Isu Kadar Tarif Elektrik : Fakta Yang Perlu Anda Tahu !
........................................................................
- Laporan kewangan TNB bagi tempoh enam bulan berakhir 28 Februari 2006 mencatatkan kerugian ekonomi RM1 bilion.
- Kerugian ini dikatakan berpunca bebanan TNB yang terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada IPP tanpa mengira sama ada kapasiti digunakan sepenuhnya atau tidak.
- Kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengurangkan rizab tenaga elektrik negara kepada 20 peratus berbanding 40 peratus sekarang.
- Negara kini mengeluarkan sebanyak 26,000 megawatt tenaga elektrik, dengan kapasiti pengeluaran TNB 18,000 megawatt dan 8,000 megawatt lagi dibekalkan oleh Penjana Tenaga Bebas (IPP).
- IPP mempunyai perjanjian dikenali sebagai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang tidak boleh dirunding semula.
- Setakat ini sebanyak sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen.
- TNB terpaksa menanggung kos rizab bekalan elektrik sebanyak RM6 bilion apabila dua lagi IPP baru iaitu di Jimah Baru dan Tanjong Bin beroperasi.
- Kerajaan akan berunding semula dengan kesemua IPP untuk mencari kaedah mengurangkan kapasiti caj elektrik terlalu tinggi dibekalkan kepada TNB yang telah dimeterai sebelum ini.
- Kerajaan akan berunding semula dengan IPP dalam hal ini dan kerajaan sanggup memberi apa juga pampasan kepada mereka.
Faham tak maksudnya.. maksudnya kau orang ready je lah.. untuk mengadap KENAIKAN TARIF ELEKTRIK YANG TIDAK AKAN MEMBEBANKAN TU !?!?!?!
1 comment:
Great site loved it alot, will come back and visit again.
»
Post a Comment