Thursday, May 25, 2006

PESTA BURUNG KAKAK TUA !


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan tarif elektrik yang diumumkan Kabinet hari ini cukup wajar setelah mengambil kira kepentingan rakyat
tauXpe ~ relax tok ayah lah.. tok sah membebel nanti nampak pulak bebalnya tu.. !

Pengerusi Kelab Senator Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kadar baru tarif elektrik itu membuktikan kerajaan bersikap adil kepada rakyat.
tauXpe ~ fuh memang adil.. adil sesangat tu.. adil dan prihatin.. nak adil lagi naikkan ler lagi !

Ahli Dewan Negara yang juga Setiausaha Agung Kelab Senator Malaysia, Datuk Syed Ali Alhabshee, berkata kadar purata 12 peratus itu adalah munasabah kerana tidak terlalu tinggi.
tauXpe ~ betul.. tak tinggi.. sikit jer tu ?

“Kadar ini masih antara yang terendah di rantau ini selepas Indonesia dan Taiwan berbanding kadar tarif elektrik di Thailand, Korea, China, Singapura dan Hong Kong.
tauXpe ~ mcm biasa dengar kan... tapi dimana yek ?