Saturday, May 27, 2006

SATU LAGI IDEA HAPRAK TOK AYAH LAH !

rock baby.. amacam rock tak tok ayah lah
Kerajaan akan menggunakan pendekatan menyeluruh berasaskan kepada tiga tunggak utama untuk membangunkan masyarakat luar bandar serta meningkatkan tahap pendapatan mereka.Tiga strategi itu ialah melaksanakan program-program pembangunan luar bandar yang menekankan pembangunan modal insan, membuka peluang-peluang ekonomi yang baru supaya penduduk luar bandar dapat menjana pendapatan ekonomi berterusan dan mengukuhkan keupayaan institusi sosial luar bandar dan keupayaan pelaksanaan.
(Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-Petikan daripada BERNAMA)

Ceh..buat penat aku membaca jer.. dengor mcm hebat tapi rupanya hampeh.. setakat strategi tu.. dari zaman Tun Abdul Razak dah depa dah citer.. cuba kau orang nengok balik gagasan penubuhan Felda.. itulah strategi yang diaorang gariskan untuk mencapai matlamat Felda bagi membangunkan masyarakat luar bandar.. wei.. tok ayah lah.. budak sekolah tadika boleh ler kau kencing.. malulah woi.. PIRATE idea orang lepas tu ngaku idea sendiri.. kalau setakat macam tu aku pun boleh jadi PM.. bukan susah.. duduk kat pejabat sehari suntuk buka balik kesemua fail 8 rancangan malaysia yang lepas lepas tu cedok ler satu-satu ideanya.. aku rasa ler kalau setakat macam tu anak ketua cawangan umno kat tempat aku ni yang tak pass pmr dan dah mula ngisap ganja tu pun boleh ler jadi PM..!ceh apalah malang negara aku dapat PM yang ahanya tahu cakap..cakap...cakap tapi buatnya ke parit.. mcm mat jenin.. ah mat jenin pun kira lebih baik !tauXpe

No comments: