Saturday, May 06, 2006

giTUler hUKum dUnia

Akhbar terkemuka Singapura, Straits Times hari ini mengharamkan sebaran kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengenai isu pembatalan jambatan Gerbang Perdana. Menurut sumber dalaman akhbar tersebut, ST Singapore tidak akan menyiarkan sebarang kenyataan Datuk Mukhriz lagi selepas satu kenyataan beliau minggu lalu menimbulkan perasaan kurang senang pihak tertentu di Malaysia. Pengurusan tertinggi ST Singapore juga memutuskan untuk tidak menyiarkan wawancara wartawan mereka Carolyn Hong dengan Datuk Mukhriz kerana khuatir dituduh Singapura "not being friendly" dengan orang tertentu di Malaysia. Sementara itu, sumber dalaman Pemuda UMNO, beberapa EXCO Pemuda UMNO diingatkan secara bertulis supaya mengekalkan pendirian bersama mesyuarat EXCO Pemuda yang memutus untuk menyokong keputusan Kerajaan. Menurut sumber itu, EXCO Pemuda tidak dibenarkan memberi pandangan yang berlainan biar atas kapasiti individu mahu pun pertubuhan lain.
( Petikan daripada PROWARIS.ORG, Inai Merah )

Itu ler nasibnya duduk dlm umno nie...time berkuasa jgn kata cium tangan jilat tapak kaki pun boleh.. bila dah tak lagi cakap pun org buat tak dengan jer.. tengok sendiri ler apa yang berlaku kat Allahyarham Tun Ghafar Baba.. sape ada dok pandang dia.. sampai merayu kat media.. nak jumpa menteri pun terpaksa bersusah payah merempuh di airport.. lebih jauh lagi cuba nengok nasib org mcm Dato' Onn bila dia tinggalkan umno org pandang dia mcm takde jasa jer.. Tunku pun pernah lalui nasib yang sama dipenghujung usia dia.. Dlm umno ni org pandang time bila dah aruah jer.. itu lah ni lah jasa nya.. tapi time hidup org pandang sebelah mata jer.. ! Nasib ajelah !
tauXpe

No comments: