Thursday, June 01, 2006

MEREKA BUKAN CIPAN, UNGKA DAN TAPIR ?





"It is most unfortunate that the police have to resort to use minimum force - that was minimum force - it was never their intention to cause harm. Never."
(Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Bin Haji Omar)

Aku malas nak ulas kau orang nengok sendiri gambar kat atas tu..nanti aku ulas aku panggil ungka, cipan, tapir dan sebagainya orang marah.. tapi kau orang nilai sendiri ler.. layakkah orang yang memperlakukan orang sebegitu dipanggil dengan mulia..layakkah hikmah digunakan kepada mereka yang terang-terang berhati busuk dan begitu dengki terhadap Islam..kau orang fikir sendiri ler..! mereka hanyalah rakyat negara ini.. mereka membayar segala cukai..bezanya mereka terdiri daripada mereka yang tidak sehaluan dan tidak berpuas hati dengan tindak tanduk kerajaan dan mereka hanya ingin menyampaikan ketidakpuashatian itu secara berani dan vokal.. tapi apa yang mereka terima..? Adakah menjadi satu kesalahan dinegara ini untuk meluahkan pandangan dan rasa hati yang berbeza dengan kerajaan.. Jangan berhujah dengan mengatakan kerajaan tak tahu apa-apa.. dan semua itu perbuatan polis dan kerajaan tidak bersalah..kerana itu adalah hujah yang paling bodoh untuk digunakan...jelas dan terang bahawa setiap apa tindakan polis adalah dibawah bidang kuasa kerajaan..! so setiap perlakuan kurang ajar polis adalah tanggungjawab kerajaan.. dan adakah kerajaan mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara ini..? takde..! tauXpe

8 comments:

mfrstudio said...

anda pernah baca kisah bagaimana saidina Ali diludah ketika perang...saidina Ali tidak jadi untuk memancung si musuh dengan pedangnya kerana saidina Ali bimbang jika dia menghunus pedang pada musuh yang meludah itu mungkin dia menghunus pedang kerana marah dan bukan kerana Allah...fikirkanlah.

Anonymous said...

jika kita terus berdebat takkan kemananya kita..tetap disitu..boleh saja saya ambil kisah sahabat yang membunuh musuh yang telah mengucap syahadah kerana takut dibunuh..apa pandangan baginda Rasulullah..? tetapi sampai bila..sehingga kiamat pun takkan habis..sdgkan puak-puak toghut terus berkuasa mengigit dari segenap sudut jatidiri ummah..apa faedahnya yang kita dapat..dari bertelagah begini..saya telah tegas saya menerima pandangan saudara dengan hati terbuka..dan ianya berhenti disitu..adalah lebih baik saudara berkunjung ke KMU nasihatkan depa disana yang bukan setakat kasar mereka berlucah dengan segala kekotoran..

Anonymous said...

Random...mamat tuu aku rasa cakap aja lebih..hikmah sana hikmah sini...jika kita ajak pie perang apa thah alasannya pulak....negera nak kena gadai...masih nak hikamah...ISLAM kena hina masih nak hikmah...kawan2 kena pukul dek polis masih nak hikmah...nabi kena hina masih nak hikmah...bil api dan minyak naik masih nak hikmah...nak bedebat dengan rakan seperjuangan mau jika nak debat dengan UMNO entah buat atau tak...pie aja kau debat dengan puak toghut tuuu...bagi tau dgn hikmah...nie tak nak bercakar dengan geng sendiri...

nak jadi tablig aku tak kesah tapi jangan laa asyik dok mai kat golongan yg dah tau apa itu masjid pie dekat golongan yg dok rambu ramba di kaki lima sana...itu baru amal makruf nahil mungkar...tapi aku tak nafi akan kejayaan tablik malahan aku tabik sebab ini kira golongan yg nak tegak islam jugak...

laa nie apa tugas kau...adakah kau hanya nak debat dgn puak2 sendiri...kau tahu dengan kaedah itu lah kita hanya dok syok sendiri aja...kita menang sana kita menang sini tup tup allah tarik balik semua kemenangan tuuu...kau tahu kenapa???

Udah laa random jangan kau layan lagi org2 seperti ini...ini dikira seperti lalat2 yg bising sana sinitapi kai penuh taik....pieerahhhhhhh.....

ikhlas...
Keluarga UMNO Dulu UMNO kini PAS..insya'allah jika PAS tak gelong dr al-quran & sunnah tetap PAS selama2nya...

mfrstudio said...

terima kasih... insya Allah aku akan berusaha sedaya upaya membuktikan bahawa kejayaan bagi umat islam itu adalah dari usaha yang berlandaskan taqwa dan bukan marah-marah emosi. aku nukilkan teguran di sini kerana anda semua mengaku pejuang kebenaran,dan untuk pengetahuan anda usaha anda ini telah pun dijadikan modal untuk musuh islam mengutuk islam dan gerakan islam.namun aku tak bimbang, Allah pasti bantu golongan yang menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar dengan cara yang hikmah. hikmah ini merujuk sunnah Rasulullah. semoga Allah kurniakan kekuatan buat pejuang-pejuang islam tulen yang berjuang atas mencari redha Allah dan bukan menggilai undi rakyat.jangan risau,ini komen terakhir dari aku untuk blog ini. assalamualaikum.

Anonymous said...

Aku Rasa kau kenal aku sapa..kan dia dah merajuk..biar ler dia komen..aku suka dia komen tu..

Anonymous said...

Laa apahal nak merajuknya kata nak berjuang.....aku tak marah kat kau...aku just nak cakap apa yg telah aku lalui...dulu aku memang hikmah...sebab bab hikmah nie kita kena tengok tempat..dulu masa aku joint pembangkang semua keluarga aku tak dapat terima kenyataan bahawa yg aku telah berpaling tadah derhaka pada negara....tapi aku tunjukkan sifat2 hikmah yg selalu dikatakan tuuu....hikmahnya antara kita tunjukkan yg apa kita buat tuu betul dan ada hujah....jika mereka kata pas selalu hukum org kafir...kita terangkan pasaipa yg UMNO tuu kafir...depa kata PAS kata tuhan samseng kita juga terangkan pasaipa tuhan boleh samseng...inilah dikatakan hikmah...jika mereka bertegas yg hujah mereka betul kita kena bertegas yg hujah kita yg betul...itulah hikmah..

jadi jika kita kata mereka tapir kita terangkan laa pasai paa mereka di 'TAPIR' kan...begitulah seterusnya...

inilah dikatakan oleh allah aku turunkan manusia dimuka bumi nie berbagai golongan jadi bolehlah kita saling kenal mengenali...dan bagi golongan yg hendak menegakkan ISLAM golongan inilah yg harus kita berkawan...spt kat Malaysia nie aku rasa ABIM ok...TABLIG Ok...NGO Islam Ok...semuanya kira nak ISLAM kira ok laa nie tak jangan laa asyik nak bertelagah sesama kita....

anyway sorry lee pada kawan kita tuu jika kau terasa...jangan laa merajuk sampai dah tak mau nak mai ke blog nie...kata nak menegakkan ISlam takkan nak bermasam muka kot...

stedy laa beb.....

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Individual insurance policy Breast augmentation doctor questions personalized cosmetic bags gay strip poker pics Herter sofa M code ford engine running shoes http://www.refrigerators-page.info/manitowocseries270icemachine.html open blouse breasts misc 1995 suzuki atv 300 king quad

Anonymous said...

Enjoyed a lot! »