Thursday, May 18, 2006

TAHU TAK PE !


Penjawat awam yang bertanggungjawab membuat keputusan, tidak harus berasa tertekan dengan sebarang permohonan atau permintaan daripada orang kenamaan atau yang mendapat sokongan pihak tertentu.
(Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman-Petikan BERNAMA)

Cakap memang mudah tok din seman.. org mcm tok din seman yang ada link kat ngan org atas boleh ler cakap tak tertekan.. tapi bagi pekerja2 yang kat bawah tu.. yang tak kenal sesapa.. bila dpt surat sokongan mcm tu lagu mana.. itu belum lagi yang susul ngan call dan dtg sendiri.. sepatutnya orang2 kenamaan tu yang perlu dihalang buat lagu mcm tu.. depa semua yang patutnya diberi amaran dan diperingatkan supaya jgn menggunakan pangkat depa untuk kepentingan pihak tertentu.. atau kepentingan depa sendiri ! Orang kat bawah tu apa dia orang boleh buat kalau org2 kenamaan yang tak sedar diri tu buat lagu tu.. depa cuma fikir dari kena maki hamun baik buat jer.. aku sebenarnya sokong apa yang kau cakap tu tok din seman tapi saranan tu lebih tepat sepatutnya ditujukan kepada VIP yang kemaruk dan gila kuasa tu.. buanglah budaya mengkambing hitamkan pejawat2 awam kat bawah sebab perilaku buruk VIP yang tak senonoh tu.. ! Kalu tok din seman betul2 jujur dan ikhlas gini je lah tok din seman.. buat satu pekeliling yang mengarahkan pegawai2 kerajaan untuk gugurkan serta merta sebarang permohonan atau apa saja yang menggunakan pengaruh pihak lain.. ! Baru betul..! Lepas tu kerajaan kena wujudkan satu etika untuk menghalang puak2 vip daripada memberi sebarang sokongan kepada mana2 pihak.. baru fair.. ini setakat cakap mulut.. sesapa pun boleh cakap ! tauXpe