Kerajaan Selangor meminta pihak berkuasa supaya bertegas dalam menentukan sama ada sesuatu pembangunan boleh dilaksanakan atau tidak di kawasan tertentu bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul pada masa depan.
(Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo-Petikan daripada BERNAMA)
Kan pecah tembelang kat situ... nampak sangat ler selama ini agensi kerajaan ni buat kerja tak pernah serius... keputusan yang dibuat juga jelas sangat boleh dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu... tapi tulah malangnya negara islam hadhari ni bila dah ada yang mati baru nak citer pasal ketegasan.. baru nak citer pasal ketelusan... lagi satu citer pasal semua tu bukannya diambik perhatian... semua cakap setakat nak lepaskan diri masing-masing jer... kalaulah diaorang ni buat apa yang diaorang cakap takkan berlaku kejadian kat Hulu Klang tu... masalah tanah runtuh kesan projek dikawasan tinggi dah lama dah berlaku... Highland Tower contohnya... masa berlaku fuh semua pihak tampil... cakap tu... cakap ni... tapi hampeh satu pun depa tak ambik tindakan... masalah ini tidak akan timbul jika masyarakat kita lebih prihatin, berani dan tegas terhadap hak mereka... ini tak masa ditimpa tragedi... marah... maki hamun dan segalanya.. tapi lepas tu lupa... mudah sangat memaafkan.. mudah sangat menerima penjelasan... bagus tu bagus sikap tu.. tapi bertempatlah.. kalau kepala kena pijak... perut kena hentak... kaki kena sepak pun masih nak dok bersikap lagu tu... selamanya ler rakyat negara ni diperbodoh dan dipermainkan.. common rakyat Malaysia dah sampai masanya kita bangkit.. kau orang perhatikan jer lah sikap depa semua ni... bila bab nak meruntuhkan rumah orang miskin... rumah setinggan tak menyempat mereka datang... siap ngan jentolak... dengan polis... tunjuk muka samseng... tak de belas kasihan.. tak kira orang sakit ker... orang baru bersalin ker.. pakat runtuh semacam jer.. tapi bila bab aduan terhadap projek mewah.. yang langgar peraturan.. mcm-mcm alasan mereka beri... cukuplah dah terlalu banyak sangat nyawa terkorban... dah terlalu banyak sangat temberang... tiba masanya kita tuding jari ke muka depa semua ni dan cakap kuat-kuat enough is enough...! tauXpe
2 comments:
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
I find some information here.
Post a Comment