Thursday, June 08, 2006

SKRIP LAMA LAGI DEPA GUNA ! ADUH BOSANNYA !

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan setiap Perdana Menteri mempunyai zamannya sendiri dan mereka akan melakukan yang terbaik untuk negara mengikut keadaan pada masa tersebut.

Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin berkata, kajian saintifik yang dibuat oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas di seluruh negara mendapati 70 peratus rakyat menyokong keputusan membatalkan projek jambatan di Tambak Johor

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting : Semua menteri MCA bersepakat untuk membuat sebarang keputusan atas dasar kepentingan negara. Oleh itu, Abdullah tidak seharusnya dipersalahkan ke atas sebarang keputusan yang dibuat oleh Kabinet.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata semua keputusan yang dibuat oleh kabinet adalah hasil perbincangan panjang lebar bersandarkan kepada fakta dan keadaan semasa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Husin pula berkata, cara Abdullah mengurus kewangan negara lebih berhemah kerana ekonomi dunia sekarang lebih rendah dan tidak menentu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Abdullah juga menggalakkan perbincangan terbuka dan mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan demi kepentingan rakyat serta nasional.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Husin pula berkata, cara Abdullah mengurus kewangan negara lebih berhemah kerana ekonomi dunia sekarang lebih rendah dan tidak menentu
( Petikan daripada Utusan Malaysia Online)

Aku nak cakap sikit jer... kalau kau orang perasan masa zaman che det ayat-ayat inilah juga yang diulang-ulang bila ada orang mempertikaikan che det... masuk zaman tok ayah lah pun depa masih guna ayat yang sama.. nampak sangatkan... depa ni cakap bukan sebab ketaatan kepada kebenaran tapi sebab ketaatan pada kuasa yang ada pada individu tu... bila zaman che det dia pakat sokong che det walaupun tahu che det buat silap... ler ni bila zaman tok ayah lah pun gitu juga... sedangkan depa semua tu tahu banyak kesilapan yang dilakukan oleh tok ayah lah.. terutamanya dalam isu pentadbiran negara yang lemah dan tidak berkredibaliti... mereka tahu dengan prestasi tok ayah lah mcm ni... pilihanraya akan datang pasti depa akan hadapi kesukaran... contoh jelas ialah di dalam pilihanraya negeri Sarawak.. ketidakpuashatian rakyat terhadap kelemahan pemerintahan sekarang cukup jelas... so gasak kau orang ler.. kau orang yang memilih dan kau orang tanggung ler sendiri nanti pada pilihanraya 2008... ingat beb DS Anwar Ibrahim dah ada sekarang..! Kau orang dalam UMNO tu dok fikirlah, banding-bandingkanlah bila tok ayah lah kamu tu berlawan ngan Anwar... ish.. ish.. ish... mahu ranap tok ayah lah !tauXpe

1 comment:

Anonymous said...

Enjoyed a lot! »