Friday, July 14, 2006

'Kodomo Lion' lagi....


PUTRAJAYA 13 Julai - ‘‘Saya tidak hidup dengan pasir dan saya harap orang tidak masukkan pasir dalam hidup saya,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menafikan khabar angin bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat yang menjual pasir kepada Singapura

‘‘Saya suka mempunyai wang yang banyak tetapi saya akan pastikan wang berkenaan adalah sah dan tidak melibatkan perkara buruk atau bertentangan dengan undang-undang atau rasuah, jadi kita boleh hidup senang,” katanya. (petikan Utusan Malaysia)

tauXpe:...aku tak nak ulas banyak, tapi orang kota tinggi tak akan lupa masa pilihanraya yang lepas di mana 'kodomo lion' melalui anjing-anjing telah merasuah calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen tempat beliau bertanding supaya beliau dapat menang kerusi tersebut.....sudahlah...botak...pegi jahanam dengan kau!!