Tuesday, June 06, 2006

Kheng Yeik..!Kheng Yeik..! TAK SEDAR DIRI LAGI KAU YEK !

Menteri Tenaga, Air dam Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik berkata negara tidak memerlukan sebarang pengeluar-pengeluar baru tenaga bebas (IPP)
(Petikan daripada BERNAMA)

Orang tak persoalkan itu.. tok sah nak jadi wira ler... dan jangan cuba nak mengalih perhatian rakyat terhadap isu perjanjian TNB dengan IPP yang berat sebelah.. Rakyat nak tahu kenapa mereka yang dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik kerana kebodohan dan kebangangan TNB sendiri...? Rakyat nak tahu kenapa dulu baik-baik TNB boleh produce tenaga sendiri tiba-tiba dipaksa membeli tenaga dengan IPP...? Rakyat nak tahu apa butir sebenar penjanjian dengan IPP sehingga tiada semakan semula boleh dilakukan terhadap perjanjian tersebut..? Rakyat nak tahu kenapa dulu kerajaan kata kenaikan harga minyak takkan menjadi faktor kenaikan perkhidmatan lain.. tapi ler ni kenapa semua kenaikan diletakkan alasannya kerana kenaikan harga minyak..? Cuba jangan nak berdolak-dalik lagi... cuba jangan nak berlakon konon kau lah wira... Rakyat dah muak lah woi... dah jemu...!tauXpe