Malaysia akan menjadi negara pertama memberi sumbangan wang permulaan bagi menggerakkan Asia e-University berharga AS$50 juta yang dicadangkannya pada Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Kerjasama Asian (ACD) di Islamabad tahun lepas.
(Petikan BERNAMA)
Aku sendiri tak faham apa keperluannya Asia e-University ni.. apa keperluannya kepada negara.. apa sumbangannya kepada rakyat.. sehingga kerajaan sewenang-wenangnya meleburkan wang rakyat ke dalam projek tersebut.. aku dok fikir kan lebih bagus kalau duit itu digunakan untuk memperkasakan IPT kita yang semakin hari semakin menurun kredibalitinya.. lagi satu alangkah bagusnya juga kalau duit itu digunakan untuk membantu IPTS milik bumiputera yang semakin hari semakin tenat..! betul aku betul2 tak faham.. tindakan kerajaan ni yang dilihat seperti bidalan melayu.. kera dihutan disusukan.. anak dirumah dibiarkan kehausan.. kau orang fikir sendiri ler ! tauXpe
No comments:
Post a Comment