Friday, June 02, 2006

KENA LAGI KAU KHIR TOYO


Ni Khir Toyo cakap ~ Akibatnya tembok yang dibina dengan tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang ditetapkan itu runtuh dalam masa yang singkat

Ni MPAJ cakap ~ Pemilik tanah telah membina rumah panjang tanpa mengemukakan sebarang pelan kepada MPAJ

Ni AJK penduduk Kampung Pasir cakap ~ Kami dah tinggal disini selama 10 tahun !
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Ni tauXpe cakap ~ Inilah negara ku islam hadhari..pada setiap musibah yang berlaku semua dok pakat tuding jari..ini salah orang tu..yang tu salah orang ni..tapi tak de satu iktibar pun depa dpt daripada setiap peristiwa dan kejadian..setiap tahun ada saja tragedi yang menimpa rakyat kesan daripada kecuaian dan sebagainya..dan setiap kali itulah juga kita mendengar pelbagai bangkitan, tuduhan dan pelbagainya..dari setiap pihak..masing-masing seperti enau cuba melepaskan tanggungjawab masing-masing..ini ker sebuah kerajaan yang bertanggungjawab..ini ker yang dinamakan sebuah negara yang diletakkan atas landasan Islam yang sepatutnya meletakkan kepentingan menjaga nyawa dan harta benda manusia sebagai kepentingan utama..Kita persoalkan apapun jika kita selidiki secara teliti kita akan dapati semua ini berpunca daripada kerakusan baik majlis perbandaran mahu pun kerajaan negeri..kerakusan yang menyebabkan rasuah berleluasa..kerakusan yang menyebabkan yang hak menjadi batil dan yang batil menjadi hak..! Jelasnya rakyat yang menderita..! Aku nak cakap satu jer...kau orang tuai ler apa yang kau orang semai..kerana kita lebih rela menuai lalang maka jangan dimarah jika tajamnya mencucuk mata..!tauXpe