Thursday, May 25, 2006

KENYATAAN PENDIRIAN tauXpe TERHADAP PENGUMUMAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK !


JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT !

Hari ini kita dikhabarkan dengan satu pegumuman kenaikan tarif elektrik sebanyak 12 peratus. Kenaikan ini dikatakan tidak akan membebankan rakyat dimanakerajaan memaklumkan hampir 60 peratus rakyat akan terkecuali daripada kenaikan ini. Soalnya dimanakah logiknya hujah ini ? Sedangkan kenaikan tarif elektrik akan melibatkan sektor industri, perkhidmatan dan perkilangan, yang mana ianya juga membawa maksud akan meningkatkan lagi kos pengeluaran sektor. Dengan peningkatan kos ini secara tidak langsung akan mempengaruhi harga barangan, produk dan perkhidmatan dipasaran.. dan pastinya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini akan memberi kesan terus kepada pengguna.

Elektrik adalah sumber tenaga asas yang diperlukan oleh semua pihak khususnya industri maka hujah kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik tidak membebankan rakyat adalah satu hujah yang cukup lucah.

Kita juga tidak boleh menafikan bahawa sebelum daripada ini telah berlaku pelbagai peningkatan tarif dalam pelbagai sektor yang sedia cukup membebankan.. fakta dibawah ini membuktikannya
  • Kenaikan mendadak sehingga mencecah 100 peratus cukai tanah
  • Kenaikan mendadak cukai pintu sebanyak 10 peratus
  • Kenaikan harga petrol sebanyak RM 0.30/liter
  • Kenaikan harga diesel sebanyak RM 0.30/liter
  • Kenaikan harga gas sebanyak RM 3 - 5 / tong
Maka dimanakah yang dikatakan kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan rakyat.. tidakkah jelas didalam hal ini kerajaan bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan memperbodohkan rakyat melalui hujah-hujah yang dangkal dan tidak berasas. Pembohongan ini juga dilihat satu bentuk komplot bagi menutup isu sebenar kelemahan kerajaan dalam mentadbir negara. Isu kenaikan tarif elektrik secara jelas adalah berpunca daripada perjanjian aneh dan berat sebelah yang ditandatangani oleh TNB dan IPP. Perjanjian yang memberi kelebihan kepada IPP untuk memeras setiap sen duit yang dimiliki oleh TNB seharusnya didedahkan dan satu siasatan secara telus juga perlu dilakukan. Desakan ini perlu terus digerakkan. Rakyat perlu disedarkan dari kemunafikan pimpinan kerajaan yang amat jelas lemah dan tidak berkredibaliti. Kesedaran itu seharusnya dimulakan dengan menuntut satu gesaan secara vokal dan aksi bagi mendesak kerajaan pimpinan UMNO/BN diadili dan dihadapkan ke mahkamah rakyat ! Secara ini sajalah reformasi tulen akan dapat dilakukan terhadap sistem pentadbiran yang sedia ada ketika ini.. yang penuh dengan pelbagai bentuk penyelewengan, salah laku dan ketidaktelusan ! randomsz anarzarchel ( tauXpe.blogspot.com / senyapsenyap@yahoo.com )

No comments: