Monday, May 22, 2006

KENAPA DEPA KETAQ ! SATU PENDEDAHAN BN SENDIRI !

Ini adalah sebahagian analisis yang aku kumpul daripada BN sendiri. Kesimpulan ini adalah kesimpulan BN terhadap pilihanraya Sarawak.. dan analisis ini menjawab kepada kenapa tetiba UMNO/BN ketaq meskipun depa menang 62 kerusi berbanding pembakang 9 kerusi :
  • Kemenangan 9 kerusi khususnya 6 kerusi DAP melibatkan kawasan bandar yang mempunyai jumlah pengundi Cina yang tinggi. Semenjak persempadanan semula 2003 pengundi Cina adalah key factor kepada kemenangan. Dengan corak pengundian di Sarawak khususnya di kerusi yang dimenangi oleh DAP, BN menjangkakan undi masyarakat Cina akan kritikal pada pilihanraya akan datang... sebab tu depa ketaq !
  • Kemenangan 2004 diketahui umum disebabkan kehadiran PAK LAH sebagai main factor. Kehadiran Pak Lah ini adalah hasil daripada strategi licik Dr. Mahathir.. dan secara jelas ianya berkesan.. tetapi dengan corak pengundian didalam piliharaya negeri Sarawak.. satu indikator telah ditunjukkan iaitu imej Pak Lah tidak lagi satu faktor yang mampu mendorong undi kepada BN... sebab tu depa ketaq!
  • Antara kunci kepada kempen BN ialah projek pembangunan.. dengan kempen ini biasanya rakyat akan terpukau dan memberi sokongan kepada BN... tapi corak pengundian di Sarawak menunjukkan sebaliknya. Peratus pengudian yang rendah.. dan penurunan undi majoriti BN menunjukkan bahawa rakyat semakin muak dengan janji kosong BN.. maka untuk berdepan 2008 nanti BN menjangkakan masalah yang sama dihadapi oleh mereka.. sebab tu depa ketaq !
  • PAS kalah di Beting Maro.. itu hakikat.. tetapi kekalahan itu merupakan satu kemenangan di dalam diam sebenarnya.. keupayaan rakyat Sarawak di Beting Maro yang kebanyakkannya masyarakat Melayu-Melanau bagi menunjukkan satu indikator bahawa ada perubahan sikap dikalangan masyarakat Melayu.. logiknya mcm ni.. jika masyarakat Sarawak ( Melayu-Melanau) yang tanpa kemudahan asas.. yang mandi mengharapkan air hujan.. yang air minumnya diambil dari gunung !.. yang tak de kemudahan televisyen dan radio boleh memberi sokongan dan fakta kemenangan BN hanya berpunca daripada strategi akhir yang datang bersama2 duit dan kehadiran Najib Razak.. maka secara jelasnya BN tahu itu adalah satu signal yang tidak baik untuk pilihanraya 2008..sebab tu depa ketaq !
  • Hujah Anwar sudah tidak lagi relevan untuk rakyat M'sia terbukti silap.. kehadiran Anwar 3 hari berkempen di Sarawak secara jelas memberi impak kepada gerakan pembangkang.. dan faktor Anwar tetap menghambat BN.. satu lagi... depa tahu sebenarnya samada Anwar dapat bertanding atau tidak pada 2008 itu bukan soalnya.. yang penting depa (BN) tahu pada 2008 Anwar akan menjadi front leader kepada gerak kerja pembangkang.. itu sudah cukup menggusarkan.. BN sebenarnya lebih suka jika Anwar bertanding.. kerana apa.. kerana bila dia bertanding fokus dia akan tertumpu di kawasan yang dia bertanding.. berbanding jika dia tidak bertanding.. yang membolehkan dia menjelajah seluruh negara.. so pilihanraya akan diadakan hanya selepas Anwar lepas dari syarat hukuman tersebut.. sebab tu depa ketaq!
  • Pengurusan isu yang lemah ! Pak Lah jelas tidak bijak dlm mengurus isu dan kenyataan ini terbukti didalam pilihanraya sarawak.. isu minyak sebagai contohnya.. memberi dua kesan kepada rakyat. Pertama rakyat cukup terkesan dengan kenaikan harga tersebut. Kedua rakyat rasa tertipu dengan kerajaan yang mengatakan kenaikkan harga minyak tidak membebankan mereka ! Maka dari masa ke semasa imej BN semakin jauh dihati rakyat.. Bagi BN keadaan ini akan berterusan selagi mana BN dan kerajaan diterajui oleh Pak Lah..sebab tu dia ketaq !
Ini antara analisis yang aku kumpul daripada beberapa pemimpin BN (UMNO) yang turut sama di dalam pilihanraya di Sarawak.. kau orang nilai sendiri.. sudah sampai masanya kita menggandakan usaha dan tenaga.. 2008 adalah antara tahun terbaik kita... jom..hancur ! hancur ! hancur BN ! reformasi ! reformasi ! Allahuakabar ! Allahuakbar ! Allahukabar ! tauXpe

3 comments:

Anonymous said...

Insya'allah..jika kita betul2 istiqamah dan melakukan strategi dengan betul..kemenangan akan menjelma semula...allah'huakbar...

Anonymous said...

insyallah.. kita sama2 berusaha !

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » »