Tuesday, July 25, 2006
Sendiri Lemau Nak Kata Orang Lain lak!
PBB tidak bermaya – Abdullah
JAKARTA 24 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengajak umat Islam seluruh dunia bersatu membangunkan kekuatan ummah setelah melihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sepatutnya berupaya mempertahankan mereka di masa krisis gagal dan tidak bermaya berbuat demikian.
Berucap selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Islam oleh Universiti Islam Syarif Hidayatullah di sini, Perdana Menteri berkata, oleh sebab pertubuhan dunia itu tidak mampu, tiba masanya umat Islam dan negara Islam bersatu.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkata, isu serangan ke atas Lebanon merupakan bukti yang amat menyedihkan mengenai cara hal ehwal antarabangsa dikendalikan. (petikan Utusan Malaysia)
tauXpe: oii..dollah! rasa nak sekeh jer pala ko tu...!! maap la macam kuang ajo sikit, tapi kalau dah lembik semacam jer...jgn ler tuduh orang lain..mengaku jer la ko tu YANG MEMANG TAK BERMAYA, abis cerita....dah dekat sebulan palestin kena serang teruk dan Lubnan hampir dua minggu di bom....Guna la kuasa ko sebagai pengerusi tu semaksima mungkin...ker ko takut nak guna kuasa tu sebab takut pada Amerika? kalau begitu, dah comfirm ko memang x der telo!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
saya sudah agak saudara randomzs akan mengeluarkan entri sebegini.
dan sesungguhnya saya dan kawan-kawan yang lain telah nampak bagaimanakah saudara berfikir.(mungkin orang-orang yang menyokong saudara atau mempunyai gaya fikiran macam saudara masih tak nampak betapa lemah pemikiran sebegini dan menganggap pemikiran entri ini adalah satu yang biasa)
cuma saya nasihatkan,saudara memahami semula apa itu OIC dan apa itu dia pengerusi OIC. ya,kita boleh kata pak lah lemah dan lambat. nak kata boleh,tapi fikirkan semula,adakah pak lah sebagai pengerusi OIC punya kuasa yang hebat untuk mengarahkan sebuah arahan bagi menyelamatkan umat islam?
berdekatan dengan palestin dan lebanon ada satu pertubuhan dinamakan liga arab. saudara rasa apa pengerusi liga arab telah buat?
kemudian kita lihat musuh pula,mengapa Amerika dan Britain tidak segan silu menyokong israel dan PBB tak dapat bersuara? pernah dengar veto?
jika saudara berfikir dengan matang saudara akan memahami bukan setakat pak lah lemah macam saudara kata takde telo,tapi semua umat islam lemah,yang berani nak berjuang pun tak punya kemampuan yang kuat? pernah dengar osama bin laden? pernah dengar taliban? hamas yang menang pilihanraya palestin dan benci zionis juga tak mampu nak buat apa-apa sebab sememangnya umat islam lemah.
semua orang tahu dan faham kalo kita nak kuat..kita kena bina kekuatan dan kita kena berani..dan kita kena bersatu.
apa kekuatan yang saudara cuba semaikan dalam blog ini? apa bentuk keberanian yang saudara cuba semaikan dalam blog ini? dan apakah penyatuan yang saudara cuba semaikan dalam blog ini?
fikir-fikirkan supaya jangan jadikan perjuangan kita satu perjuangan keji.jika PAS boleh bekerjasama dengan mahathir untuk perjuangkan isu2 jambatan bengkok,AP dan lain-lain, mengapa tidak PAS bekerjasama dengan pak lah untuk bantu pak lah sebagai pengerusi OIC.
adakah hebat jika anda memekik-mekik dari bawah "takde telo,nak sekeh,pala otak ko" dan sebagainya? ya,memang pak lah lemah,OIC lemah,negara2 islam lemah,malaysia lemah, dan semakin lemahlah umat islam andai usaha memperkuatkannya hanya usaha kutuk2 dan keji2. bagaimana pula dengan saudara,saudara kuat?
ayuh! berikan cadangan bernas dalam blog ini. ayuh! tonjolkan kekuatan saudara untuk memperkukuhkan hati-hati umat islam untuk mencintai agama mereka dan saudara mereka.ayuh! gunakan kekuatan sauadara itu untuk menegur dengan hikmah,berikan langkah2 konkrit ke arah kekuatan umat islam.
umat islam lemah,saudara. jika saudara kuat,maka alhamdulillah.. semua umat islam dah ceria balik,sebab ada sorang yang kuat dan bertelo di sini. jangan jadikan blog ini sebuah blog sampah yang penuh dengan kata nista dan hanya cari salah orang tanpa bantu sikit pun pada perkembangan dan kemajuan umat.
umat islam kena bersatu.umat islam kena kuat. maka mengapa seruan itu hanya dipandang sinis,jadi sampai bila nak kuat dan bersatu?
