Saturday, May 06, 2006

giTUler hUKum dUnia

Akhbar terkemuka Singapura, Straits Times hari ini mengharamkan sebaran kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengenai isu pembatalan jambatan Gerbang Perdana. Menurut sumber dalaman akhbar tersebut, ST Singapore tidak akan menyiarkan sebarang kenyataan Datuk Mukhriz lagi selepas satu kenyataan beliau minggu lalu menimbulkan perasaan kurang senang pihak tertentu di Malaysia. Pengurusan tertinggi ST Singapore juga memutuskan untuk tidak menyiarkan wawancara wartawan mereka Carolyn Hong dengan Datuk Mukhriz kerana khuatir dituduh Singapura "not being friendly" dengan orang tertentu di Malaysia. Sementara itu, sumber dalaman Pemuda UMNO, beberapa EXCO Pemuda UMNO diingatkan secara bertulis supaya mengekalkan pendirian bersama mesyuarat EXCO Pemuda yang memutus untuk menyokong keputusan Kerajaan. Menurut sumber itu, EXCO Pemuda tidak dibenarkan memberi pandangan yang berlainan biar atas kapasiti individu mahu pun pertubuhan lain.
( Petikan daripada PROWARIS.ORG, Inai Merah )

Itu ler nasibnya duduk dlm umno nie...time berkuasa jgn kata cium tangan jilat tapak kaki pun boleh.. bila dah tak lagi cakap pun org buat tak dengan jer.. tengok sendiri ler apa yang berlaku kat Allahyarham Tun Ghafar Baba.. sape ada dok pandang dia.. sampai merayu kat media.. nak jumpa menteri pun terpaksa bersusah payah merempuh di airport.. lebih jauh lagi cuba nengok nasib org mcm Dato' Onn bila dia tinggalkan umno org pandang dia mcm takde jasa jer.. Tunku pun pernah lalui nasib yang sama dipenghujung usia dia.. Dlm umno ni org pandang time bila dah aruah jer.. itu lah ni lah jasa nya.. tapi time hidup org pandang sebelah mata jer.. ! Nasib ajelah !
tauXpe

CewaHHHHHH ! PrinSIP KuNun !


"Prinsip kami adalah BNBBC tidak akan menyokong pembangkang, bukan kita tolak Shahrir "
(Timbalan Pengerusi BNBBC Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Petikan daripada SHAHRIR-UMNO.com )

Dah agak dah..tu ler perangai org umno ni nak sokong bukan pakai otak..salah ker betul ker bukan jadi soal dah... awatnya tok larut.. ni ker cara berfikir ahli parlimen sepatutnya tok larut dan ahli mp yang lain ni kena belajo ngan tok shahrir.. berani kerana benar ! Ker..tok larut dah impi2kan jawatan tu..alah jawatan tu ! setakuk je lagi tu tok larut ! Udah2 ler tok larut.. klu dpt pun tak syok ler..dpt sebab kawan jatuh ! tak yah lah tok tak syok ah.. lagi satu tok larut org selalu dok cakap mp umno ni mcm pak turut..mcm lembu kena cucuk hidung.. pakai ikut jer bukan nak fikir2 mana betul ker salah ker.. mula mcm tak caya juga tapi dah tok larut cakap mcm tu betul ler rupanya..! apa ke hal...?
tauXpe

tOK 'UbAh GaYA HiDUP' Jib...aDA KelaS !


"Semua pihak diingatkan supaya mengambil pengajaran isu pembinaan kasino di Pulau Jerejak dengan tidak membangkitkannya lagi pada masa akan datang kerana ia jelas bertentangan dengan dasar kerajaan." ( Petikan Utusan Malaysia Online)

Syabas ! Baru ler nampak sikit islam hadarinya tu.. tok jib memang ada karisma.. betul ler tu tak kan negara islam hadari kasinonya bersepah2 mana boleh.. tapi tok jib dah terlanjur tu.. pe kata tutup sekali kasino kat genting tu.. baru nampak garang sikit.. berani ker tok jib.. mesti beranikan anak tok razak takkan takut kot ? kalau dah tutup sekali kat genting tu baru MP jerejak tu tak suara2 lagi.. Ni pemuda umNo ke..putri ke antar le memo ke.. tak pun kalu berani buat demo suruh tok jib tutup sekali kat genting tu.. baru grand ! baru islam hadari !

tauXpe

BravO ! HeBAT ! kElaKAR sIOT !

``Saya cakap (adalah) penting jika penyelesaian dilakukan melalui rundingan kerana ia pendekatan yang baik, dia (Bush) menyatakan persetujuan untuk mengutamakan perbincangan dalam hal ini dengan menggunakan saluran diplomatik,''
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Hebat !..kau orang tak bangga ker ada PM mcm ni...tphone jer rumah putih terus tukar keputusan.. teringat aku kat Che Det... Tu ler bangga beb kau orang ingat calang2 org ker yang boleh buat lagu..kau org ingat senang ke nak bagi Bush tu tukar keputusan psl nuklear iran. Kira hebat ler !

"Duta Iran ke PBB, Javad Zarif mengutuk resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut Teheran menghentikan kegiatan pengayaan uranium atau menghadapi ancaman tindakan lanjut yang bertujuan untuk mencetuskan konfrontasi dan bukan menyelesaikan pertikaian berhubung program nuklear Iran" (Petikan Utusan Malaysia Online)

Lah apahal lak ni ! tadi kata Bush dah tukar fikiran..ni ape halnya pulak ni..! Baru nak kembang kuncup hidung sebab ada PM yang hebat..boleh main call2 je ngan Bush minta dia tukar keputusan psl nukluer iran..rupanya hampeh.. buat lawak jer rupanya.. lawak giler siot kalah Apek Senario.. mr Bean pun kalah ni ! Boleh ler buat album ke.. filem ker ! Mesti laku....

tauXpe

ReLaX ler..buKAn apE2 pUN !

"Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof mengaku menemui pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka bagi mendapatkan penjelasan berhubung kes rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia, baru-baru ini."
( Petikan Beritah Harian Online )

Fuh..Tok! Saharir dah letak jawatan..tok bila lagi..? Lepaskan jelah Tok kalau setakat ada menyusahkan parti dan mencemarkan nama baik ahli perlimen buat apa. Tapi..tok ni saya respect betul ler. Orang adu jer terus gi jumpa kastam..'mendapatkan penjelasan' ! Pantas betul yer tok buat kerja..! Harap2nya ngan rakyat bawahan pun mcm tu lah jugak ye tak.. jgn ngan org bisnes jer layan on the spot tapi ngan rakyat tu dia... mcm siput lambat !

Lagi satu respek giler kat tok said usop kita nie.. yelar bukan ape berani mengaku yang dia mahupun syarikat forwadingnya tak de apa kepentingan ngan syarikat tersebut. Ye lah tok..apa nak risau klu ada hubungan pun apa salahnya ye tak ? Yang lain pun ada buat juga ye tak ? Takkan tok nak senyap dan negok je tak ?
tauXpe

Ops ! Lupa Lak...!

"Tabung Haji sedang mengkaji kemungkinan untuk menaikkan kos mengerjakan ibadah haji musim akan datang ekoran kenaikan kos pelbagai perkhidmatan termasuk bahan api."
( Petikan Utusan Malasyia Online )

Eh..eh..apa pulak.. minyak naik apa kena mengena.. bukan ke dulu cakap minyak naik rega barang ngan perkhidmatan takkan naik... sampai ugut2 pengusaha2 bas melayu yang minta kebenaran untuk naikkan harga. Ler ni ekau pulak yang naikkan harga gi haji sebab harga minyak naik...taubat ler kau orang !

Friday, May 05, 2006


Kira-kira 60,000 ahli UMNO dijangka berhimpun di Istana Besar di sini bagi meraikan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-60 pada 11 Mei ini. (Petikan Utusan Malaysia Online)

Sambut-sambut juga... tapi guna duit UMNO jer..jangan dok korek duit negara pulak.. ingat depa tu dah suruh rakyat berjimat cermat... jangan pulak depa sendiri yang membazir ! Orang tegur kang marah... tak patriotik ler... itu ler ! Kita negur sebab tak nak sampai rakyat menyampah ! Beringat ler sebelum kena sumpah ngan rakyat !

Hah ! Tu Baru Betul... Kamik Sokong Datuk Shahrir


Datuk Shahrir Samad (kiri) hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC).

``Ia bukan soal kecewa atau tidak, tetapi melibatkan soal prinsip. Kita kena pimpin secara prinsip"

( Petikan Utusan Malaysia Online )


Syabas Datuk ! Baru betul pemimpin yang berprinsip. Tak kira sape salah keadilan perlu ditegakkan. Tahniah Datuk..ingatkan dah habis dah spesis yang ada prinsip dlm UMNO.. ada lagi rupanya. Biaq.. yang lain tu kononnya dah nunjuk setia.. hampeh setia pun setia ler juga.. beb ingat kata Hang Tuah dlm cite Puteri Gunung Ledang "...menurut biar dengan akal..." Ini semua akal letak kat tapak kaki. Syabas Datuk... lagi best kalau Datuk bukan setakat letak jawatan sebagai Pengerusi BBC tu letak jawatan sekali dlm UMNO.. kuar jer.. Datuk tak duduk dlm UMNO pun pernah menang pilihanraya.. apa kisah sangat. Rakyat negara ni perlukan sangat pemimpin yang ada maruah seperti Datuk. Kan lagi best Datuk jadi pemimpin rakyat daripada jadi pemimpin politik.. yang lain tu pi lantak diaorang.. diorang ingat dia orang nak nongkat langit..

APa CitE.. maCaM nAk PeRBodOH rAkYat jE !


"`Saya memberi jaminan kenaikan tarif baru hanya sama dengan harga sebungkus rokok sahaja (harga sebungkus rokok 20 batang RM7) sebab kerajaan tidak mahu kenaikan itu memberi kesan besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah."
(Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Nie ler masalahnya negara kita ni, pemimpinnya semua layan rakyat mcm ler rakyat ni sekolah tadika jer.. tak reti nak berfikir...lepas tu buat perbandingan bodoh..supaya rakyat boleh terima cakap dia. Beb..ni zaman IT lah, semua maklumat dihujung jari ler.. pukul 10 kau cakap..pukul 10.15 org dah boleh check balik apa yang kau cakap tu betul ke tak..

Ni pasal letrik nak naik.. apa halnya nak bandingkan kenaikan tu sama jer harganya dengan sekotak rokok.. apa cite..konon nak beritahu ler yang sebenarnya harga letrik kat M'sie ni masa murah.. apa dah.. jgn ler sebab nak tegakkan sangat benang yang basah tu.. sampai kebodohan sendiri dijaja..

Tak kira ler kau naik sikit ke banyak..soalnya naik tetap naik.. dan kesannya rakyat tetap kena tanggung.. yang kita minta jangan naik.. bukan soal naik sikit ke banyak. Apa dah.. ikutkan sangat cakap TNB ngan syarikat pembekal kuasa... sapa sebenarnya yang berkuasa ni.. kerajaan ke syarikat-syarikat tu.. kena paksa sikit.. lepas tu merengek kat kaki lima je sikit kerajaan ikut.. apahal.. kalau setakat mcm tu.. budak tak lulus SPM pun boleh memerintah negara. Tak de duit naikkan harga... kena pujuk sikit.. ikut.

