Tuesday, June 20, 2006

BAGAIMANA UMNO MENIPU... !

Kita tidak mahu berkonfrontasi atau bergaduh kerana kita berhadapan dengan soal kepentingan negara
(Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin-Petikan Berita Harian)

Kenyataan diatas adalah kenyataan tok yiddin kita ketika menerangkan tentang keputusan UMNO akan membuat program bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan ini dibuat kerana apa... kerana keyakinan dibawah ini...

Dalam soal nak memuaskan hati dia (Dr. Mahathir), saya kira agak mustahil
(Datuk Shahrir Samad-Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

UMNO tahu dia boleh buat penjelasan kepada che det secara tertutup... bawa ke meja rundingan atau apa saja... tapi soalnya adakah kaedah itu berkesan... kerana umno tahu... mcm tok rir cakap dlm keadaan apa pun.. apa pun penjelasan yang diberikan che det akan tetap tidak puas hati.. dan selagi orang tua tu tak puas hati maka selagi itulah dia akan merengek... so the best way ialah ambil pendekatan down to earth... pergi ke akar umbi... buat program penerangan seluas-luasnya... tanamkan dikepala rakyat... dengan hujah dan fakta... so next bila che det bising lagi rakyat akan secara automatis tolak hujah che det... sebab telah termakan dengan hujah umno dahulu... bila rakyat tolak hujah che det.. secara automatisnya segala isu yang dibangkitkan akan tertolak... dan disini ler jika kita tidak berhati-hati akan terperangkap... menyokong isu yang dibawa oleh che det akan disimpulkan oleh rakyat sebagai menyokong che det... menyokong che det ertinya memusuhi mereka... Maka simpulannya peperangan selak menyelak akan bermula.. kudis, tokak, kurap dan panau akan terdedah... dan apa fungsi kita... berhati-hati... ini semua adalah permainan saraf... jangan dengan mudah telan segala isu tanpa pertimbangan jelas... yang lebih penting... setiap isu yang timbul perlu ditangani secara kolektif dan tegas... pendirian kita... kita tolak pak lah.. kita tolak che det.. dan pastinya kita tolak umno yang semakin korup ! tauXpe

No comments: