det bising lagi rakyat akan secara automatis tolak hujah che det... sebab telah termakan dengan hujah umno dahulu... bila rakyat tolak hujah che det.. secara automatisnya segala isu yang dibangkitkan akan tertolak... dan disini ler jika kita tidak berhati-hati akan terperangkap... menyokong isu yang dibawa oleh che det akan disimpulkan oleh rakyat sebagai menyokong che det... menyokong che det ertinya memusuhi mereka... Maka simpulannya peperangan selak menyelak akan bermula.. kudis, tokak, kurap dan panau akan terdedah... dan apa fungsi kita... berhati-hati... ini semua adalah permainan saraf... jangan dengan mudah telan segala isu tanpa pertimbangan jelas... yang lebih penting... setiap isu yang timbul perlu ditangani secara kolektif dan tegas... pendirian kita... kita tolak pak lah.. kita tolak che det.. dan pastinya kita tolak umno yang semakin korup ! tauXpe
PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK !
Tok Cham... tok cham apa nak jadi dengan kau ni... tok cham oi ... orang tau dah banyak projek kerajaan yg tak siap ni puncanya daripada amalan rasuah yang berleluasa ... untuk dpt satu projek org tahu dah banyak mulut yang nak kena suap... persen untuk orang itu... persen untuk orang ini... faham sesajalah bila dah persen sana persen sini... etertain sana.. ertertain sini.... last2 cash flow hancur... bila cash merudum mula cari sub... lepas tu sub sana sub sini... sudahnya semua lesap... dan semua ini berlaku sebab apa... ? Sebab kontraktor yang dilantik tidak dibuat berdasar merit tapi semuanya atas pertimbangan politik... rapat dengan YB... dengan Menteri... dengan MB... usung surat sokongan itu dan ini... pasti dapat ! Tok sah nak kencing lah tok cham.. semua kerja ni kerja ketua pemuda kau juga... kerja AJK Pemuda UMNO juga... kau buatlah apa pun selagi mana kaedah kerja kau orang yang bagi projek mcm bagi ayam makan selagi itulah... projek kerajaan terlungkup !tauXpe
UMNO JUMUD !
Inilah UMNO... dulu, kini dan selamanya tetap UMNO itu jumud dan kerana kejumudannya itu UMNO akan tetap ditakuk itu selamanya... bawahlah apa agenda pun... ciptalah apa gagasan pun... tetap umno itu begitu... jumud, diktator, elit, korup dan retorik.. kritikan... teguran diukur dalam indukator perpecahan... sedangkan dlm Islam kritikan itu adalah satu rahmat... tetapi disebabkan umno itu, badannya penuh dengan segala macam kekotoran maka teguran itu akan dianggap sebagai satu permusuhan... sebab itulah dari hari kehari semakin ramai orang meninggalkan umno... even individu-individu yang pernah merasa hidup dizaman umno dilahirkan pun mengakuinya... umno sekarang bukan umno yang dahulu dibangunkan oleh Dato' Onn... yang prihatin terhadap permasalahan rakyat... yang meletakkan kepentingan negara melebihi daripada kepentingan individu dan parti... umno sekarang dipimpin oleh serigala, singa, harimau dan buaya... rakyat yang ada didepan mereka bukan lagi dipandang sebagai amanah tetapi santapan yang cukup menyelerakan... maka dari hari ke hari dptlah kita lihat seorang demi seorang rakyat bumi bertuah ini kecundang... kerana kerakusan mereka !tauXpe
SELAMANYA UMNO SELAGI ITULAH MELAYU MEREMPAT !
Sedarpun hakikat orang Melayu itu merempat dinegaranya sendiri... tok sah citer pasal Pulau Pinang lah dinegeri-negeri lain pun khususnya sebelah pantai barat seperti di Johor, KL, Selangor dan sebagainya nasib org Melayu sama saja seperti di Pulau Pinang. Bezanya PP orang Melayu sikit dinegeri-negeri lain org Melayu masih ramai tapi hakikat orang Melayu semakin hilang ketuanannya tak siapa dpt menolak tidak kiralah dia ramai atau sedikit. KL yang membangun itu pun berapa kerat sangat yang dimiliki oleh orang Melayu. Johor yang dikatakan gah juga begitu... orang Melayu kian dihimpit kesudut... org PP kira adalah juga logiknya berlaku bergitu kerana kerajaan negeri dipimpin oleh MCA... ni KL, Johor dan sebagainya ni semuanya UMNO yang pimpin... parti yang pagi, petang, siang, malam asyik dok citer nak berjuang Melayu tapi dari dulu sampai sekarang... orang Melayu tetap takuk tu juga... sudah-sudahlah.. cukuplah... kekadang letih melihatkan sikap orang Melayu itu sendiri yang terlalu rigid dlm soal politik... menutup minda terhadap perubahan... ni pengalaman aku ler... aku nak share dengan semua... 3 hari aku tak de aku ikut satu team untuk buat survey tentang beberapa isu yang melanda negara ketika ini khususnya minyak... aku berjumpa dengan semua orang dari pimpinan masyarakat hinggalah kepada kuli bawahan... bertanyakan pandangan diaorang terhadap masalah yang dihadapi negara ketika ini... aku duduk berbicara dengan pimpinan MCA... dia duduk dan keluarkan segala fakta... tentang segala kepincangan yang menyentuh kepada rakyat... dia kata kita duduk sini untuk bela rakyat bukan pemimpin... pemimpin baik kita sokong pemimpin teruk kita hantam... parti adalah saluran... so kalau saluran 1 tak boleh kita kena guna saluran 2... saluran 3... yang penting rakyat hidup selesa... inilah mentaliti diaorang... mentaliti yang menjadikan masyarakat Cina masyarakat usahawan berjaya... mentaliti inilah yang tidak ada pada orang Melayu... tak de visi dlm perjuangan... tak de visi dlm perjuangan... aku sendiri jumpa pimpinan UMNO... kau orang tahu apa dia orang cakap... alah apa susah nak peningkan kepala... dapat daging kita kunyah... dapat tulang kita jilat... tok sah nak pening-peningkan kepala... biar depa buat kerja depa... kita sokong saja... depa lebih tahu apa keperluan kita... dengan mentaliti begini.. kau orang fikir sendiri ler kemana hala tuju orang Melayu... situlah terlungkup... kau orang fikirlah sendiri !tauXpe
Monday, June 19, 2006
BERKORBAN LER SIKIT WOI !
Ituler engkau orang bila part kena susah kat batang hidung korang... merungut... baru nak citer dan sebut pasai hak korang yang belum dilangsaikan... tapi bab susah yang kena kat rakyat kau beri mcm-mcm alasan... rakyat kau suruh berkorban tapi kauorang tak nak pulak berkorban... kau orang merungut pasai tak cukup duit konon untuk berkhidmat kepada rakyat... tu wakil rakyat PAS tu sejak dari mula memerintah bukan setakat dpt elaun kecik malah kena tolak lagi untuk disalurkan kepada tabung pembanggunan rakyat... tak pun depa merungut... lagi satu kau kira beruntung kerajaan negeri jujur bagi juga peruntukkan kepada wakil rakyat... walaupun kau orang pembakang kat kelantan... kau nengok wakil rakyat pas kat negeri lain... semua guna duit poket sendiri... nak tunggu peruntukkan khas yang sepatutnya dapat kat semua wakil rakyat eh.. tok sah mimpi ler... aku pernah dok dengar citer wakil rakyat pas di pahang... sebab nak bersama dengan rakyat.... gi melawat pasar malam... hantar orang kira berapa banyak gerai yang ada... ada 60 gerai bawak RM60.. belanja setiap gerai rm 1... semuanya sebab apa sebab tak de duit... tapi atas rasa keprihatinan terhadap rakyat buat juga.. meskipun bersusah payah... begitu juga yang aku pernah dengar wakil rakyat di kelantan... nak bergerak tak de duit naik basikal pun jadi... ! Ini kau orang bukan setakat kaya... kaya raya lagi... ada berderet perniagaan tapi pasal gaji 10% pun nak berkira.. ! inilah hampehnya wakil rakyat umno ni... citer pasal perjuangan tapi diri sendiri prinsip perjuangan pun takde... citer pasal perngorbanan tapi diri sendiri nak berkorban jauh sekali... aku orang nilai ler sendiri !tauXpe
APA KE HAL LER PM AKU NI...!
Itulah kau kerja asyik nak menyalahkan orang jer.. dalam banyak hal yang berlaku dinegara sebenarnya berpunya daripada kau sendiri... dlm hal isu che det.. silapnya kat kau juga... sampai orang tua tu menceceh kesana-sini... kalau dia tanya kau jawab betul-betul... terangkan betul kan habis citer... ini tak kau pakat diam.. ingat best no lah tu... ceh... apa ke pelik no kau ni ayah lah... aku tahulah kau nak jadi lain daripada che det tapi kau kena ingat dlm banyak hal contohnya nak respon isu, kritikan dan sebagainya seseorang pemimpin yang berkualiti mesti respon dengan pantas dan bertanggungjawab... ni kau tak... sampai dah melarat-larat... sampai menjejaskan ekonomi negara terjejas baru nak respon.. kau ingat kau diam dan tersenyum jer boleh settle ker masalah... kau ingat kau buat mcm tu org nak panggil kau mr. cool... sorry beb.. kau tetap perdana menteri terlemah yg malaysia pernah miliki... !tauXpe