Tuesday, July 18, 2006

Tsunami datang lagi......

Tsunami mengganas lagi -- 86 terkorban diseret gelombang besar di selatan Pulau Jawa

JAKARTA 17 Julai – Seramai 86 orang terkorban dan ratusan lagi dikhuatiri hilang diseret gelombang tsunami di pantai selatan Jawa Barat dan Jawa Tengah, selepas berlaku tiga gempa bumi berskala 6.8 Richter di dasar Lautan Hindi, berpusat kira-kira 620 kilometer di selatan Bandung, petang ini.
Wakil rakyat tempatan, Rudi Bahro memberitahu Metro TV bahawa mereka yang terbunuh dijangka akan meningkat.
Kawasan yang teruk dilanda gelombang setinggi satu ke tiga meter itu dan melanda sehingga antara 400 meter dan satu kilometer ke daratan ialah Pantai Pangadaran di daerah Ciamis, Jawa Barat dan Pantai Petanahan di Cilacap, daerah Kabumen, Jawa Tengah.
(petikan Utusan Malaysia)

tauXpe: Amaran Allah datang lagi.......lagi...dan lagi.....dan akan terus datang...dengan harapan manusia insaf dan sedar akan kekuasaanNya...serta patuh akan segala hukum hakam yang telah di turunkanNya......