(p/s-dah penat tengok saudara asyik jadi bahan untuk dikutuk.)
silap..p/s dah penat tengok saudara asyik cari bahan untuk dikutuk.
harap maaf.saya kasihkan saudara seagama saya apalagi jika saudara seorang yang ingin berjuang maka bertambah kasihlah saya.
harap teguran saya diterima untuk lebih membina dan terbina.wallahua'lam.
KAU NIE MMAT ASYIK DOK TEGOK ORG SANA SINI LANIE APA PULAK KO PUNYA KERJA...DAH MEMANG DIA TUU LEMAH..BUKAN AJA LEMAH FIZIKAL TAPI LEMAH MENTAL LAGI LEMAH TENAGA BATIN...HAH APA KAU NAK KATA DAH MEMANG PAKLAH TUU LEMAH..
SEKURANG2NYA DIA TU OIC PUNYA PENGERUSI JADI BERSERULAH UNTUK KEARAH KEBAIKAN SERU BAGI UMAT ISLAM SEDAR...BUAT CAMNA IRAN DOK BUAT BUAT CAMNA KAPIAQ KOREA DOK BUAT NIE TAK KETUA AJA TAPI CAKAP ZERO...KATE PADA PBB LAST SURUH PENAIK EKONOMI..APA NIE...AHH UDAH LAA ENGKOU...RANDOMSZ KAU BELASAH AJA SI GOLONGAN YG LEMBEK NIE...DAH TERBUKTI MEREKA ITU LEMAH...DULU PEMBANGKANG PAS KATA LEMAH KOO ORANG KATA PAS MEMANG MEMBANGKANG JEE..THEN BILA DSAI KATA LEMAH MEREKA KATA DIA GILA TALAK DAN KECEWA DLM PERJUANGAN...LAST SEKALI SKRG TUN PULAK KATA LEMAH...HAH SEKARANG SIAPA YG LEMAH...
assalamualikum,,,
harap saudara semua jangan dilayan dengan fakhrul razi ni,,,, org mcm ni jelas ada dalam quran ,,,,, dh x sanggup perjuang agama secara haq then berani komen dan halang lagi,,, sekarang bukan masa tuk bincang mesyuarat dsb,,, itu cara umno dan sekutunya di barat ,masih mampu kipas musuh lagi dalam kepanasan begini,,,, SEDARLAH DARI SIRAH BETAPA PERJUANGAN SAHABAT TELAH TUNJUKKAN SEGALANYA,,, ,saya menyeru fakhrul sendiri agar banyak tadabbur ayat quran, ambil hadith2 dan lihat kembali sirah yg lepas dan akan datang bagaimana janji ALLAH yg mmg diturunkan,,,, mohon agar kita sama2 insaf dan sedar AGAR TIDAK MENJADI MUSUH ISLAM !!!! dalam diam ,,,, yg haq mesti dikata ,YANG BATIL!!!! MESTI DISANGGAH.jika lihat blog antum pun hanyalah sekadar blog "KOSONG" tidak mampu tuk mengetengahkan apa2 tentang kebenaran,,,,, ,ayuhlah sentiasa bertaubat ,,,, AL-QURAN SENTIASA DI HATI ,AMALAN SENTIASA DI SISI DAN JIHAD SELALU DIIMPI AGAR TIDAK JADI PEMUDA KEBANGSAAN DAN BANGKITLAH MENJADI PEMUDA ISLAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!assalamualaikum,,,,, bukan serangan hanya sekadar pandangan agar dibersihkan kekotoran di hati,,,,
jika al-quran dan hadith betul2 di hati.. berhemahlah dalam menegur.. bukan tuding jari.. kalaupun x setuju pendapat org.. bukankah lebih baik berkata dengan baik.. ini bukan lg soal politik.. ini soal agama.. kalau kita kata mari berbincang dgn baik.. adakah bermakna kita tidak ada perjuangan? berjuanglah utk Islam.. bukan utk politik semata2..
pada ana kita kena terbuka menerima kritikan. Ana faham randomsz dah tak boleh handle dalam kelembikan dolah sekarang ni. Ana pun kekadang maki sorang2 dolah ni..
semua yang beri komen berhak kritik atau menegur. Ana, randomsz & sahabat2 lain bukan maksum. Walaupun tak banyak, mesti ada kesilapan. Kita jangan prejudis bahawa orang yang tegur kita tu adalah mereka yang menentang kita. Ingat, bahawa insan yang digelar sahabat itu akan sentiasa menegur. Walau apa pun, tak kira randomsz, fakhrul razi dan sahabat2 yang lain termasuklah diri ini, teruskanlah perjuangan demi menumbangkan kemungkaran sehingga Kalimah Allah mengatasi segala-galanya. Berdakwahlah dengan hikmah! lembut dilawan dengan lembut, keras dilawan dengan keras, pedang dilawan dengan pedang!! teruskan perjuangan suci ini wahai sahabat..
Post a Comment