Thursday, July 27, 2006

Aku lagi sakit hati.....
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengutuk keganasan Israel di Lubnan, menyifatkan kematian empat orang tentera pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam serangan tentera Zionis ke atas kedudukan Hizbullah di sempadan Lubnan sebagai amat menyakitkan hati.

tauxpe ~ Hai takkan baru sekarang nak sakit hati dan kenapa pula hanya bila 4 orang tentera pemerhati PBB mati baru nak sakit hati... kenapa tidak dari dulu... kenapa tak sakit hati pun bila ribuan umat Islam dibunuh, didera, diperlakukan seperti binatang oleh laknatullah tu... kenapa ? Ini ker yang dinamakan pemimpin umat Islam... ini ke dia fikrah pemimpin besar OIC... yang tak rasa apa2 bila umat Islam ditindas... tapi "sakit hati" bila orang lain diperlakukan dengan perkara yang sama... aku nak lepas geram cakap2 bukan2 nanti org marah... kata aku ni gitulah... ginilah.... sedangkan hakikatnya itulah yang berlaku... ada pemimpin pun tak boleh nak diharap hanya sibuk jaga kepentingan politik jer... hanya sibuk bercerita pasal pembangunan saja... aku bukanlah anti dengan pembanggunan tapi ada masanya keutamaan tu kena juga difikirkan... aku masih ingat lagi masa persidangan OIC di Indonesia kalau tak silap aku... pemimpin besar OIC tu cakap.. persidangan kali ni kita nak tumpu psl pembanggunan ekonomi tak nak citer lagi pasal masalah konflik di Palestin ! Fikrah apa yang ada pada diri seorang pemimpin kalau diketika saudara seagama dengannya dihina dan di bunuh dia masih boleh tersenyum dan cerita pasal nak buat banggunan dan jalanraya.. ! Begitu juga apabila pemimpin Hamas datang ke Persidangan NAM di Kuala Lumpur ! Kehadiran Hamas sebagai wakil kerajaan yang sah ditolak dan diperbudak-budakkan oleh pemimpin besar OIC ini dengan hanya menerima pemimpin Fatah yang bukan mewakili kerajaan tapi hanya parti politiknya sendiri ! Jelas sangatlah haluan pemikiran dan tindakan semua pemimpin umat Islam ketika ini dibayangi sepenuhnya dengan tindakan Amerika dan Yahudi ! So kau orang fikirkan ler sendiri

4 comments:

Anonymous said...

rileklah bro..
maybe dia dah sakit ati dr dulu..
tp baru nk ckp je skrg..
jgnla judge juz dpd bnda yg ko dgr je..
lepak lu..

Anonymous said...

ni khairy kot hahahaha,,,,,, lantok ko la anonymous,,,,

Anonymous said...

Greets to the webmaster of this wonderful site. Keep working. Thank you.
»

Anonymous said...

Nice idea with this site its better than most of the rubbish I come across.
»