Wednesday, June 07, 2006

MELAYU TOLONG MENJAHANAMKAN MELAYU !

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang dilancarkan hari ini mencetuskan slogan ‘Melayu tolong Melayu’ dengan visi melahirkan ‘Melayu Berprestasi Tinggi Dalam Ekonomi’. Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, slogan itu perlu dijadikan kata-kata keramat untuk semua orang Melayu tanpa mengira kedudukan dan organisasi.
(Petikan Utusan Malaysia Online)

Tahniah GABAN eh silap Gabem.. entahlah aku sendiri tak faham apa perlunya lagi wujud badan seperti Gabem ni... kena pulak yang memimpinnya pemimpin korup seperti tok rahim kiter ni.. sejarah penjarahan ekonomi dan hasil masul negeri Melaka yang penuh tragis sepanjang beliau menjawat jawatan Ketua Menteri masih tidak terungkai lagi nak memimpin sebuah NGO's yang setinggi itu wawasannya... aduh sejarah penubuhan pelbagai NGO's dikalangan orang Melayu ni tak pernahnya ada yang memberi manfaat.. semuanya ditubuhkan untuk kepentingan individu.. kepentingan survival politik.. kepentingan kelansungan ekonomi pihak-pihak tertentu.. orang Melayu ada MARA.. ada PNB... ada Dewan Perniagaan dan bermacam-macam lagi tapi hakikatnya ekuiti 30 peratus dari sejak tahun pertama DEB hinggalah sekarang jauh daripada tercapai... soalnya bukan sebab tak de badan... bukan sebab tak de sumber kewangan tapi soalnya tiada ketelusan, tiada keadilan, penuh dengan korupsi, penuh dengan birokrasi dan pelbagai lagi... tubuhkanlah apa saja.. tapi jika wajahnya masih lagi wajah serigala dan singa... tetap yang akan menjadi mangsa orang Melayu juga..! tok rahim Melayu Tolong Melayu mcm ok slogan.. tapi jangan jadi Melayu Tolong Menjahanamkan Melayu sudahlah...!tauXpe