Ini antara ruangan baru yang akan aku perkenalkan sempena kebangkitan semula tauxpe dengan versi phoenix ini... Walaupun aku bukanlah penganalisa politik yang ada apa-apa title didepan nama aku tapi melalui ruangan "Daripada Kepala Otak Randomsz..." aku cuba untuk menganalisa isu semasa samada politik atau sebagainya... Bagi aku pandangan dan luahan minda orang bawahan yang tidak mempunyai apa-apa ini pun penting untuk diruang untuk dinilai... Insyallah.... Ketika ini disana-sini udara politik tanahair kuat dengan khabar tentang betapa hampirnya pilihanraya umum... aku melihat isu ini dari pelbagai sudut tentang pro dan kontranya berita tersebut... pelbagai indikator dikeluarkan bagi menyokong hujah betapa pilihanraya umum itu semakin hampir. Pentunjuk ekonomi contohnya dijadikan aras penting dan utama bagi mengukur jarak tempoh masa akan bubarnya parlimen. Benar beberapa senario yang lalu menunjukkan bahawa indikator ekonomi akan menjadi pentunjuk penting bagi kerajaan UMNO/BN untuk mengisytiharkan pilihanraya umum. Logiknya dengan situasi ekonomi yang baik, ianya akan memberi impak yang baik kepada UMNO/BN. Ini adalah kefahaman semua. Namun begitu bagi aku indikator ekonomi bukanlah segalanya. Terdapat banyak lagi pentunjuk-pentunjuk yang perlu dipandang secara serius bagi menelah tarikh pilihanraya umum yang sebenar.
Situasi teka-teki ini sebenarnya mula menyelubungi atmosfera politik tanahair sejak sekian lama lagi dan ianya semakin kuat bertiup apabila UMNO sebagai tunjang kepada BN mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan pucuk pimpinannya. Teori bagi tindakan ini biasanya membayangkan bahawa didalam tempoh 12 - 16 bulan akan berlakunya pilihanraya umum dengan penangguhan pemilihan tersebut sebagai satu proses untuk mengelakkan perpecahan dalam parti. Teori ini juga sebenarnya mempunyai kemungkinan yang kuat. Arahan tanguh akan memberi isyarat jelas kepada semua cawangan UMNO untuk mempersiapkan jentera pilihanraya mereka secara berfasa. Walaubagaimanapun ianya tidak akan menjawab sepenuhnya bila tarikh pilihanraya yang sebenar. Jarak tempoh 18 bulan memungkin apa saja boleh berlaku.
Satu lagi teori yang ada rasionalnya ialah keperluan kepada Perdana Menteri untuk memiliki mandat baru didalam barisan kabinetnya. Malah teori ini lebih kuat berbanding teori lain. Keperluan mandat baru daripada rakyat bagi ketua kerajaan membentuk kabinet yang diperlukan adalah faktor yang cukup kuat untuk memungkinkan piliharaya. Lebih-lebih lagi bagi sebuah kerajaan yang dilihat lemah dari segala sudut. Kerajaan lemah yang tidak mampu membentuk aspirasi negara melalui kesepaduan dalam tindakan menjayakan misi dan visi rakyat dan negara jelas terlihat didalam kerajaan hari ini. Ketidakmampuan kerajaan untuk menyelesaikan pelbagai isu rakyat yang wujud bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan cukup ketara ini. Lemahnya pengawalan terhadap Menteri dan Menteri Besar juga cukup menjolok mata. Situasi ini dapat dilihat daripada beberapa siri kejadian yang cukup memalukan rakyat dan negara.
Dimana dengan segala apa yang berlaku itu, kredibaliti ketua kerajaan ( baca Perdana Menteri ) dilihat begitu merundum. Imej baik yang telah diprojekkan kian hari kian hilang dihati rakyat. Maka bagi mengelakkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar satu mandat baru diperlukan bagi membentuk kabinet yang akan menyokong 100 peratus aspirasi Perdana Menteri.
Namun begitu walau apa sekalipun faktor yang menjadi indikator berlakunya pilihanraya ianya bukanlah persoalan yang amat penting. Bagi gerakan parti politik alternatif samada hari ini atau esok mahupun tahun depan usaha mendekati rakyat perlu terus dilakukan secara konsisten. Proses memperkemaskan jentera pilihanraya perlu terus dilakukan secara sistematik. Ingat kalau UMNO/BN sanggup melakukkan apa saja untuk menang, maka takkanlah gerakan politik aliran alternatif boleh duduk dan diam sahaja menantikan pilihanraya ! Ayuh ! Kita terus menggandakan usaha untuk mengajak rakyat melakukan perubahan terhadap kepimpinan negara yang semakin hari semakin korup dan haru biru ! ~ tauxpe
No comments:
Post a Comment