Sunday, July 16, 2006

Dollah Belasah Mahader Habis-habisan!

K'jaan siar kandungan surat mengenai jambatan
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyiarkan kandungan sepenuhnya surat-menyurat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong berhubung cadangan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh, kini dapat dibaca dalam portal berita Bernama, www.bernama.com di bawah tajuk "Correspondence between Tun Dr Mahathir and former Singapore Prime Ministers". (petikan The Star-Melayu)

tauXpe: mana satu yang betul ni? Mahader ker Dollah? Aku pening juga....tapi bukan sebab apa, aku pening sebab tengok orang UMNO ni bengong bin bangang! (maaf kasar sikit)...bukan ker masa Mahader jadi PM semua pencacai dan pembodek Dollah ni jugak lah yang sokong segala macam keputusan yang Mahader buat(masa tu)? Bukan setakat sokong malah memuji serta mendewa-dewakan keputusan tersebut seolah-olah ia adalah keputusan yang maksum, bebas dari cacat dan cela..semacam keputusan yang datang dari Tuhan, TAPIII...sekarang jadi lain pulak!!!, aib...aib...aib....hahaha....begitulah nasib golongan-golongan munafik ni.....semua sama aja...macam lalang! Esok-esok masa Dollah dah tak jadi PM, dan Najib jadi PM, sokong Najib lak...., kata Dollah lak penipu......iskkk...iskkkk...lain kali fikir dulu sebelum buang(undi) :-)

No comments: