Saturday, August 12, 2006

Berahim juga yang kena
BALING 11 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin secara terbuka menuduh Datuk Ibrahim Ali dan Peguam Matthias Chang sebagai pihak yang ‘mencucuk’ Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

tauxpe ~ semakin hari semakin bengap nampak si khery ni... tai reti aku nak cakap... aku cakap ni bukan sebab aku sokong che det.... tapi aku cakap ni sebab aku nengok si menantu tok ayah lah ni semakin hari semakin naik tocang... almaklumlah pak mentua back up... psl statement dia ni... aku bukan apa... dari statement tu jelas no dah nampak kat mana taraf che det ni dimata khery... ada ke patut org mcm che det tu dituduhnya kena cucuk ngan si berahim dan si chang tu... kau ingat low class sangat ker politik si che det tu sampai boleh dicucuk-cucuk ceh... aku tahu strategi kau khery... aku tahu kau nak guna strategi telunjuk lurus kelingking berkait... konon-kononnya kau baiklah tak bermusuh ngan che det... supaya in the end wat ever che det buat dan cakap org akan blame che det balik... nanti org akan cakap awatnya jahat no mulut si che det ni, si khery dah ok tak marah tapi dia masih nak cari geruh dengan khery... gitukan khery... alamak khery low class punya mainan politik ni org dah tak guna dah... kalau kau guna pun tak berkesan sebab che det lebih mahir guna kaedah tu... kau baru setahun jagung... che det dah banyak makan garam daripada kau... kalau anwar tu pun dia keroyok sampai masuk penjara kau apa ler sangat kitai semacam jer dia !

Garang Memang Garang... Sapa Iblis tu Tok Ayah Lah Oiiii !
“Malangnya ada pihak cuba mengganggu, macam gangguan iblis, yang mengganggu kita sepanjang masa"

tauxpe ~ kau nengok sapa kata tok ayah lah mr nice guy... no more man... sekarang dia hebat... tanduk dia dah mula keluar... kau pernah ker dengar mana-mana PM cakap org IBLIS tak kan.. tapi tok ayah lah selamba jer cakap org mcm IBLIS... aku tak tahu ler pada sapa dia tuduh tapi kalau nengok dengan suasana semasa... aku rasa kau orang pun tahu batang tubuh mana dia maksudkan dengan IBLIS tu... woooo... besar wo tuduh org IBLIS... IBLIS ni kategori makhluk laknatullah yang tak nak tunduk kepada Allah dan kerjanya menyesatkan org jer... agak-agaknya "orang tu" sanggup ker dengar penghinaan sebegini... mahu perang besar lepas ni... ! Kita tengok sapa yang kena.... !

Tunggu lagi ! Asyik Tunggu Jer !
KUANTAN: "Kita tunggulah...," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau mempunyai bukti berlaku perbuatan rasuah termasuk membabitkan bekas menteri yang pernah menganggotai Kabinetnya.

tauxpe ~ tunggu ajerlah tok ayah lah... dah memang trend kau tunggu... tunggu... tak habis2 tunggu... awatnya... dulu masa che det mula merapu... kau cakap tunggu juga... lepas tu melarat... kau bengang pulak bila dah melarat... ler ni che det tuduh kabinet kau kabinet rasuah... menteri kau menteri rasuah... kau cakap tunggu juga... mcm gini jer lah tok ayah lah... aku rasa kau tunggu org jatuhkan kau jer lah... dah lah kedudukan kau tu mcm telur dihujung tanduk... ahli umno pun dah mula berpecah belah... pemimpinnya pulak ler ni sana-sini letak jawatan... tunggu jerlah tok ayah lah... tunggu detik umno ghuyub... patutlah che det risau sangat... parti yang dia tubuhkan di hancurkan tok ayah lah !

Boleh Percaya Ker Ni ?
BERA 11 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan terus membela Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan berjanji memberikan sokongan padu serta tidak berbelah bahagi kepadanya.

tauxpe ~ kawan nak tanyalah pada tok ayah lah... agak2 boleh percaya ker ni... kau orang semua pun aku nak tanya agak2 boleh percaya ker cakap si najib berahak ni... dulu masa anwar nak kena fitnah... che det pun cakap dia akan bela anwar... sokong anwar... lepas tu dialah no 1 yang menghentam anwar... berhati-hati tok ayah lah... org kalau tak semena-mena dan kerap no kata dia sokong batang tubuh mu... bukan boleh percaya sangat... lagi pulak kalau org tu org yang dpt benifit daripada kejatuhan mu to ayah lah... kau percaya ker pada najib yang sepatutnya duduk kat tempat tok ayah lah tapi tak jadi tu boleh cakap dia akan taat dan setia.. mcm ada udang disebalik kue teaw jer !

Remeh... Memang Ler Bagi UMNO Semuanya Remeh !
KOTA BHARU 11 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique mengingatkan ahli UMNO supaya tidak menghabiskan masa persidangan perwakilan dengan membincangkan isu remeh termasuk tohmahan terhadap kepimpinan dan kerajaan.

tauxpe ~ tang mana yang remeh tu... tang tuduhan agen Singapura berkuasa dlm menentukan keputusan kerajaan ? atau tang anak dan menantu dok perabih reta kerajaan mcm tu reta pusak mak pak dia ? tak pun pasai tuduhan rasuah yang berleluasa dlm kerajaan... ooooo... tu semua remeh yer... patutlah umno semakin hari semakin reput rupanya pemimpin dia kata isu rasuah tu isu remeh... isu keselamatan negara tu isu remeh... isu penyamun nak mengaqiqahkan reta negara tu isu remeh... baguslah mcm tu... sekarang rakyat tahulah tang mana sebenarnya kesungguhan kerajaan untuk mewujudkan kerajaan yang telus.... ! entah-entah itu pun perkara remeh jer ?

Yelah Tu.... !
KOTA BHARU 11 Ogos – Kementerian Pengajian Tinggi yakin para penuntut universiti tidak mudah terpengaruh dengan isu politik semasa terutama berhubung kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

tauxpe ~ nak nyedapkan hati sendiri ker atau nak nyedapkan hati tok ayah lah yang gundah gulana tu... cewah... baik punya kelentong... sapa2 pun tahu mcmana hubungan che det ngan student... dan bukanlah menjadi satu rahsia selama ini yang menggerakkan kempen che det di internet kebanyakkannya student di IPT... kau nak buat lagu mana to' pa... depa semua tu bak kata mereka adalah generasi Dr. M... depa lahir dan membesar dlm tangan dr. m... depa dah tersemai dengan ideologi dr. m... sampai sebahagian IPT siap ada pengajian minda dr. m... BTN yang menguasai IPT pun pernah memabngunkan modul ini... so tok sah nak kelentonglah to' pa... buat apa nak nyedapkan hati to' ayah lah kalau hakikatnya jauh daripada itu ! itu bukan nak membantu tapi nak menjahanamkan... ker to' pa memang ada niat nak jahanamkan tok ayah lah ?

4 comments:

Anonymous said...

Boleh tak anda juga tidak terikut dengan cara mereka. Kalau anda marah mereka menggunakan perkataan iblis kenapa anda juga harus mempamirkan gambar dengan terikut cara mereka.

jangan pula anda dan mereka sama sahaja.

Anonymous said...

Blog you ni tak laku ke? Takdak sapa pun nak komen.

Anonymous said...

Excellent, love it!
» »

Anonymous said...

This is very interesting site... Existing without a job Cosmetic surgery facelift face lift facelift resortsforfree football tailgate recipes Deuschland sofas Diazepam side affects