Wednesday, July 19, 2006

Seluar UMNO di Londehkan Ahli Sendiri.....


Insiden diNikko Kuala Lumpur anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Selasa 18 Jul 2006 ini menjadi bukti jelas akar umbi amat TIDAK PUAS HATI terhadap isu-isu berbangkit yang sering diperkata ramai, termasuk rakyat jelata. Menteri-Menteri Kabinet YB Dato' Mustapha Mohamad, YB Dato' Mohamed Khalid Nordin dan YB Dato' Zulhasnan Rafique serta ahli ahli MKT UMNO YB Dato' Shahrir Samad, YBhg Dato' Mohd Norza Zakaria serta Bendahari Agung UMNO YBhg Dato' Azim Zabidi TIDAK LANGSUNG MENJAWAB dengan tepat keatas isu yang dibangkitkan dimana menerima sambutan HANGAT para hadirin (terdiri kepimpinan menengah dan ahli UMNO akar umbi)

1. Isu pembatalan Jambatan Indah Mengantikan Tambak Johor (dihujahkan oleh ahli UMNO Lembah Pantai menurut fakta-fakta sebagaimana yang diberitakan akhbar perdana)

2. Isu kenaikan harga petrol dan kenaikan kos pembuatan serta kos sara hidup meningkat

3. Perbelanjaan Kerajaan yang kunun-kununya 'besar' dan meningkat semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini,terutama untuk 'Pembangunan' TETAPI tidak langsung dirasai rakyat, terutama golongan peniaga dan kunun-kunun 'pembangunan luar bandar' dan 'membasmi kemiskinan' yang tidak dirasa akar-umbi.

4. Isu Proton, Scandal Penjualan MV Agusta dan masalah yang timbul dari lambakan motorkar asing kerana dasar AP yang disalah guna

5. Isu Scandal ECM Libra - Avenue Capital

6. Isu NST sebagai punca utama "PERPECAHAN UMNO" hari ini dan pergolakan politik antara PM YDP Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

(Kedua-kedua isu 5 & 6 ini LANGSUNG TIDAK DISENTUH PARA PANELIS selepas dibangkit dalam Q & A yang pada asalnya pihak penganjur cuba sangat untuk mengelak) Pendekata, Kepimpinan Kerajaan termasuk Kabinet dan UMNO diperingkat MKT sebenarnya TIADA JAWAPAN kepada persoalan dan isu YANG AMAT NYATA TIDAK MENGUNTUNGKAN BANGSA MELAYU secara menyeluruh.

hehe..pertama nya aku nak ucapkan tahniah kpd sedara kita *******
...hehehe pertayaan2 yg dia kemukakan benar2 buat tukang2 karut paklah kat atas pentas terkedu...merah muka...senyum tak senyum..tp muka semua nampak blur.....!! sessi yg awal nya nampak macam terkewal...mula2 khalid nordin bercerita pasal cerita dongeng fakta pasal jambatan...pusing sana..pusing sini..hehe tp tang tu jugak..kalau takat tu yg dia nak cakap..baik aku balik tidur...

hehe lepas tu..org kampung aku..mustapha muhamad pula ambil tempat..hehe yela...dia mmg cakap ikut data..mana data masuk dia tibai...tp hehe ok lee sikit dari khalid nordin..sekurang2 ada juga menafaat...!! hehe lepas tu giliran yg tiung rambut putih..shahril samad ambil tempat..hehehe yg sekor ni..mula2 puji diri..hehehe lepas tu puji diri..dan kemudian puji lagi diri dia...pendek kata..macam dia saja pndai..org lain semua tak pantai..hehe dia saja ada fakta ..org lain tak de fakta....!!

hehehe lepas sharil samad bercerita...tiba2 tukang MC tu umum acara tutup..hehe apa lagi..****** dan aku mula bising..soalan!! soalan!!! soalan!!!....lepas tu makin ramai yg laung soalan!! soalan!!! hehe nak tak nak tukang MC tu kena buat undi..hehe hampir semua setuju dibuka soalan....!!! hehe..tang sini lah bermula titik terlondeh nya tukang2 karut paklah...!! hehe satu soalan...dua soalan...hehehe..masuk ke soalan org ketiga..iaitu kuntakinte kemuka soalan..hehe suasana menjadi hangattt..dari isu jambatan..

isu kurang ajar kpd Tun Dr. Mahathir kepada isu Ecm-Libra..soalan dah hujjah yg ******* kemukakan cukup hebat..sampai berdiri bulu betis aku..aku tenguk sekor2 yg doa atas pentas tu...muka macam kena panah petir..terlopong...terkedu..hehehe yg nampak senyum pun...datuk sulaiman(titiwangsa)....!!

hehehe..seronok aku tengukkk sokongan dari penyokong2 Tun Dr. Mahathir agak luar biasa memberi sokongan pd ******..hehehe sesekali terdengar jeritan hidup mahathir!! hidup mahathir!!! hhehe..pendek kata lepas acara tu..aku lihat ******* dah macam bintang filem...dikelilingi olih 'peminat' hehe termasuk datuk idris tulis... hehe..hebat..hebat..itu yg aku dengar dr kawan2 dari titiwangsa bila bercerita tentang *******...hehe..malang nya ******* tak sempat minum dgn aku ..hehe sebab dia balik bersama BGDM... apa pun..peristiwa di Nikko hotel...menjadi bukti bahawa pengaruh Tun Dr. Mahathir jauh lebih hebat dari yg dijangka!!!!
( petikan dari Laman Web pro Mahader/UMNO)

tauXpe: Telah makbul doa dari orang-orang yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah. Antara doa yang selalu di pinta adalah untuk memecahbelahkan perpaduan dalam UMNO, ternyata UMNO kini telah berpecah belah....bukan orang lain yang pecahkan tapi ahli mereka sendiri...Takbirr!!! :)

1 comment:

Anonymous said...

Great site lots of usefull infomation here.
»