Umno akan menjelajah ke seluruh negara bagi memperjelaskan kepada rakyat dan anggota parti mengenai senario politik terkini terutama kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
(Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib-Petikan BERNAMA)
Nak terangkan apanya lagi tok tayib.. dah terang dah.. dah terang lagi bersuluh dah ni... mana kau nak selindung dah memang depa tengah bergaduh... tengah berperang... orang kalau setakat cubit-cubit... cuit-cuit.. boleh ler kau kata tak de apa-apa berlaku... ni dah sampai tahap genderang perang pun dah bunyi... seantero negara dah dengor.. apa yang nak di terangkan.. ceh... lain ler kalau kau cakap kau nak kelentong.. hah tu aku percaya.. kau nak beritahu kat orang ramai yang depa sebenarnya tengah bersandiwara betul tak... tak pun kau nak beritahu yang depa berdua tu tengah main opera tak pun depa berdua tengah bermain teater... mcm gitu ker tok tayib... ceh.. ni lagi satu kau buat statement kata ini semua permainan pembakang apa ke heh.. dah gilo ko apo.. dah korang sendiri yang bergaduh tetiba cakap ini semua sebab pembakang ceh lemah betui pemikiran kau ni... mcmana ler boleh jadi ketua penerangan... patut ler emno semakin teruk... buat kempen tambah ahli tak berjaya... masuk piliharaya negeri s'rawak kalah sampai 9 kerusi... apa ke heh.. baik kau letak jawatan jerlah tok tayib.. kau tu dah kategori monopous dah tu...!tauXpe
No comments:
Post a Comment