Ni TNB ni pun satu.. semakin diswastakan semakin menyusahkan.. menrengek tak habis2 kat kerajaan bila nak rugi.. masa untung diam jer.. tabur duit kat tempat yang tak patut..lepas tu merengek tak tentu pasal. Dulu dah ada bekalan letrik sendiri dijualnya.. ler ni dah mcm pengemis... kena ugut sikit ngan pembekal tenaga.. terus mengelabah minta naik harga... ooo mudahnya niaga kalau mcam tu...

Lepas tu ni satu lagi statement Kheng Yeik tu..cakap lektrik naik rakyat takkan terbeban.. apahal.. dah tua sangat ke sampai nyayuk.. cukuplah ketua kau tu nyanyuk dulu cakap minyak naik harga barang lain takkan naik.. beb ni letrik ler mana ada org tak guna letrik.. mana ada kedai tak guna letrik... mana ada kilang yang tak guna letrik.. semua guna.. orang parut kelapa pun sekarang guna letrik.. kalau kau dah naikkan kau ingat peniaga2 kat bawah tu sanggup nak tanggung kerugian.. dei.. kau duit banyak memang ler tak rasa.. ni kita orang yang kat bawah ni yang mcm nak patah tulang 4 kerat cari duit.. nak bayar bil letriknya..bil airnya..cukai pintunya..duit minyaknya..duit sekolahnya..sewa rumahnya.. duit keretanya.. kauorang ingat mudah ker... kalau kau rasa mudah kau lepaskan ler jawatan kau tu... derma kan semua duit kau.. lepas tu jadi org biasa mcm aku ni..kerja kilang.. baru kau tahu.. langit tu tinggi rendah !..apahal ler kau orang...

Thursday, May 04, 2006

aPe cITe...cHe Det VS pOK laH

Pening beb.. entah apa cite tah, depa ni ayik dok gaduh tak tentu hala..dulu time serah kuasa, wooo..cakap inilah penggantinya yang akan meneruskan segala agende.. yang nerima pun cakap ye saya iltizam untuk berkerja dengan sepenuh jiwe rage..ajak rakyat keje ler bersame-same saya.. ler ni tu die.. asyik dok retorik je tak kire mase.. beb negare tak membangun.. kalau setakat cite nasik sampan ngan nenda.. apa ingat ni zaman tok purba ke.. nak romantik2 cite pasal lame2.. lepas tu tak habis2 lancar itu ini.. negare akan jadi hub halal sedunie ler... pusat biotek terkemuke ler.. ler ni nak lancar pulak.. M'sie sebagai pusat IT serantau.. apa cite cakap banyak tak gune.. klu orang kite dah termakan sosej khinzir punya perisa, hub halal sedunie konon... cakap banyak tak gune.. kalau ribuan pelam kat perlis sane depa nak buang je, cite pasal biotek..pi ler.. cakap banyak tak gune.. kalau jadi pusat IT yang kaye sikapitalis sperti microsoft dan rakan2nye.. yang bumiputere itu dia melingkup merate-rate... apa cite..

Ler ni depa dok gadoh..perang mulut mcam murai tercabut ekor.. psl jambatan indah punya cite.. sama je depa berdue ni.. sorang sengal tak de karisme yang sorang bengap dok rasa masih mcm M'sie dia punye.. bagus ler kauorang..gado je ler..yang dpt susahnya ni hah kite.. minyak naik suke2.. suruh berkorban konon.. ingat ni cite Hang Tuah ke.. sorang rakyat setia meskipun derite... lepas tu senang2 jer depa dok pakat naikkan segale benda.. bila duit pokai dalam kantung negare.. depa ingat negara ni bapak depa punya ker.. suke2 nak cukai beratus kali ganda... suke2 nak naikkan rega .. ituler jadinye.. yang dok mimpin mcm tok selampit asyik cite.. rakyat dok sempit giler nak hidup.. dia.. itu dia gi nengok bola teman menantu dia.. yang lain pulak mcm kakak tua .. jilat je kerja.. sampai lupa rakyat kat bawah ni dah bengang giler.. gasak kau orang ler.. sampai juga masenye tiba kau orang datang kat kite.. tungguler !

tauXpe