Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sokongan itu yang dinyatakan semua pemimpin Umno pada peringkat negeri dan Pusat membuktikan tidak wujud perpecahan dalam parti ekoran kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan baru-baru ini
(Petikan Berita Harian Online)
Inilah UMNO... dulu, kini dan selamanya tetap UMNO itu jumud dan kerana kejumudannya itu UMNO akan tetap ditakuk itu selamanya... bawahlah apa agenda pun... ciptalah apa gagasan pun... tetap umno itu begitu... jumud, diktator, elit, korup dan retorik.. kritikan... teguran diukur dalam indukator perpecahan... sedangkan dlm Islam kritikan itu adalah satu rahmat... tetapi disebabkan umno itu, badannya penuh dengan segala macam kekotoran maka teguran itu akan dianggap sebagai satu permusuhan... sebab itulah dari hari kehari semakin ramai orang meninggalkan umno... even individu-individu yang pernah merasa hidup dizaman umno dilahirkan pun mengakuinya... umno sekarang bukan umno yang dahulu dibangunkan oleh Dato' Onn... yang prihatin terhadap permasalahan rakyat... yang meletakkan kepentingan negara melebihi daripada kepentingan individu dan parti... umno sekarang dipimpin oleh serigala, singa, harimau dan buaya... rakyat yang ada didepan mereka bukan lagi dipandang sebagai amanah tetapi santapan yang cukup menyelerakan... maka dari hari ke hari dptlah kita lihat seorang demi seorang rakyat bumi bertuah ini kecundang... kerana kerakusan mereka !tauXpe
No comments:
Post a Comment