Tuesday, June 20, 2006

PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK !

Kementerian tidak akan mengulangi kesilapan yang sama bagi pembinaan sekolah di bawah RMK-9 dan mengikut Pelan Induk, pembinaan sekolah akan lebih telus seperti berapa banyak sekolah yang akan dibina, bila, di mana dan sama ada mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air atau tidak
(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein~BERNAMA)

Tok Cham... tok cham apa nak jadi dengan kau ni... tok cham oi ... orang tau dah banyak projek kerajaan yg tak siap ni puncanya daripada amalan rasuah yang berleluasa ... untuk dpt satu projek org tahu dah banyak mulut yang nak kena suap... persen untuk orang itu... persen untuk orang ini... faham sesajalah bila dah persen sana persen sini... etertain sana.. ertertain sini.... last2 cash flow hancur... bila cash merudum mula cari sub... lepas tu sub sana sub sini... sudahnya semua lesap... dan semua ini berlaku sebab apa... ? Sebab kontraktor yang dilantik tidak dibuat berdasar merit tapi semuanya atas pertimbangan politik... rapat dengan YB... dengan Menteri... dengan MB... usung surat sokongan itu dan ini... pasti dapat ! Tok sah nak kencing lah tok cham.. semua kerja ni kerja ketua pemuda kau juga... kerja AJK Pemuda UMNO juga... kau buatlah apa pun selagi mana kaedah kerja kau orang yang bagi projek mcm bagi ayam makan selagi itulah... projek kerajaan terlungkup !tauXpe

No comments: